Salam semua..
Huhu.. terasa harini ini sungguh meletihkan sekali.. Terkejar sana terkedek-kedek sini cam jalan raya tak habis Disiapkan lagi ngheee.. Bos dah nak cuti maka Surilah jadi mangsa untuk siapkan itu ini. Sampaikan blog pun tak sempat nak berupdate seperti hari-hari biasa huhu..
Rasanya tidak sampai seminggu Suri dah dapat pelbagai berita yang menggembirakan, menyedihkan.. Apakah berita itu.
Malam semalam sedang asyik membaca majalah datang satu sms berbunyi seperti dibawa..
“Salam esok ada sorang kawan kita akan menjalani pembedahan.. Harap dapatlah kawan-kawan mendoakannya.. Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar. Amin”
Ia membuatkan suri tidak duduk senang.. lantaran terus mendail nombor member yang memberikan sms pada Suri tadi.. Rupa-rupanya kawan Suri yang sebilik dengan Suri masa study kolej dulu dimasukkan ke wad atas sebab dia mengalami ketumbuhan pada pangkal rahim..
Subahanallah ia membuatkan Suri terdiam seketika. Lantas mendoakan sahabat Suri agar dia segera sembuh dari pembedahan tersebut. Nak pergi tapi keadaan tidak mengizinkan sebab terikat dengan kerja.. Ikutkan sejak dia berkahwin dia mendiamkan diri. Harini baru tahu hal dan keadaan dia. Kawan cakap dia dah tukar nombor baru.. Patutlah try cal tak dapat huhu..
Terus ingat masa duduk sebilik dulu kami selalu cakap loghat masing-masing. Dia loghat negeri sembilan pekat tu Suri pula slang bahasa Melakau huhu. Kenangan..kenangan..
Perkara yang kedua pula Suri dapat buku dari Pa & Ma hee.. Sebab Suri ada masuk ruangan permata hatiku tahun lepas. Itu yang Suri dapat novel ini sebab joint ruang gambar anak bersama ibu (dalam pantang). Nak tahu Suri dapat buku novel tajuk apa? Cuba tengok gambar di bawah.. Sempat gak Suri google tadi. Nak harapkan hp Suri ada kamera memang bertuahlah nak snap gambar buku nie
Terima kasih Pa & Ma atas sumbangan hadiah yang diberikan
Novel dia memanglah the best!.
terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad:
Sinopsis belakang buku:
“Hadirmu bagai sinar mentari pagi. Menerangi lorong kelam lagi sunyi yang selama ini kulalui. Melenyapkan kedukaan yang bagai berkurun lama memenjara jiwaku dalam sepi. Terasa kini, bahagia ada di mana-mana. Hanya dirimu yang bertakhta di hati.
Pandanglah ke dalam mataku… selamilah jauh hingga ke dasarnya. Pasti yang akan kau lihat adalah rinduku terhadapmu. Tapi, apakah getaran cinta yang meruntun hati hanya aku saja yang merasakannya? Zairi… hatimu sebenarnya untuk siapa? Mengapa kau terus membisu pada ketika aku amat yakin yang aku bukan berbayang seorang diri? Aku tahu cintaku berbalas, tapi mengapa tak pernah sekalipun kau melafazkannya?
Aku tahu perkahwinan bukan janji syurga… bukan janji bahagia, tapi sepenuh hati dan jiwa aku pertaruhkan. Aku sangka kita berkongsi impian yang serupa dalam membina istana bahagia, tapi rupa-rupanya kehadiranku bagai tak bermakna apa-apa. Reaksimu dingin dan beku. Menghampakan. Melontar diriku ke lembah duka nestapa.
Sungguh kesucianku tak tercela, tapi… aku difitnah oleh siapa sehingga kau tak mahu ‘menyentuhku’? Aku ibarat musafir di padang pasir yang dahagakan setitis kasihmu. Menanti saat kau datang kepadaku dengan penuh rindu. Zairi… mengapa hubungan kita aneh begini? Aku tak mengerti, sandiwaramu. Rahsia apakah yang cuba kau sembunyikan hingga segalanya terus terpendam menjadi misteri?
Ah, lelaki… apakah sememangnya dilahirkan untuk melukakan hati perempuan? Dan perempuan pula, selama mana harus membiarkan hati terus terluka?
“Dhira percayalah… cuma kematian yang akan memisahkan kita berdua. I love you so very much. Hanya kau kekasihku…”
Harga RM19.90 Sungguh berbaloi-baloi. Pada sahabat ibu apa lagi ambillah peluang ini untuk jOiNT sekaki yer
Psst!! Terima kasih juga pada sahabat Fahmi bagi gambar yang cute tu skli tengok terus cair hiii..


mudah2an sahabat suru selamat menjalani pembedahan tu
harap2 bgtulah sahabtku..
memang benar dimana ada kegembiraan terkadang dstu jg ada kesedihan..
kena tahan sabar akan ujiannya..
org negeri sembilan dgn melaka mmg xde masalah sgt kalau masing2 ckp loghat sendiri. macam bau2 bacang je kot 2 loghat ni…
kak suri… utk gambar tu saya gembira ada org suka
.-= Fahmi Raazali´s last blog ..Warna-Warni Politik Di Malaysia =-.
orang melaka kasar sikit.. org ngeri blh tahn gak pans dia heee
ya..cantik! harus dihargai
semoga sahabat suri selamat menjalani pembedahan.
wife saya semlm baru lps check pap smear. Suri pun patut ambil langkah yang sama
ya..harap2 bgtulah kawanku..
ohhh..dalam peranvangan..dr pompuan asyk tak der jer aduh…
Semoga sahabat Suri itu akan berjaya & selamat menjalani pembedahan. Ameen.
Amin.terima kasih atas doamu sahabatku..
Kanser kalau sudah tahap kronik memang sukar diubati perlu buat kemoterapi. Doakan sahabat supaya dapat pulih
.-= akubiomed´s last blog ..Syyh Aslah nak tidur =-.
bgtulah kisahnya kawanku…
hanyaa doa mampu dilayarkan ..
semoga cepat sembuh…;)
.-= syahrilhafiz´s last blog ..Filem – Janin =-.
Amin…terima kasih atas kata2 perangsan di atas tu
semoga segalanya berjalan lancar… dan cepat sembuh… amin
semoga semuanya berjalan dengan baik
semoga berjaya selamat pembedahan… buat rakannya… amin…
.-= zik´s last blog ..Bayang-bayang tangan yang menarik =-.
Amin.terima kasih ats doa zik tu
Menarik juga buku tu
.-= wazy´s last blog ..Cinderella Oren =-.
menarik suri kan kaki Novel
btw kebanyakan pompuan mmg suka baca nvel pun heee
Fakta keluarga saya :
2 ahli keluarga saya meninggal dunia akibat kanser payu dara.
1 ahli keluarga saya meninggal dunia setiap 2 tahun sekali. 2009, 2007, 2005, 2003, 2001
Siapa agaknya tahun depan? Mungkin saya..
.-= Norasikin´s last blog ..Saya- Nuffnang dan Resepi Nasi Goreng Citarasa Hotel =-.
salam..
kak janganlah bgtu..klu kita rasa bgtu msti khduoan kita akan suram..
kak g lah klinik chek pasal payudara tu mana tau kita blh kesan dri awal..
mati semua org akan laluinya kak..