Ada Apa Pada 31.8.2010

Salam semua terasa sungguh harini adalah entri yang terlewat untuk di postingkan seperti hari-hari biasa.

Pada dasarnya posting ini sepatutnya sudah berada di ruang legar maya pada pagi tadi namun keadaan tidak mengizinkan Suri untuk berbuat demikian. Mengapa hal sebegini berlaku inilah antara salah satu sebab Suri tak berapa kurang aktif dari semalam sampailah keharini.

Kata kebanyakan bloger lain, sayang..sayang ditinggal tinggalkan, bila dah di tinggalkan tak dijamah mahupun di sentuh dalam sehari rasa macam menginyam-nginyam jer jari-jemariku ini sehari kalu tak menodai lantai keyboardku ini. Hua.. inilah angkara penangan bila dah jadi gian pada aktiviti berblogging.. 

sTOP! Apa kes pada tanggal 31.8.2010

Detik jam 12.00 tengah malam itulah Suri mengucapkan Selamat Hari Lahir pada bonda yang tercinta yang bernama Patimah Binti Yasin.  Bonda atau lebih mesra di sahut panggil emak  telah lahir ke dunia ini pada tanggal 31.8.1942 selepas waktu subuh berkumandang.

Maka tanpa segan dan silunya hatiku mula terpaut rindu akan pelukannya yang menghangatkan tubuhku. Masih ku ingat sewaktu berada di Kuala Lumpur takala kerja selalu mencemburuiku pasti akanku segera pulang kekampung halaman dengan membawa sejambak bunga merah hati kepadanya sebagai tanda ucapan hari lahirnya seperti yang  selaluku lakukan pada tahun-tahun yang lalu. Tidak lupa juga ada buah tangan untuknya..

Copy_of_kasih_ibu

Semejak duduk diperantauan orang ini Suri selalu bermain emosi dengan emak. Manakan tidak lihat ibu mertua terus terpalit seraut wajah bayangan ibu yang jauh dimata. Sesekali pasti titisan air mata jatuh di juraian pipiku.. Dengar suara emak yang serak-serak basah itu Suri dengar ada riak sebak dan tangis disebaik kata-katanya. Ya, inilah yang dinamakan hati ibu mula tersentuh acapkali masih ada jua anak-anaknya mengingati hari lahirnya sungguhpun ia sudah berlanjutan usia.

Apa yang boleh diharapkan oleh seorang ibu kepada anaknya adalah apabila anaknya dewasa kelak jangnlah lupa kepada mereka. Ingatlah kasih ibu mahupun ayah jika dicincang pasti takan putus hingga ke titisan yang terakhirnya. Nampaknya Dia lebih senang untuk mengetahui bila Suri akan pulang ke kampung sebab tahun nie semua orang beraya di rumah mak mertua masing-masing. Maka si Bongsu inilah juga tempat dia mengalas bahu heee..

Selamat Hari Lahir buat Emakku, terima kasih atas kesudiaanmu memanjakanku dan mendisplinkan diri ini, tahukah dirimu kasihmu, kesabaranmu dalam merotanku, mendidiku menjadikanku manusia yang berilmu dan berjiwa teguh pada agama. Dan sesungguhnya dirimu begitu berharga dalam kehidupanku. Semoga dirimu sentiasa berada dalam keadan sihat walfiat untuk terus beribadat kepadaNYA dan semoga dipayungi cahaya ilahi olehNYA selalu. Tiada siapa yang dapat menandingimu hanya dirimulah satu ratuhatiku :)

Part yang kedua pula kesihatan anak kurang baik. Maka sebab itulah cap ibu tidak boleh berpisah dengan cap anak huhu..  Selalunya jika si along sihat pasti dia akan sentiasa berada disisi Suri tapi la ni dia demam maka dia pula nak Suri sentiasa lekap melekap, melekat.. disisinya.

Suri minta maaf pada semua sahabat-sahabat sebab dalam masa yang terdekat ini Suri tidak dapat menjejaki kembali ke blog anda semua. Insyallah jika kesihatan si anak sudah kembali sembuh maka Suri akan aktifkan diri dimaya semula. Terima kasih pada yang sudi singgah bermalam disini kedatangan anda semua amatlah Suri hargai. :)

sORI untuk kali nie pic bondanya tiada. Lain kali ya kita tunggu raya mari. Insyallah :)

Share
Artikel lain yang best-best :

38 thoughts on “Ada Apa Pada 31.8.2010

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>