Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Elephantopus Scaber, Linn nama di beri bukan kerana rupa dan bentuknya seakan “cap gajah duduk”

cap gajah duduk
tapi ia merupakan sejenis tumbuhan yang meliar tumbuh melekap dasar tanah dengan cengkaman yang begitu kuat.
Elephantopus Scaber, Linn merupakan salah satu jenis herba yang banyak ditemui bahagian negara asia seperti Cina dan Polynesia. Kebiasaannya tumbuhan ini melata di dataran rumput, pinggiran jalan dan di pinggir hutan pada aras ketinggian 1200m dari permukaan laut.
Nama lain bagi daun tutup bumi selain Elephantopus Scaber, Linn sering kali di seru oleh negara serumpun kita adalah dengan nama tapak liman. Tahukah kawan-kawan tumbuhan ini tumbuh sepanjang tahun, pokok berdiri tegak, berwarna hijau- tua, tumbuhan daun yang rendah membentuk seperti karang melekap di dasar tanah, dengan tangkai yang pendek, bawah daunnya yang sedikit berbulu.

daun tutup bumi
Bunga daun tutup bumi akan menghasilkan warna merah- ungu dan terbahagi kepada lima bahagian. Bunga ini akan mekar pada waktu siang dan siap sedia dia makan isinya oleh serangga yang kecil serta akan mula menguncup pada waktu sebelah malamnya.

Lama tak dengar perkataan “Tanaman Tutup Bumi”
hehe..
Wah bagus sifat pokok ini mengikat tanah boleh mengurangkan hakisan.
yeap mmg bagus utk sekat hakisan mlyisa byk cerun dan cenuram yg tajam huhu..
pokok herba eh? hrm..x pernah terserempak lg..eheh
klu duduk kg mesti jumpa
mungkin jumpa tapi kita tak perasan kot.
sesuai dengan namanya menutup bumi daripada hakisan.
tpi org byk guna pokok lain pula adeh… ada letak batu kt lerang bukit tepi jalan huu..
mungkin tak sesuai kot letak di lereng-lereng bukit.
pokok ni merebak cepat sangat kot sampai susah nak jaga
kak, herba tebu gajah daun yg akk maksudkan ni ke?
ni merupakan salah satu herba dlm byk2 pokok meliar atas bumi. byk blh d buat ubat hee…
rasanya org panggil nama pokok ni gajah mungkin sb bentuk tapak daun dia bentuk cam kki gajah hee…
takpernah jumpa pokok ni
mungkin juga tak perasan
atau tak kenal
mesti kenal klu main2 bola kat padang rumput
Apa khasiat pohon tutup bumi ni ya? Biasa juga nampak pohon ni, kat depan rumah pun ada beberapa yang tumbuh liar… Cuma setakat ni tak tahu apa khasiat pohon ni, so biar jer dia tumbuh dan kadangkala dibuang apabila sudah terlalu banyak…
Soalan baguh.
cam biasa bro tgu part II
blh tahan byk juga manfaatnya cuma kita yg skrn ni agak jarang2 ketengahkan hal2 tumbuhan yg unik mudah dpt ni. sb kita sudah terbiasa dri kecil dg sogokan ubat dr farmasi..klinik2.. heeee
Owhh ada part 2 erk… worait… akan dinantikan…
Sentiasa cuba mencari penawar semulajadi, walaupun tak sakit, kadangkala ianya membantu kita menambah ketahanan badan…
Lagipun memang gemar memakan pelbagai ulam-ulaman…
ooo. bgtu ker. jarang ar nk tgok org llki macho mkn ulam2 heee.. mesti muka bro awk mude ngeeeee
sy suka kacang botol tu.. erk apa nama dia lupa nama sebenar dia tu sedp gak.. hii.. pucuk paku masak lemak layan gak
jangan salah pokok lak. Ada banyak pokok yang seakan-akan sama. Tersilap ubat, lain jadinya
kira susah nak cabut la pokok nie ya..
agak2 daun nie boleh buat ulam tak….. tentu ada khasiatnya..
agak2 daun nie boleh buat ulam tak…..tapi mcm keras daunnya… tentu ada khasiatnya..
pokok pelik yang menarik, selalu sangat jumpa kalau duduk kat kg
Tapak liman di tanah jawa sering digunakan sebagai obat tradisioanal sist..
Macam tak perasan pulak ada pokok ni kat bawah. Selalu jalan mendongak kelangit je kot. (Sombong betul bunyinya)
kat umah saya ni banyak pokok hempedu bumi. Puas cabut tetap tumbuh jugak. mana-mana pun dia tumbuh jugak