Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Angin bayu membawa diriku sepintas lalu ku terkenagkan mu memori silam meresap malam kenangan bersama tersimpan selamanya walaupun kau pergi jauh dari ini..eh eh..ek..belok kanan, pusing kiri pastu baru jumpa jalan lurus ah.. baru betul.
Apa ini. Pagi -pagi sudah melalut di bawak ombak ker Suri ini? lalu kapal sampan yang dinaiki hanyut di bawa arus cewah ha.. hehe..Yaho.. ayuh kibarkan jalur gemilang kita =) . Itulah antara aktiviti kegemaran Suri yang selalu di buat takala lepak-lepak atas batu sambil tapak kaki mencecah air masin. Menyanyilah apa lagi der.
Argh!! rindunya nak balik Melaka. Haritu tak dapat nak duduk di hujung batu sambil memandang akademi ALAM, Kuala Linggi Melaka ataupun mengimbas kenangan lalu atau mencari idea-idea yang bersih segar lagi suci. Tapi tidak mengapalah asal dapat menatap gambar pun jadilah..
Sahabat suka pergi ke pantai tak macam Suri ? Tidak kira jika ada masalah ke atau sekadar mengambil angin untuk dimasuk dalam perut pun boleh juga hee.. mudah-mudahan kekeyaganlah gamaknya.
Perkara apakah yang mampu menarik kalian semua untuk ke pantai?
- Adakah kerana anginnya yang sepoi-sepoi malu sambil meniup baju lalu mendinginkan tubuh..
- Kerana alunan music box ombak membawa kawan-kawan semua datang ke sana lalu tertidur di bawah rimbunan pohon yang meredupkan.
- Sekadar date bersama sidia.
- Paling tidak pun sebesar batu di pantai Tanjung Bidara korang suka bawa ahli keluarga berkelah dan mandi-manda kesana
Berkisar tentang entri di atas semuanya merujuk tentang laut dan ombak bukan ongbak. Tahukah kawan-kawan ombak laut merupakan air laut yang mempunyai kuasa daya naik dan turun dalam bentuk kitaran. Pada kelazimannya kejadian ombak terjadi akibat daripada tiupan angin yang bertiup pada permukaan laut.
Tahukah sahabatku kadangkala kejadian ombak juga terjadi disebabkan beberapa faktor. Antara faktor-faktornya adalah:-
- Disebabkan berlakunya kejadian gempa bumi bagi sesetengah kawasan plat bumi.
- Terjadinya letusan gunung berapi bukan di sekitar kawasan kita kadangkala berlaku juga di tempat lain maka kesannya turut berlaku pada penghasilan ombak.
Kisahnya begini apabila ombak mula melanda denai pantai, maka ketinggian dan panjang gelombang serta kitaran ombak akan turut terjejas dan mengakibatkan terjadinya geseran dengan dasar laut. Kejadian inilah yang menyebabkan ombak yang membasahi pantai akan terpercik lalu menjadi ombak berwarna putih.
Riak
Perhatikan pula apabila sahabat melontarkan batu ke dalam air, maka riak ombak akan terjadi. Riak ombak ini berpusat pada tempat dimana batu yang dilontarkan tadi jatuh. Ini adalah dinamakan anjakan gelombang yang berlaku disebabkan gangguan pada pergerakan permukaan air.
Ia juga merupakan sejenis gelombang yang terhasil apabila angin bertiup, gempa bumi ataupun pukulan ombak berlawanan arah. Walaubagaimanapun, air laut sebenarnya tidak mengalir mengikut arah anjakan gelombang air. Air tugasnya hanya untuk bergetar turun naik bagi memindahkanya menjadikan ia sebagai sumber tenaga.
Bagaimanakah cara ombak pantai menghasilkan warna putih?
Andaikan sahabat semua memerhatikan cahaya menerusi kaca prisma, sahabat semua akan mendapati bahawa cahaya matahari sebenarnya bukan berwarna putih. Ia terdiri daripada tujuh warna seperti warna-warna pelangi. Hakikat yang harus kita ketahui bahawa ombak di tepi pantai telah berpecah menjadi titisan-titisan kecil. Manakala warna yang dibiaskan oleh titisan ini kemudian akan bergabung semula menjadi warna putih. Inilah sebabnya ombak di tepi pantai kelihatan berwarna putih.
#Penyebaran Cahaya
Ialah “pemecahan” cahaya putih kepada spektrum cahaya (m/j/k/h/b/i/u). Penyebaran cahaya putih boleh dilakukan dengan prisma kaca kerana setiap spektrum ini bergerak pada kelajuan yang berbeza dalam kaca. Perhatikan rajah di atas krdt: blog paparanawam.com)

Aku dari sumatera…
lama nggak kemari.
maaf aku belum baca tulisan kamu di atas. habis bahsa malaysia dan indonesia itu ada beda dikit jadi agak pusing dikit.
langsung aja aku lihat kamu berubah template bayar nggak ? sekarang jadi piramid. pernah ke mesir?
aku dari Malaysia..
ya cuba bezanya sedikit sahaja deh..
ngak pernah sih.
salam..
ke-sains-an
dalam irama romantika
gitu..he he..layan
salam
ke..se..na..ng..an.. dalam ke..du..ka..an..
Suri ni pakar sains rupanya.
Eh, kenapa tak nyanyi lagu tu sampai habis? hehehe
Suka lagu tu
buat vlog ok apa…:)
Zam
alah2 zaman 4U2C heeee.. malu..malu..
sikit-sikit sahaja
lagu kumpulan Feminin
W.R
vlog huu..cam sush jer yg ni pun meraba2 lgi huuu
ingatkan apa tadi. cerita pasal ombak rupanya. hehe..
bukan ombak rindu ya cikgu
chii ske g pantai..tp time malam la..sebab sejuk je..kalo siang..terbakar plak kulit krg :p
time kat mlk dulu..chii slalu g klebang ngan kwn2…x pun pantai puteri..ktorang lepak reramai…sambil main air..ehehe
chii
semua pantai tu kt melaka..blh tahan tpi klu jemur mmg gelap hoo..cuma org putih jer suka ke sini dedah badan tayang sani sni isyh…isyh…
Pengunjung baru nih sob, cuma blogwalking dan ngajak kenalan, nggak apa apa kan ?
terima kasih kemari.
oh tiada masalah punya
Saya pun ada sorang kawan yg dok kat blkg ALAM melaka tu. Sekarang ni dah jadi 2 la ye
Akademi laut malaysia..jadi org laut ar gamaknya heee
Suka kpd pasir putih yg bersih….
Pasir putih tepi pantai
Ombak saling berkejaran… eha!!!
ha…jom kak dtg kg saya
ha..kakak bee ada sahaja …jom bwk danish mdi laut heee
ORANG KATA MELAKA BEST…TAK RUGI DATANG MELAWAT KE SANA…HURMM
KAKI AYIE PERNAH BERDARAH AKIBAT BATU2 TAJAM DI PANTAI TANJUNG BIDARA…DAH LAMA…MUNGKIN SEKARANG DAH BYK YG BERUBAH KOT…? MASIH TERINGAT CALET2 NYA
pernah kesana hee..berkelah tepi pantai dan mkn ramai2 mmg best,