Rama-Rama Tebuan

Salam pagi untuk semua.. ;) :)

Pernahkah kawan-kawan mendegar rama-rama tebuan.  Nama sintifiknya di panggil sebagai sesia apiformis. Rama-rama tebuan merupakan rama-rama yang besar bentuk fizikalnya kerana ia seakan-akan  persis seekor tebun, namun jaganlah  sesekali kita berasa khuatir kerana rama-rama tebuan ini tidak sesekali akan mendatangkan bahaya kepada manusia.

Rama-rama tebuan mudah dikelirukan dengan tebuan yang sebenar dengan rama-rama tebuan bulan. Rama-rama tebuan besar  ini sebesar tebuan malah tingkah lakunya serupa apa yang dilakukan tebuan yakni terbang tersentak-sentak apabila diganggu tetapi ia mempunyai lebih warna kuning dan tiada pinggang di antara abdomen dan toraks.

es

Rama-rama tebuan bulan pula memiliki warna kuning yang sedikit pada kepala dan bahu dan berkolar hitam, namun tidak seperti rama-rama tebuan yang berkolar kuning.

Rama-rama tebuan memiliki rentang kepak yang berukuran diantara 33 sehingga 48 mm. Manakala kepak dihadapannya pula berukuran antara 17 hingga 21 mm. Pada kebiasaannya rama-rama tebuan ini akan terbang pada pertengahan bulan Jun hingga Julai, kadangkala juga sehingga ke bulan Ogos. Spesis rama-rama tebuan ini boleh kita temui di bawah batang seperti pokok poplar seawal pagi.

Pada musim sejuknya rama-rama tebuan ini akan menghasilkan larva sekali dan kadangkala sebanyak dua kali, selepas ia berada dalam kokun bagi musim sejuk yang seterusnya. Rama-rama Tebuan dewasa sering dijumpai pada pokok poplar berturut-turut selepas kemunculannya.

kitaran_hidup_rama_-_rama

Manakala rama-rama tebuan betina pula akan bertelur pada dasar pokok poplar. Makanan bagi rrama-rama tebuan betin adalah larva. Apabila larva mula menetas rama-rama tebuan betina ini hanya akan makan di bawah permukaan kulit kayu, berhampiran tanah atau di bawahnya seperti dibahagian akar pokok kayu. Manakala lubang keluarnya pula kebiasaannya akan dilihat berdekatan dengan dasar pokok poplar dan mungkin juga akan terdapat kelongsong kepompong di situ.

Habitat bagi rama-rama tebuan in seperti di kawasan taman, tumbuhan pagar, balapan golf, kuari, tanah paya, pinggir ladang dan tepi tasik. Bukan itu sahaja malahan pada kawasan yang terbuka juga  amat disukainya terutama dikawasan yang dikelilingi dengan sedikit tumbuh-tumbuhan hijau dan berwarna -warni.

Suka jalan taman rama-rama kat Melaka heee… :)

Share
Artikel lain yang best-best :

52 thoughts on “Rama-Rama Tebuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>