Salam pagi semua..
Pernahkah kawan-kawan mendengar pokok paku gajah?
Pokok paku gajah lebih dikenali dengan nama botaninya “angiopteris evecta” dimana ia merupakan pokok paku pakis raksasa yang mana ia akan pada kebiasaannya ia akan tumbuh di lembah-lembah yang berstatus lembab. Pada kebiasaanya pokok paku gajah ini selalunya dijadikan sebagai taman hiasan sesebuah perkarangan taman dan kebun.
Gambar sepohon pokok paku gajah
Pokok paku gajah ini tergolong dalam kumpulan Marattiacea di mana ia dikatakan mempunyai taburan semula jadi di kebanyakan kawasan yang beriklim tropika seperti di Malaysia, Thailand, Singapura, Indonisia, Filipina, Papua New Guinea dan juga termasuk kepulauan Polinesia.
Perihal pokok paku gajah
- Ia mudah ditemui di hutan pamah sehingga ke hutan bukit dengan paras ketinggian 1200 meter dari paras laut. Paku gajah ini juga banyak terdapat dikawasan yang berhampiran dengan tebing sungai di hutan rimba atau hutan di lembah sungai yang lebih besar.
- Pokok paku gajah merupakan pokok paku yang sangat besar akan tetapi batang pokoknya tidak kelihatan.
Gambar batang pokok paku gajah
- Batang pokok paku gajah berbentuk bulat dan berbulu.
- Pokok ini juga amat mudah dikenali melalui bentuk dan saiz daunya, pangkal pokok yang bulat, besar dan diliputi oleh pangkal daun yang kekal.
- Manakala daun pokok paku gajah pula merupakan jenis yang majmuk bipinat, besar dan panjang. Dan dari sudut pangkal daunya pula terdapat stipul yang berisi tebal, kekal dan menutupi batang pokoknya.
Gambar pucuk paku gajah
Cara membiakkan pokok paku gajah
- Ianya boleh ditanam dengan cara memisahkan tunasnya yang keluar daripada pokok induk.
- Anak pokok paku gajah yang tumbuh meliar di korek dan ditanam pindahkan.
Nota: Pokok paku gajah juga boleh ditanam dengan cara menggunakan spora.
Gambar bawah daun pokok paku gajah
Proses penapaian
- Seluruh bahagian pokok paku gajah dikatakan mengandungi minyak meruap. Minyak meruap yang terkandung dalam pokok ini dikatakan terdiri daripada jenis yang bermanfaat dari segi penghadaman, merawat selsama dan mampu untuk mengurangkan rasa sakit atau sengal-sengal dibahagian otot-otot.
- Manakala daun paku gajah pula mengandungi terpen. Ia pula lebih dikatakan sebagai mempunyai sifat kesan merangsang.
- Bukan itu sahaja malahan daunya juga dikatakan boleh mewangikan minyak kelapa. Caranya dengan memasukkan daun paku gajah ini kedalam minyak kelapa. Kemudiannya minyak kelapa ini bolehlah digunakan sebagai bahan kosmetik tradisi.
- Pangkal daunya pula boleh dijadikan sebagai makanan berkanji. Selain itu juga pangkal daun ini boleh ditapai untuk dibuat minuman sendiri.
- Manakala pucuk dan daun mudanya pula dikatakan boleh dimakan sebagai ulam-ulaman.
Gambar akar pokok paku gajah
Penawar racun
- Pangkal daunnya juga boleh dipotong-potong menjadi berkeping-kepingan dan kemudiannya dikeringkan sebelum direbus. Air rebusan ini dikatakan boelh diminum bagi melawaskan pembuangan air kecil dan mengeluarkan batu karang.
- Akar pokok paku gajah juga dikatakan jika kita merebus akarnya ia boleh menghentikan pendarahan kepada ibu yang keguguran bayi dan juga dijadikan sebagai tonik. Disamping itu juga akar pokok paku gajah ini juga boleh direbuskan bersama-sama dengan kacang hijau. Ramuan ini dikatakan boleh diminum bagi merawat penyakit beri-beri.
- Selain itu akar dan rizom paku gajah ini juga dikatakan boleh dikunyah bersama halia dan sirih, airnya pula dikatakan boleh ditelan sebagai penawar mengubati racun.
- Ia juga dikatakan mampu untuk meredakan kepanasan suhu dalam badan seseorang itu disamping membantu melegakan sakit-sakit yang ringan.
- Daun pokok paku gajah juga boleh diambil dengan menyusun daun-daun tersebut dan kemudiannya baringlah atas daun tersebut. Bagi mereka yang mengalami sakit belakang bolehlah tidur di atas daun ini pada waktu malam.
- Disamping menyejukkan suhu badan, daun ini juga dikatakan mampu untuk mengurut tubuh dan melegakan rasa sakit.
- Bau daunya pula dikatakan mampu membantu otak atau kepala seseorang individu itu untuk berehat setelah kepenatan.
Gambar ulam paku gajah
Psttt!! Walaubagaimanapun terdapat pelbagai kegunaan pokok paku gajah ini anda adalah disarankan agar mendapat nasihat doktor terlebih dahulu. Dikhuatiri perkara yang tidak diingini akan berlaku.






tanam depan rumah pun cantik ni
.-= dnoBiz´s last blog ..HandPhone & SMS – Pernah Periksa Talifon Bimbit Pasangan Anda =-.
redup..daunnya tak mudha luruh cam pokok daun mangga heee
maak aii..gergasi siot pokok paku pakis tuh….
takot aku tengok..
hahhahaa..
tapi kalau dimasak pucuk paku lemak cili api…pae rasenyer lak? haha
.-= nash´s last blog ..Aku Mahu Berhenti Berblog =-.
belum pernah mencuba lagi daa heee..
ambil 1 pelepah je, dapat makan satu keluarga
.-= tehr´s last blog ..Kemahiran Dan Pengalaman Seorang Blogger =-.
gerenti cukup utk stok 2 hari heee
sesuai dgn namanya…selalu juga makan paku pakis & pakis perak masak air/lemak..tp pakis gajah blm cuba lagie..hehe
.-= Nadri´s last blog ..10 Highest Paid Footballers =-.
klu masak mesti satu resepi yg unik untuk di cuba..rasa
pucuk paku
masak lemak pun sedap
hehe
.-= wazy´s last blog ..Giveaway Domain dari Sumijelly & Sekilass =-.
try masak blh juga hee..
lama tak makan pucuk paku…besarnya pucuk paku gajah tuh….
.-= zik´s last blog ..Tubelawak bikin panas dengan Zikrihusainicom!! =-.
tengok tinggi dia pun rasa takut hee…
He he.. ingat nama dia pokok paku gajah sebab gajah suka makan..
hoohoo..
nama dia pokok gajah mungkin sb pokok ni besar dia..ketinggian cam gajah kot heee
yang jual kat Nepal tu pucuk paku gajah ke paku biasa? Tak tau plak banyak kegunaan perubatan…memang dah lama carik..nak tanam depan rumah…kalau ada benih kasi roger la..
.-= adamfaiz´s last blog ..Petua Kalau Berpacaran =-.
haa.. ken ajeguk pak cik google dulu huhu…
blh tanam mmg cantik mesti merimbun ..sjuk rumah kita heee
dulu depan rumah memang melambak pokok paku gajah ni… tebang dan bakar sahaja… kenapalah tak jumpa entry masa tu…
sebab blog ni blum di wujudkan lagi heee
nasibbaik kat hujung artikel ada tulis pasal minta nasihat doktor terlebih dahulu. yelah, takut2 ada pihak yg menyaman Puan Suri.
tak sangka pulak pucuknya boleh dimakan. ingatkan pucuk paku biasa aje yg boleh dimakan
ya..semua tumuh2 harus harus ikuti kajian sirim dll stage seblum ia mendapat kelulusan utk di pasarakn.. slgi tak ada hitam putih yang sahih bahaya juga klu ia disalah gunakan heee
Pokok ni ke yang banyak kat tepi jalan sepanjang mendaki bukit ke cameron highland?
.-= Norasikin´s last blog ..Resepi Tat Telur Egg Tart =-.
saya tak mendaki lagi adoiii..
dan belum pernh ke sana lagi heee
boleh jadi.. sebab banyak jenis …
.-= zik´s last blog ..Kompilasi trick video koleksi terbaik 2010!! =-.
betul2..sebab nama dia dah pokok paku pakis nama jer lain2.yg bezakannya tumbesar pokok tu, rupa bentuknya dll lagi
pokok paku pakis gergasi ini mengesahkan akan kewujudan dinosior di negera kita jutaan tahun yg lalu