Khasiat Daun Kucai

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku..

Tahukah kawan-kawan nama  saintifik bagi pokok kucai adalah allium schoenoprasum. Pokok daun kucai ini merupakan sejenis pokok sayuran yang hampir menyerupai pokok bawang dan ianya pula berasal dari lingkungan keluarga lili.

dis09 141 Sumber: http://non-datin-diaries.blogspot.com

Di dalam masyarakat melayu kita amnya menggunakan daun kucai ini sebagai salah satu menu yang wajib ada bagi menyediakan menu hidangan bergoreng. Biasanya antara masakan yang sering kali digunakan didalam masakan daun kucai ini adalah kueh tiew goreng, cucur udang, jemput-jemput dan sebagainya.

Daun kucai memiliki pelbagai khasiat seperti mempunyai vitamin B, vitamin C dan karotin. Bukan itu sahaja malahan ia juga mampu untuk mengubati pelbagai jenis penyakit wanita terutama dari segi penyakit keputihan dan sakit senggugut. Bukan itu sahaja malahan ia juga dikatakan berupaya merawat darah tinggi dan membantu melancarkan sistem pembuangan najis dalam tubuh.

thumb_5647Sumber: http://foodphotoblog.com

Daun kucai mempunyai antisepetik yang tersendiri kerana ia mampu untuk membunuh kuman bakteria dalam usus di samping menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta proses pengembangan usus. Bukan itu sahaja malahan ia juga akan melancarkan darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah dalam badan.

Cara rawatannya adalah dengan menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian di kacau bersama dengan air panas. Di minum pada setiap pagi. Apa pun anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor dahulu sebelum melakukannya sendiri :)

Update: Mak cakap bila daun kucai dah tua dia akan mengeluarkan bunga hii.. cam lawak pulak.. selalu bunga akan keluar dulu ini bunga keluar kemudian huuu..

Share
Artikel lain yang best-best :

74 thoughts on “Khasiat Daun Kucai

  1. Daun kucai sangat sedap. Rupanya berkhasiat juga. Rahsia alam milik Allah, penuh dengan kegunaan untuk manusia cuma kita yang tak tahu.

    Cantik bunga, kombinasi hijau putih. Sejuk mata memandang

    • daun lalang? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ?

      kena cari iimu tu dulu kat majalah .. buku..google…yahoo..fb erk…

      AlamS…NAMPAKNYA ADA KERJA SEKOLAH NAK BUAT PASNI SEBAB BRO Ismail dah mula tanyer huuuu :) :(

      • ada lah kak suri..bau nya mcm tak berapa nak sedap..sy tak suka bau dia..mungkin org lain suka..mcm taugeh pun sy tak suka bau dia..eii, x sedap baunya :D

  2. Owh, ingat daun kucai biasa2 je.. Rupanya ada jugak yang boleh dijadikan penawar penyakit.. Nanti bolehlah suri cari khasiat daun bawang pulak, kan hampir sama sebab Jai pernah tersalah beli & confius mna 1 daun bawang ngan kucai..he3

    • khasiat daun bawang..

      lOh haaaaa.. ni satu lagi kerja sekolah adoiiii…

      Insyalalh bro jai akan di cari heee.. moga ada kelapangan akan di study bab tuh huuu..

      cari ..cari ..carilah suri hiii

    • hee. dia malu tu hoo…

      tapi klu daun bawang kalo mahu di siriam kena sllu tapi tak blh terllu kerap pula..nanti daun bawang cepat layu dan mati heeee

      erk..ni kan posting ttg daun kucai suri bukan pasai daun bawang daa…

      adUS!!!

  3. salu makan kucai bila mkn char kuew teow je huhu…takpun bila beli cucoq jagung.. kat rumah memang tak penah masak guna kucai huhu taktau le nnt kot dh kawen

  4. daun kucai my feveret…sedap bila ditumis bersama telur tau…setiap hari pasti ada masak kucai tumis telur,sedap…tp br tau khasiat daun kucai ni…patutla senang ke tandas… :smile:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>