Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Entri obor-obor menyinari petang ini. Maaf kudapnya Suri tak sempat nak buat hee kalu nak tunggu malam Insyallah boleh buat sekali dengan makan malam heee.
Menyoroti entri fakta minggu lepas tentang obor-obor begitu ramai bloger yang bertanyakan Suri bolehkah obor-obor ini dimakan, bagaimana cara ingin merawatnya. Cara menanganinya maka harni Suri akan menjawab soalan sahabat seperti di bawah. Insyallah moga-moga ia membantu kalian semua ya.
Terlebih dahulu apa kata kita mengenali apa itu obor-obor kemudian barulah Suri rungkaikan satu – persatu jawapan yang yang berselirat di minda anda tu hee..
Apalah itu obor-obor?
Obro-obor atau lebi di kenali sebagai spesis ampai-ampai merupakan haiwan yang tergolong dalam filum cnidaria, termasuk dalam kelas biologi skifozoa.
Ia juga digunakan bagi merujuk kepada kelas boologi yang berkait dengan mendusa dalam erti kata lain hidrozoa dan ampai-ampai kotak (box jellyfish) (cuozoa). Hampir kesemua ampai-ampai tinggal di laut dan walaupun mereka kekurangan struktur, organ mereka mempunyai ciri-ciri tisu khas.
Tahukah kawan-kawan bentuk ampai-ampai dewasa terdiri daripada 95-99% air! Kesemua spesis hidupan ini terdapat di kesemua lautan dunia, kecuali beberapa spesies yang tinggal di air tawar. Kebanyakan ampai-ampai terapung bebas yang makan ikan dan zooplankton kecil yang terperangkap dalam sesungut mereka.

Ampai-ampai mempunyai sistem pencernaan yang tidak lengkap, bererti bukaan yang sama digunakan untuk memasukkan makanan dan mengeluarkan najis. Mereka merupakan Coelenterates yang bererti “perut lopong” (hollow gut), dan terdiri daripada lapisan kulit epidermis, gastrodermis dan lapisan seperti gel yang dipanggil mesoglea yang memisahkan epidermis dari gastrodermis.
Ampai-ampai berenang dengan kuasa denyutan yang dikawal oleh otot-otot dan sarafnya. Alat pengimbang udara yang terdapat pada tubuhnya membolehkan ampai-ampai terus terapung atau tenggelam. Sesungut yang terdapat pada ampai-ampai digunakan sebagai senjata dengan menyengat mangsanya. Ikan dan juga manusia boleh menjadi lumpuh jika terkena sengatan ampai-ampai ini.
Tidak semua obor -obor yang melata di perairan laut kita mempunyai sengat yang berbisa dan mengakibatkan kematian. Ada juga obor-obor di kawasan perairan Sarawak misalannya yang tidak berbisa seperti obor-obor jenis warna putih yang boleh dijadikan sajian makanan.

Obor-obor laut yang berbisa terbahagi kepada lima:-
Chironex Fleckeri, Chiropsalmus Buitendijki, Chiropsalmus Quadrihatus, Chrysaora Quinquecirrha, spesis Physalia Chironex Fleckeri.
Biasanya ia didapati di sekitar perairan Australia manakala yang selainnya boleh didapati di perairan tempatan.Bagi semua obor-obor, sengatan bisa dilakukan melalui sesungut yang mengandungi ratusan pundi-pundi bisa, dipanggil ‘nematosit‘.
Sesungut ini apabila tersentuh oleh mangsa akan melepaskan racun daripada nematosit tadi dan boleh menyakitkan atau melumpuhkan mangsa seketika pada tempat sengatan.
Chironex fleckeri, dikenal pasti sebagai paling berbisa, berupaya menyebabkan kematian dalam masa 15 minit manakala sengatan spesis Physalia pula biasanya akan menyebabkan mangsa mengalami kejutan dan mengakibatkan kematian sekiranya mangsa lemas.
Masa serangan obor-obor:
- Sengatan yang paling kerap adalah semasa obor-obor terapung di permukaan air ketika mangsa memasuki atau berenang di dalam air.
- Serpihan sesungut yang terpisah dari badan obor-obor akibat dari laut bergelora seperti semasa ribut.
- Sesungut ini walaupun telah terpisah dari badan berupaya mengeluarkan bisa apabila serpihan sesungut bersentuhan dengan manusia.
- Serpihan sesungut yang terdampar di persisiran pantai juga berupaya membebaskan bisa apabila dipijak.
- Sengatan obot-obor lebih kerap terjadi apabila bilangannya di dalam laut bertambah.
- Peringatan bilangan obor-obor akan bertambah semasa musim mengawan yang berlaku pada bulan Mai hingga Jun. Oleh itu berhati-hatilah anda jika terpaksa turun ke laut.
Cukuplah nanti sambung lagi keY. Kita tengok apa kesan terkena gigitan sengat obor-obor pula hee.. tunggu ya. janji hiii..
wah.. memang pakar obor2 la dia nie..
maaf cikgu suri,. tak jumpa pun rawatan awalnya…
kena tunggu lagi ke..hu.hu.hu.
ha tgu entri yang seterusnya karang klu panjang2 org baca boring plk heee…sabar ye anaj murid heee..
Jangan lupa satu resepi obor2 yang menyelerakan untuk dicuba
kak nora
itu klu bernasib baik..ce degar lagu Lucky B.spears heeeee
erk..kena goooogleee ar
dah tercabut sesunggutnya pun masih ada lagi yer bisanya…
uh..bahaya kena tgok bulan gak klo clar ok ar turun laut klu time dia tgh mengawan bahaya hoooo
Jangan ingat haiwan lembik mcm tu tak boleh bunuh orang.
Tp saya tetap rasa obor2 tu menyelerakan.
erk ..sedap ker hiii..tgulah sya akan carikan satu resepi utk kak mencoba haa..terbaik!
pernah makan mase kecil dulu, tp dah lupa apa rasanya
Oh. antara rawatan awal yang saya tahu adalah dengan kencing ke tempat yang kena sengat obor-obor tu. Kenapa kencing? ntah le.. saya pun tak tau.
kencing? blh ker blh kot tapi kena cover sblm nak buang haaa..
tapi kenapa bro?
berbisa sengatan obor2 ni…antara bisa yg berbahaya…ermm
pakai jer baju selam ok ar kot heee
saya pernah juga dapat hidangan obor2 ni
tapi saya tak menyukainya
mungkin sebab tak biasa makan
kata org hidangan ni pelik tapi klu tak rasa mmg rugi huhu..
mahal tak sepinggan hidangan obor-obor?
huhuh..belajar ilmu baru hari ini..
cikgu sy tak suka obor-obor tapi tu sllu je jumpa kt tepi pantai blkg umh saya..
ada rezeki kita bukak plk topik belangkas. saya suka makan telor belangkas heee sedap cikgu
saya suka obor obor yg mengeluarkan cahaya
dlm air nampak biasan chaya klu dia kat darat dok klr cahaya heee..
Kalau datang ke Sabah, memang kena cuba resepi obor-obor kat sana. Kata orang sedap…
kata kau bah haaa.. bila dpt ke sana ek huuuu
wah…cikgu sains dah menerangkan semuanya.hehe
terima kasih dengan info ni suri.terbaik
erm..sy mencari jer ni bro huhu..mana rasa menarik molek gak d kongsi bsma heeee
Rakan sepejabat ada menganjurkan bercuti ke Pengkalan Balak. Kami heran seorang kawan kami ini sahaja kena sengat obor-obor
pengkalan balak kat mana? melaka pun ada gak nama tmpt tu hee..
Penkalan Balak dekat Melakau
oh..dkt dg kg saya jer tu bro..
Obor-obor cantik tp geli
persisi jeli hee
terima kasih suri cerita ttng obor2 pula
sama-sama haaa..
obor2 heee kakak madi tepi laut hati ye