Belut Elektrik Part I

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Tunggulah kawan-kawan dah nak balik rumah ker? huhu..tinggalkan Suri di pejabat ini sorang-sorang. Hurm..sambil membaca sambil menyelam ilmu haa..jeng..jeng jeng..

Apa yang di jumpai yer? Jika sebelum ini Suri ada membuat kupasan tentang entri manfaat belut aih, geli ar pulak nak menyebutnya..bab-bab makanan ini tapi yang ini Suri ingin ceritakan pasal belut elektrik.

Tahukah kawan-kawan belut elektrik tinggal di dalam kawasan lembah sungai Amazon dan Orinoco yang terdapat di Amerika Selatan. Belut elektrik ini biasanya berukuran lebih kurang dua meter dan boleh menghasilkan daya tenaga elektrik bervoltan tinggi. Akan tetapi awas sekiranya terkena sentuhan belut elektrik ini ia mampu membuatkan seseorang itu maut!

Hidupan belut elektrik bertindak sebagai bateri besar di dalam air. Ia memiliki tiga pasang abdomen yang berupaya menghasilkan cas elektrik dari tubuhnya. Apakah organ utama belut elektrik itu?

  1. Main organ
  2. Sachs organ
  3. Hunter’s organ

Kepentingan tiga organ ini memainkan peranan penting bagi menghasilkan dua jenis aliran elektrik yang bervoltan tinggi dan juga bervoltan rendah.

Ell Electric

Maksud begini, apabila tenaga elektrik dialirkan di dalam air, arus elektrik akan mengalir keluar melalui bahagian hadapan belut dan akan mula merentasi air seterusnya akan kembali ke ekor belut semula. Kejadian seperti terkena renjatan elektrik yang dasyat dari belut inilah yang menyebabkan mangsa itu boleh mati.

Namun begitu, seandainya belut tersebut mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan ekornya, ia juga akan terkena renjatan elektrik yang dikeluarkannya sendri.

Gator Bites An Electric Eel & Gets Shocked To Death!

Soalan Suri.

Bagaimanakah cara-cara orang asli menangkap belut elektrik ini?

5.30 balik… >____<

Share
Artikel lain yang best-best :

48 thoughts on “Belut Elektrik Part I

  1. Subhanallah. Belut letrik pun ada. Setiap makhluk Allah ada kelebihan dan kekurangan masing2 utk renungan kita.

    Jawapannya: Org asli tu main2@kacau belut tu sampailah belut tu penat. Bila penat, tenaga dah habis. Bila tenaga dah habis, letrikpun habis. Ok. Tangkap sekarang! :mrgreen:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>