Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Agak lama mencari si lili labah-labah aka spider lili atau lebih dikenali sebagai pokok bunga balakung dalam jenama saintifiknya hymenocallis littoralis. Namun masih tidak menjumpai keratan gambar dari google. Aduh entri kali ini memang benar-benar membuatkan Suri tension… Bahan sudah ada untuk dibentangkan cuma gambar-gambar teknik pemotongan bunga balakung ini tidak ditemui hurm…
Baiklah tanpa membuang masa apa kata kali ini kita mengenali hymenocallis littoralis dalam keluarga Amaryllidaceae dengan lebih dekat lagi. Dalam mencari gambar cara-cara pemotongan bunga balakung, terjumpa maklumat tentang bunga ini dalam laman google. Ayuh kawan-kawan kita baca entri ini sama-sama
Tahukah kawan-kawan spider lili terdapat lebih lima puluh spesis dunia. Pokok spider lili ini mempunyai lingkaran bulat di tengah-tengah (corona) yang jarang ditemui pada spesies sama.
Sumber: http://www.flickr.com/photos/33623636@N08/4015446819/
Hymenocallis membawa maksud ‘membran cantik’ dalam bahasa Greek, merujuk kepada lingkaran di tengah bunga berkenaan yang bersambung dengan tangkai bunga yang mengeluarkan debunga yang dikategorikan sebagai tanaman menakjubkan. Kebiasaannya pokok bakung ini amat sesuai ditaman dikawasan taman yang bertemakan air pancuran dan dijadikan tumbuhan hiasan dalam pasu. Walaupun dikenali sebagai lily labah-labah, amun bunga ini lebih kepada tumbuhan dafodil berbanding tumbuhan lili.
Pokok ini mudah di tanah tetapi memerlukan cuaca yang panas dan tanah sedikit lembap tetapi bukannya terendam di dalam air. Daunnya kekal berwarna hijau walaupun selepas bunganya gugur.
Menariknya, tumbuhan mudah hidup ini sukakan suhu bilik, lembap dan panas dan memerlukan masa tiga bulan untuk tidak berbunga yang dikenali sebagai tempoh berehat.
Oleh kerana tumbuhan ini sukakan keadaan yang lembap, ia memerlukan air yang banyak jika anda menyiramnya. Juga, jangan biarkan tanah di sekelilingnya kering kerana ini boleh menyebabkannya mati.
Bunga ini lazimnya mudah dikesan jika ia tidak subur kerana daunnya akan menjadi kering seakan terbakar. Bagaimanapun, ia lebih dikenali sebagai tumbuhan tahan lasak kerana bakung tidak mengalami masalah jangkitan penyakit atau serangan serangga.
Namun, siput, ulat bulu dan hama putih sering hinggap di pepohon ini tetapi tidak merosakkan tanaman. Satu lagi ciri menarik pada pokok ini kerana tidak perlu dipangkas seperti pepohon lain untuk menggalakkan pertumbuhan daun. Ringkasnya, bunga bakung ini tidak perlukan penyelenggaraan seperti tumbuhan laman lain yang perlu selalu dibersihkan.
Sumber: http://www.newplant.co.za/plants/?char=&page=1&size=10000&reset=1
Hymenocallis boleh membesar sehingga tiga kaki (0.91 meter) dan biasanya perlu dibaja sebulan sekali dengan baja seimbang dan biasanya tumbuhan ini dipilih sebagai tanaman pemisah sempadan atau ditanam berbaris di kiri kanan jalan masuk ke laman.
Dalam perubatan tradisional, tumbuhan ini dikatakan menjadi herba merawat luka tetapi ia tidak boleh dimakan kerana dikatakan beracun.
Psstt!! Insyallah sekiranya Suri berpeluang balik ke rumah mak mertua nanti Suri akan buat toturial bagaimana menanam spider lily. Pastikan entri bahagian kedua nanti kawan-kawan tidak akan terlepas mengikutinya ya
Penghujung tahun lepas kita mempelajari cara-cara mengumpul biji benih ros jepun. Pada yang terlepas membaca entri tersebut bolehlah merujuk ke http://cahayacinta.com/tips/cara-mengumpul-biji-benih-bunga-ros-jepun.html


lawanya…chii suka yg 1st skali tu..ada kaler merah..ke pandangan mata chii yg membuatkan ianya nampak kaler merah eh..
yg kaler putih da biasa nmpak..tp chii tetap suka tgk bunga ni
Betullah yang 1st tu betul2 menyerlah … kalau letak kat depan rumah best tu ..
chii
warna merah amat jarang di temui cik chii sslu malaysia da kala putih jer..
cer..tenyr kt kedia bunga mana tau dema ada tanam bunga kala ni hee…
benjy
bukan lekat tapi tanam heeee..
senang je nak biakkan dia ni benjy suri dah tahu caranya pun ..lalalalala…
Pokok bunga warna putih tu ada kat rumah rasanya, memang cantik. Boleh dibuat ubat rupanya, tak tahu pula pasal benda ni.
Masa kecik dulu, suka kutil kelopak yang berjuraian tu. Abis kena bebel dengan mak
Mungkin ubat kegunaan luaran jee kerana suri kata tak boleh makan beracun ..
Yg putih tu ada dibelakang rumah kami dulu time kecik.. kami panggil bunga taik ayam.. he he.. tak sangka ada nama lain lak
Hisyam
yang putih mmg cantik, dari jauh nampk bersih heee..
jadikan tanaman hiasa cantik juga
kak nora
tangan gatal mmg bgtu..cer tanyer kat mak dulu masa kecik tangan kak nora penah d bedung tak ekekee..
upss…saje r gurau
benjy
ia sesui utk ubat luka luaran sahaja. mmg ia mengandugi racun & TAK BOLEH DI MAKAN SAMA SEKALI heeeee
Ismail N
eh tu bukan bunga taik ayam der adeiii..
ker mmg kawasan tempat tonggal bor bunga tu d panggi bunga taik ayam..bukan tapak ayam heee
musykil….
gambar 1st t sgt2 comel.. suka gak ngan lily ni.. tapi agak susah nk jumpa area rumah..
Kalau ada pun tuan rumah tak nak bagi … betul yg 1st tu memang sungguh menarik.
fieza
agak ceruk batang kayu, semak sikit dia suka duduk..tumbuh hee..
rumah mak mertua saya byk…kat kubur..kat umh tinggal..tepi pagar ada …dia tak tanam pun tapi idup sndri heee
benjy
jgnlah kedekut tak baik..
menarik kan..klu dapat beli satu best gak heee
blh tanam kat rumah dgn sealangkan warnanya merah putih,merah..putih heee
cantik bunga tu tp sy x suka bunga.hehe
Bunga kobis suka tak? mesti tak suka jugak ni
nampaknya jiwa kita serupa … hehehe
wan perlis
hang suka wanita ar yae ?
kak nora
bunga kopis alahai kecik ce ne ut jer heeee..
benjy
eh jiwa pun boleh serupa cam kembar seiras juga kah heee…
cantik bunga bunga nih
Juan maksudkan SURI ke ? … c suri memang cantik pun ….. hahahaha
juan
bunga2..sni bunga2 wanita bloger mmg hebat
benjy
Ai umpat yah
kami pun suka tanam pokok2 bunga ni..
kena maintain menyiramnyer,
kat umah skang da ada mcm2 pkok bunga tapi yg ni takde lg..
mcm susah plak nak cari kat tempat kami ni..
dia ada jer kat ceruk semak heee..klu rajin cri sllu kt kg2 mesti ada heee..
Ada bau juga kan bunga ni suri ?
seronok bercucuk tanam sbb hati pun senang bila tgk hasil yg cantik
Apsal si benjy tu tetiba je melonjak jd top pengomen pemikir lak? Dah buang tebiat ke?
hahahaha … biasalah b3njy dapat cuti panjang so tak der kerja lain kat umah … selain mengorat isteri sendiri … blogwalking lee… hehehehe
bro benjy mengungguli carta, perlumbaan semakin sengit antara bro benjy dan kak nora, sedangkan TE jauh ketinggalan di belakang..
siapakah bakal juara musim ini?
kak nora
dia nak pulihkan tangan dia yang sedang sakit tu..
untung2 bt senam keybord dan aktif komen mana tahu jarinya akan ok semula
benjy
andai itu jawapan yg d berikan pihak juri bersedia terimanya dgn senag hati
TE harap2 pas ni TE akan ambil alih pula heee… kita tengok sapa yang terbaik!
kata anak suri..
Lain kali kalau ada cuti panjang, blogwalking 1% je. 99% lagi ngorat isteri je
Kat kampung ada pokok lily yg bunga yg kedua tu. Tak terjagapun tapi maintain je berbunga. Tapi tak de bau pun. Cuma lawa je
Bunga biasalah kalau tak der bau pun tak per janji lawa …. hehehe. Namun masakan kalau lawa je tapi tak sedap dan berbau menyelarakan tak guna juga …. betul tak Master Chef Kak Norasikin ? (Kak Norasikin mesti setuju ngan b3njy ni … hehehe)
kak nora
pokok ni tahan lasak kak heee..duk ceruk luar mmg menajdi je..lainkan klu tangan pans mmg tak mjdi le dia nak idup heee..
kelopak dia mmg menarik hati..warna yg di biaskan cantik
benjy
masakan sedp harap lauk2 sedp gak..klu tak sedp kena bljar masak lagi heee…
Macam pernah nampak bunga nih depan mata, tapi lupa kat mana
Nasiblah dah lupa kalau tak esok hilanglah bunga tu … nengok2 ada kat depan rumah Sobri …. hahahah … jangan marah b3njy gurau je ..
sobri
kat tepi jalan ker..atau dlm mmpi heee…
ker terjumpa puteri bunga ni
benjy
haaa..sabar jelah..klu bunga tu ada pun tak salah.asal jgn mkn dah ar hee…
bunga ni memang cantik
tapi tak sempat nak jaga
senang tanam bunga kertas je
hehe
Maksudmu Tehr .. bunga ni memang ada kat tempat Tehr lah dulu begitu ? … sesekali minum teh sambil memandang bunga lili ni bagus juga.
tehr
secantik lekuknya heee..alah skrg pun blh cari mana2 jer asal pandai merayap ceruk kg akan jumpa punya ar heeee
bunga kerts mmg mudh di jaga namun yg mjdi mslhnya bila daunnya dan bunganya gugur mau jadi kerja kita sapu sampah berkali-kali dlm seminggu..klu d biarkan nampak rumah bersepah pula dgn bunga & daunnya tu..
baik jaga bunga spider lili ni sb mudh d selenggara dng baik..bagi air secukupnya..pastu letak ia di kawasan lembab skit hee..
bunga pula cantik..watu dia rest tak keluarkan bunga selama 3 bulan..pastu akan keluar bunga lagi..
wahhhhh!!
kan seNANG
benjy
sahabt kita nak tanam bunga ni tapi tak semapat bro..agaknya dia dah berpindah rumah/tempat tinggal heee
wah sempat lagi bro benjy wat promosi minum petang d sini
3 3 yas suka…tp yg kaler putih tu lg nmpk menyerlah..x penah tgk depan mata lg, kalau ada rase nk rembat gak…hehehe
Rembat dengan tuan-tuan bunga tu sekali … hahahaha …. jangan marah b3njy gurau je …
sahabat yas
bunga ni mmg cantik hee..klu jumpa jgn curi atau remabt tak baik tapi mintak izin dgn tuan punya dulu baru rembat ya heee
benjy
jangan nnti kena tangkap polis dah satu kes bro TE nak selesaikan heee
Yang putih tu pernah tgk la, yang lain2 tu x pernah lagi rasanya..hu3
Kalau cam tu … popular jugalah bunga ni kan ? … b3njy selalu tak fokus bila melihat bunga … mungkin pernah nampak mungkin juga tidak.
jai
mungkin blh dpt d negara lain kot heee
benjy
mungkin nampak si dia jer nih
p/s:apa kata bro tanam bunga ni kt halam umh mesti cantik hooo
Cantiknya bunga-bunga tu semua. Tapi yang warna putih tu unik
Yer betullah … apahal tengah2 nya bulat cam piring Astro pula … bunga ni boleh dibuat antena TV kot ?
cik yati manis
semua suka warna putih..dan tak kurg suka bunga warna merah tu…
hai tak akan gambar bunga no3 tak menarik kalbu kutt..
benjy
boleh jer tapi untuk antena bunga lili spider jer le hee…
Warna putih adalah warna kesucian… hehehehe
Assalamu’alaikum wbt.
Gambar pertama cantik.
Bunga gambar kedua selalu jumpa. Ada tanam kat kampung..
^^
Malangnya b3njy tak pernah nengok bunga lili bakung ni secara live … isk..isk..sik..
Saya laa dia
salam sahabatku..
ciptaan yng terindah
dua kombinasi warna mmg unik hijau dan putih dari jauh npk cam pokok pandan heee
ps:terima kasih sahabatku kerana sudi ke mari, beri komen skli
benjy
ajak si dia ke taman bunga heee..sesekli berdate berdua dgn si dia tal salah punya..
kata cutinya mash panjang lagi .so jgnlah di sia-siakan peluang yg sedia ada ni utk berromantik dgn tercinta
Spider lily yang bunga putih ada saya tanam dan memang senang hidup. Yang bunga Spider lily warna merah cantik pula
senag jaga itulah yang benar heee…
bro klu ada jumpa kala merah rasanya mau gak suri tenung dia lebih dari 10x..sambil minum tea heee
rajin akubio tanam pokok2 berbunga. mesti isteri kamu bangga memiliki suami yg cintakan tanaman2 ni
hymenocallis-littoralis? mak oii terbelit lidah kawe nak menyebutnya.. Tu pun belum tentu betul lagi
senang sebut spider lily je hehe
Ismail N
unik apa bro nama tu hee..klu teringin nak letak nama ank yg ala2 bom bastik bubuh jer nama nik heeee..
klu terliat baik betulkan balik kedudukannya smula..
TE
kan senagn!! dah jadi trend mark plk
bEe punya lidah pun berbelit-belit nak sebut spesis ni. huahua
baiklah..ada satu persoalan saja..apa simptom yg melibatkan keracunan spider lily?
pernah berlaku kes? adakah ia boleh dijadikan alat pembunuhan?
TE
Begini en inspektor TE setelah semak di buat dan d teliti dgn skli ujian DNA ternyata kesemua pesalah-pesalah terbabit memberikan jwpan yg sama..
Pesalah En Google-blh menyebabkan keracunan
Pesalah Cik Yahoo- kata bgtu juga hurmm..
ker en TE mau mencubanya di beri pada si tikus?
baiklah, setelah disoal siasat dgn versi good cop dan bad cop ternyata jawapan sama diberikan..
ya, nampaknya kita terpaksa korbankan tikus putih makmal yg comel itu..
teringin nak tanam pokok2 yang berbunga. tetapi apakan daya. rumahku mempunyai halaman yg terhad !
Kalau boleh digunakan pada tikus rasanya dah boleh jimatkan duit membeli racun tikus.
BETUL… hehehe
yg kaler pink tu cantiklah!!!!
Nnt ada umah sendiri nak tanam bunga byk2 biar berseri laman umah bEe
errr terasa nak beli pokok bunga la
kat rumah nampak lenggang je,lepas ni ceria skit bila dah ada pokok bunga
kat umah saya takdak tanam bunga pun, huhu, tunggu nanti nak cari bini suka tanam bunga lah, baru ceria sikit umah hoho