Tahukah anda apa itu senduduk? Senduduk adalah sejenis pohon yang nama saintifiknya dipanggil Melastoma malabathricum. Pada kebiasaannya pokok renek ini tergolong dalam keluarga Melastomataceae dan pada amnya ia amat mudah ditemui di tepi-tepi semak dan belukar yang tidak terlalu tebal. Pokok senduduk ini juga dikenali sebagai nama akar senduduk hitam, sekenduduk, keduduk, seduduk dan kodok.
Tahukah anda bahawa pokok senduduk ini boleh mencapai paras ketinggian sehingga tiga meter. Batang senduduk pula seakan berwarna kemerahan dan terdapat juga bulu-bulu yang halus pada keseluruhan pokok ini. Daun pokok senduduk pula berwarna hijau serta mempunyai permukaan yang kesat serta berbulu. Manakala daun senduduk ini pula dari jenis tunggal, bertangkai dan terletak bersilang ke hadapan serta berbentuk bujur telur dan memanjang. Kandungan kima yang terdapat pada daun senduduk ini pula adalah jenis saponin, flavonoida dan tanin.
Manakala pada bunganya pula pokok senduduk mempunyai lima kelopak dengan stamennya yang berwarna kuning yang terdapat pada bahagian tengahnya. Bunga senduduk terdapat dalam beberapa jenis warna. Bunga yang biasa kita jumpai adalah warna ungu gelap sehingga ke merah jambu dan putih. Jenis yang sukar di jumpai pula adalah warna putih. Dikatakan jenis ini selalunya ditanam untuk tujuan perubatan.
Biji senduduk yang berwarna hitam dan mempunyai sedikit rasa pahit dan manis apabila dimakan. Tahukah anda jika anda berupaya memakannya, biji ini akan menghasilkan warna hitam pada mulut anda! dan juga dipercayai bahawa nama melastoma yang membawa maksud mulut hitam dalam bahasa Greek ini diperoleh daripada keadaan tersebut.
Buah senduduk apabila masak ia akan merekah dan akan terbahagi kepada beberapa bahagian serta bertukar kepada warna ungu tua. Dikatakan bahawa buah senduduk ini juga boleh dimakan.
Pada kebiasaannya dalam perubatan tradisional melayu telah banyak menggunakan senduduk ini sebagai tumbuhan yang boleh mengubati pelbagai penyakit. Antara bahagian yang sering digunakan pula adalah daun, akar, buah dan biji.
Secara semulajadinya daun senduduk ini boleh mengembalikan kecergasan badan terutamanya bagi kaum wanita selepas bersalin. Dikatakan bahawa daun senduduk bersama daun mengkudu, serai wangi, pandan dan limau perut yang telah dicampurkan bersama air panas boleh dijadikan ia sebagai rempah untuk mandi selepas wanita tersebut bersalin.
Daun senduduk, terutamanya yang telah tua dan berwarna merah muda pula dikatakan mampu menyembuhkan luka dalaman lepas bersalin. Caranya adalah dengan menumbuk daun tersebut. Kemudian airnya pula ditapis dan boleh diminum begitu sahaja.
Daun senduduk juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat penyakit Leukorea. Leukorea atau keputihan merupakan sejenis penyakit apabila lendir pekat dan putih keluar dari faraj wanita. Caranya untuk mengatasinya adalah dengan mengambil satu atau dua genggam daunnya dan direbus bersama sedikit gula, halia dan bonglai. Kemudia air rebusan ini boleh diminum.
Bukan itu sahaja malahan jika anda terkena ulat bulu juga mampu diubati dengan daun senduduk. Caranya adalah dengan menumbuk daun yang telah tua. Daun tersebut kemudiannya akan ditampal pada bahagaian yang terkena ulat bulu tadi.
Daun senduduk juga mampu digunakan untuk menghilangkan parut. Caranya adalah dengan mengambil beberapa helai daun senduduk, kemudian tumbuk sehingga keluar air dan gosoklah daun tersebut pada parut anda. Disamping itu juga ia boleh menghilangkan jerawat pada muka denga mencampurkan airnya dengan bedak sejuk.
Bagi mereka yang mengalami cirit-berit pula, ambillah dua lembar daun senduduk muda kemudian dicuci bersih. Kunyah daun tersebut bersama garam, kemudian telan air hasil daun tersebut yang telah anda kunyah tadi.
Air rebusan akar senduduk pula sangat mujarab untuk dibuat sebagai air mandi bagi melembutkan kaki serta membuang angin dalam badan. Pucuk pokok senduduk pula boleh dijadikan ulam dengan memakannya sevara mentah-mentah mahupun direbus terlebih dahulu.


Akhirnya menjadi komentor pertama. hehehhehe
sehangat asmara..
kak ni adalah entri pertama suri heee..
ya, memanglah akak juaranya
Kecik2 dulu suka makan buah senduduk. Masa tu tengok burung merbah makan jadi saya pun makan la sama. Abis lidah gigi semua purple
.-= Norasikin´s last blog ..Kuih Mumia – ngerinya nama kuih ni =-.
sedap ke rasa dia kak heee
Uishhh…tak penah rase ker? Buat ubat pun baguih gak ni…kenangan masa kecik2 dulu…pehh bestnyerrrr!!!
rasa pahit haa..dah rasa juga deh heeee
bukan bersedudukan.
.-= Ali ridha´s last blog ..Tukar Permalink ke SEO html =-.
haa..bukan2 itu jauh sekali deh..