Daun Bawang

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku..

Erk.. ini kira case study yang bro jai bagi haritu berikutan masalah dia untuk mengenali mana satu daun kucai dengan daun bawang. Harap-harap kali ini sahabat kita tidak tersalah membeli lagi nghee… ;)

Daun bawang merupakan sejenis tumbuhan herba yang berasal dari Genus Allium. Pada kebiasaannya daun bawang ini sering kali digunakan sebagai taburan hiasan pada satu-satu menu yang tertentu. Secara anmya ia akan dilihat pada menu masakan bakso, kueh tiew, hidangan nasi ayam dan sebagainya :) .

Development-of-organic-soup-from-dried-vegetables-kigali9
Sumber: http://www.memoireonline.com

Ciri-ciri yang dapat dilihat melalui daun bawang ini adalah:-

  • Mempunyai daun yang hijau.
  • Batangnya berwarna putih
  • Daunnya menjulur panjang
  • Bentuk bulat persis selinder
  • Panjangnya mencecah 30 cm lebarnya pula 5 mm
  • Tinggi  60 cm ke 70 cm

Tahukah kawan-kawan daun bawang mempunyai pelbagai vitamin seperti vitamin A dan C tinggi, kalsium, protein, lemak, karbohidrat, serat dan kalori. Bukan itu sahaja malahan ia juga berupaya untuk membunuh bakteria yang kurang baik dalam sistem tubuh manusia.

Malahan terdapat juga manfaat yang boleh kita dapat melalui daun bawang ini seperti:-

  • Ia berupaya untk menghilangkan lendir dalam rongga kerongkong.
  • Memudahkan seseorang itu mengeluarkan bau angin dalam badannya (kentut).
  • Meredakan kembung perut.
  • Dapat mengatasi masalah kekurangan darah dalam badan.

Pstt!! tapi dalam google ada jer yang kata daun kucai tu daun bawang. Apa pun berkali2 jugaklah suri teliti kedua-dua tanaman ini mau gak amik exam pas ni hii..

Lepas ini Suri kena siapkan case study dari bro Ismail N. Macam rumit.. Manalah pulak den nak cekau daun lalang  ada khasiat ke tidak ni? huuu..

Share
Artikel lain yang best-best :

84 thoughts on “Daun Bawang

  1. Kawe banyak angin.. bagus makan daun bawang ni tapi siaplah nanti sapa2 yg dok sebelah.. kena BOM! cian.. Suri, time kawe budak2 dulu kalau luka kami ambik daun rumput dan keluarkan air dia, then sapu diluka. Kawe tak tahu ler pasal apa buat cam tu. Time tu pak turut aje.. Tapi mcam berkesan jugak. hang study ler pulak. :D

    • hadoiii..
      bro Ismail g case study cam sush jer huu..

      takat ni tgh kumpul maklumat dulu hee.. nnti dah cun baru publish heee..

      ps:tak pernah di buat org daun lalang..nak di kaji melainkan pakar2 tumbuh2 jer yg mmg ada bt benda alah ni hee..

  2. haha..biasanya lelaki mmg selalu berdepan dgn masalah utk mengenali daun2 mcm ni..perempuan yg tak rajin memasak pun mmg akn berdepan dgn mslh ni jgk :D

  3. Feveret ni. Kalau makan nasi goreng, mee goreng suka letak mende ni, tapi terus tak jadi makan kalau campo dengan daun apa yang macam daun sup tu, ketumbar? yang bau dia memang tak lalu tu ~

      • hezida
        macam2 sekrang ni org bubuh nak sedapkan makanan dan nak serikan menu lauk pauk..

        p/s:lku tak letak cam tak best pulak nak makan heee..agaknya mungkin dah terbaisa kot.. ;)

  4. jai xkenal daun bawang n daun kucai??hhehehe…

    bagus la blog ni..memang berinformasi….byk info br cik tom tahu…

    psst nak bahagi 2 duit nuffnang ke?tp rsnya blog ni lagi masyuk…cuma xnak xcash out kan lagi kan..kan??hehe ;) )

  5. suka letak dalam oven. bakar..pastu makan dengan kentang bakar. Fuhh, sedap..sedap..lagipun, banyak khasiatnya daun bawang nih bagi orang lelaki..

  6. hehehe…saya pon tak kenal daun kucai ngan daun bawang ni.selalu kalau g market nak beli tu,cakap jer nak daun bawang…tunggu tuan kedai tu bungkuskan.hehehe

    • wah mmg tapap parah cam bro jai..

      aise men,,baik lle llki bukan pompun klu idak malu den sstus girl tak tahu mana satu daun kucai dgn daun bawang heee..

      psstt!!mau g kursus ker?

    • isyh..isyh..camner nih tak tahu lagi..

      cuma sesekli g pasar ..ge sesekali suai kenal dengan mereka2 tu (daun bawang dan daun kucai)

      rasanya tak mjdi mslah kan nak buat lagu tu heeee.. ;)

  7. Cik Siti pun ada pengalaman yang sama bila Cik Abang tersalah beli… nak marah tak leh juga… akhirnya gelak sorang-sorang… pujuk balik buat kucai+bawang putih+telur lepas tu goreng… memang sedazp… resepi dari arwah ayahanda

  8. Yes, Serupa tapi tak sama !

    Sya suka simpan bawang dlm fridge utk bagi tahan lama. Yang bestnya, tak lama lps tu daun bawang pula menyusul & tumbuh subur dlm frige tu.

  9. ala bawang senang jer nak tanam, seminggu pon da tumbuh, cepat dia membesar, lagu satu daun bawang ni sedap klu campur kan dengan cucur adabi, sedap woo, x caya try la

    • cucur adabi yang segerap siap dala pek tu ker juan hee..

      suir tak pernh bli buat ada le..

      opsss lupa org bujng mmg bgtu tingkahnya heee..

      klu daun bawng tak der pakai daun limau porot blh tak nghee… :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>