Coleus Amboinicus (Bhg I)

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku..

Pernah mendengar tumbuhan daun ati-ati? Biasanya tumbuhan ini terdapat di sekitar kawasan perumahan kita. Ramai orang amat menggemari akan tanaman ini untuk dijadikan hiasan halaman rumah.

Pokok ati-ati berasal dari keluarga Lamiaceae. Nama saintifiknya ialah Coleus Amboinicus, Coleus Atropureus L dan Coleus Scutellarioides, mengikut jenis dan rupa bentuknya yang berbeza-beza antara satu sama lain.

COLEUS_BLUMEISumber http://www.healthierorganics.com-Tumbuhan At-Ati

Selain nama daunnya di kenali ati-ati, masyarakat Malaysia juga sinonim mengenalinya dengan nama daun bangun-bangun atau nilam. Di Indonesia pula, panggilannya nama tumbuhan ini berbeza mengikut daerah seperti si gresing (daerah batak), iler (daerah Jawa Tengah), adong-adong (daerah Sunda). Masyarakat Filipina mengenalinya dengan nama Mayana.

Biasanya tumbuhan yang di tanam di ladang-ladang ini akan memcapai paras ketinggian sekitar 1,300 meter di atas permukaan laut. Tumbuhan ati-ati yang berbatang basah ini mempunyai ketinggian yang boleh kadang-kala boleh mencecah sehingga 1 hingga 5 meter.

Daunnya pula berbentuk bulat melancip, jenis berbulu dab bergerigi pada bahagian hujung dan tepinya. Mempunyai permukaan daun yang tebal dan berbulu halus berwarna hijau muda. Warna Daun ati-ati boleh dikenali dengan warna yang agak berbeza-beza. Dari segi perubatan, daun yang berwarna merah kehitaman sangat berkhasiat. Manakala daunnya yang berwarna lain dari biasa hanya sesuai untuk hiasan sahaja.

bunga ati-atiSumber http://www.flickr.com/photos/norainicheyusoh/ : Bunga Ati-Ati

Batang daunnya pula berbentuk segi empat. Ia amat mudah dipatahkan kerana bersuktur lembut dan mudah di lentur. Tahukah kawan-kawan daun ati-ati mempunyai bunga.  Biasanya bunga yang dihasilkan pelbagai warna mengikut jenis daun tumbuhan daun yang berbeza seperti contoh ungu, oren, kuning ataupun putih.

Di dalam daun ati-ati terdapat minyak yang bersifat antibiotik dan eugenol yang bersifat untuk menghilangkan rasa ngilu dan pedih. Daunnya juga memiliki zat-zat alkalood, mineral dan sedikit lendir.

Share
Artikel lain yang best-best :

63 thoughts on “Coleus Amboinicus (Bhg I)

  1. ponah tgk pokok ni.. nama manja kawe tak tahu, nama saintifik pun kawe tak tahu.. Skrg tahu dah.. cuma boleh ingat atau tak jer… :D .. apa tadi nama dia kelas aerobik?

  2. dulu duk kampung suka tanam pokok ni jenis pokok ati2 nih sekali dia hidup subur penuh satu laman dia merebak tp kalau tk subur memang tk de daun ler..

  3. kalau kat kampung Cik Siti memang banyak… sampaikan masa sekolah dulu pernah bawak daun ni untuk subjek lukisan… yang paling banyak di kg Cik SIti yang warna merah gelap dan purple tu…

    • ada rumah sendri blh tanam bro..

      p/s:sllu tak dpt masuk blog bro nine tapi di bawa ke halaman lain…yang backrgound dia warna hitam tu..klik itu ini tak dapat apa2 pun..

  4. Suri,
    Kalau blk kg kat umah arwah nenek byk tanaman ni. Tp bEe tak gemar sgt dgn bunga ni sbb baunya busuk & meloyakan ;)

    Tp masa kecik2 daun pokok ni jadi sasaran sbb nak jadikan daun tu as duit utk beli. Hahahahaha….

  5. ingat nak kena beli juga la pokok ati2 ni utk hiasan “garden of eden ku”. Murah je pokok ni kan ? tak perlu matahari ya? sesuai la dgn rumah ku yg susah nk kena mthari tuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>