Coleus Amboinicus (Bhg II)

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku..

Ini adalah sambungan entri minggu lepas.

Pada yang terlepas bacaan tersebut bolehlah merujuk kepada bahagian si debar sebelah kanan blog. Baiklah kita sudah mengenali jenis-jenis daun ati-ati, apa kata pagi yang ceria ini Suri kongsikan pula kegunaan daun ati-ati pada semua dari segi perubatan tradisional.

686px-Solenostemon_scutellarioides_(Coleus_x_hybridus)_'Lime_Frills'_Leaves_2800px

Bagi sesiapa yang sering mengalami batuk terutamanya orang-orang dewasa. Kaedah penyediaan bahannya ialah dengan menumbuk beberapa helai daun ati-ati kemudian di campurkan dengan air sebelum ditapis dan diminum dua kali sehari. Cara sebegini juga sesuai bagi penghidap sembelit.

800px-Coleus_blumei

Pada individu yang menghidap penyakit lelah pula, daun ati-ati ini juga dikatakan boleh digunakan untuk merawat penyakit ini. Kaedah penyediaannya ialah dengan mengambil beberapa helai daun ati-ati, basuh dan dibersihkan ia. Kemudian tumbuk daun tersebut sehingga lumat. Sapukan daun yang telah di tumbuk lumat tadi pada bahagian dada sehingga ke paras pusat. Hasilnya akan diperoleh setelah diamalkan beberapa kali.

800px-Solenostemon_scutellarioides_(Coleus_x_hybridus)_'Rustic_Orange'_Leaf_Cluster_3264px

Bagi yang menghidap masalah bisul, anda juga boleh menggunakan daun ini. Kaedah penyediaannya ialah dengan mengambil daun ati-ati yang segar sebanyak 10 helai lalu dicuci bersih. Tumbuklah ia sehingga menjadi halus dan tambahkan dengan sedikit air sehingga ia menjadi adunan. Cara memakaikannya ialah dengan menutup tempat yang ada bisul kemudian dibalut dengan kain yang bersih. Ramuan ini hendaklah diganti dua hingga tiga kali sehari.

800px-Coleus-exotic2

Untuk penghidap buasir pula anda disarankan mengambi daun ini lebih kurang 25 gram. Cuci daun tersebut sehingga bersih dam rabuskan ia bersamaan dengan 2 gelas air selama 15 minit. Setelah itu tambahkan sedikit 5 gram gula merah kedalam gelas tersebut. Kacau sehingga rata lalu sejukkan ia. Saringkan air tersebut sebelum diminum.

Bagi penghidap yang mengalami masalah gangguan pencernaan, sediakan daun ati-ati sebanyak 10 helai. Kemudian cuci sehingga bersih. Campurkan ia dengan dua gelas air. Campuran ini kemudiannya di masak sehingga tinggal segelas air sahaja. Setelah air tersebut berbaki segelas maka sejukkan air, saringkan ia sebelum diminum sekurang-kurangnya setengah gelas dua kali sehari.

800px-Starr_980529-4246_Solenostemon_scutellarioides

Untuk golongan hawa yang sering mengalami masalah kelewatan datang haid, ambil  6 helai daun ati-ati. Cuci sehingga bersih dan  rebuskan ia dengan dua gelas air. Kemudian jadikan ia sehingga satu gelas minuman. Minumlah setelah disaring.

Bagi anak-anak yang mempunyai masalah cacing gelang, sediakan 7 helai daun. Cuci ia sehingga bersih, giling daun tersebut sehingga halus. Setelah daun tersebut hancur tambahkan setengah cawan air dan satu sudu besar madu. Saringkan ia dahulu sebelum diminum sebanyak dua hingga tiga kali.

800px-Solenostemon_scutellarioides_(Coleus_x_hybridus)_'Rustic_Orange'_Leaves_3008px

Bagi penghidap radang telinga pula, ambil 15 helai daun. Cuci ia sehingga bersih. Gilingkan ia sehingga halus. Campurkan dengan tiga sudu besar air. Kacau sehingga rata kemudian saringkan ia dengan sepotong kain. Air yang telah disaring tadi dipakai dan dijadikan sebagai ubat titis telinga yang sakit. Gunakan  dua hingga tiga titis sahaja untuk dimasukkan kedalam telinga sebanyak empat hingga enam kali sehari.

574px-Solenostemon_scutellarioides_001

PERHATIAN ini adalah sumber rujukan maklumat sahaja. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor pakar terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tindakan. Segala tindakan anda tidak kami tanggung sama sekali. Terima kasih.

Sumber asli, edit Suri : Julie Roshana Akma Shafee, Gambar http://forum.doctorvoice.org/viewtopic.php?f=152&t=47292

Share
Artikel lain yang best-best :

33 thoughts on “Coleus Amboinicus (Bhg II)

  1. Ala suri..cantik benar daun ati2 ni. Sayang pula nak di petik, tumbuk2 dan dijadikan ubat. Baik mintak kat doktor ubat batuk, buasir dll tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>