Chrysanthemum Part II

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Pada minggu yang lepas Suri perkenalkan jenis-jenis bunga kekwa pada kawan-kawan semua. Hari ini apa kata kita mengenali lebih dekat lagi kepentingan bunga kekwa dalam beberapa buah negara di bahagian barat.

  • Tahukah kawan-kawan di Jepun, disebabkan Maharajanya amat menyukai bunga kekwa ini baginda telah mengadaptasikan Chrysanthemum pada setiap cop mohornya. Jika ada yang perasan wang syiling mereka pun ada larikan bunga kekwa ini. Ini apa yang Suri ulangkajilah :o
  • Bagi sesetengah negara di Eropah dan bahagian Asia pula bunga kekwa ini melambangkan kematian dan sering digunakan juga di kawasan perkuburan.
  • Amerika Syarikat pula mereka lebih sinonim dengan bunga ini di anggap sebagai bunga yang positif dan menggembirakan. Bukan setakat itu sahaja malahan bunga kekwa adalah bunga untuk bulan November. Mengikut apa Suri baca ada juga antara mereka saling berukar-tukar kad pada bulan tersebut. Kad itu berlakarkan bunga kewka.
  • Di Chicago pula mereka menggunakan Chrysanthemum  sebagai bunga kebangsaan bagi negeri mereka.

Antara khasiat ubat-ubatan bunga kekwa ini ialah :-

  • Bunga kekwa ini mengandungi bahan antikeradangan, antibiotik dan antidemam.
  • Selain itu didalamnya juga terdapat alkaloid, minyak meruap, seskuiterpen, flavonoid, adenin, colin, stakidrin, krisantemin dan vitamin B1.
  • Kebiasaannya bahagian yang digunakan untuk tujuan perubatan adalah bunganya. Masyarakat Cina menganggap bahawa bunga kekwa ini adalah salah satu herba yang mampu menyejukkan badan seseorang sekiranya individu tersebut demam atau kurang sihat.

Bagi pesakit yang mengalami masalah sakit telinga dan sakit anak tekak pesakit akan disyorkan untuk meminum air teh ini bunga ini bagi melegakan masalah tersebut..

erk…bersambung

Share
Artikel lain yang best-best :

45 thoughts on “Chrysanthemum Part II

  1. teh bunga ni kalau direbus, tak de la kuning sangat mcm air yg jual dalam kotak atau di pasar malam. Rasa pun tak de la kuat sangat. Mesti diaorg letak perasa dan pewarna tiruan ni

    • mesti ada..dah tarikh luput dia pun lama..mesti ada letak apa2 hee..cam buat biskut pelbagai perasa bahan di tamabh supaya tahan lama utk bebrepa bulan..tahun..klu depan tak letak sesutu dlm tu mesti harni buat dan klrkan produk 2 ke 3 hari basi.busuk bagai ..

      yg ori mmg sedp kak tapi tulah tak semua bunga kekwa blh bt minum air :cry:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>