Cây Hướng Dương Bhg I

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Teringin juga menjaga dan membelai Cây Hướng Dương namun apakan daya takut tidak terlayan di buatnya. Rupanya cantik, tinggi lampai menepati citarasaku ah..buat sesiapa yang memandangnya pasti akan jatuh cinta.

Baiklah mulai sekarang Suri ingin memutuskan hubugan dengannya sebab kemungkinan banyak ragam perlu di ikuti bagi menjaga hatinya dirinya sebaik boleh. Malas daeh. Kamu mau dia ngak?

Itulah dia pokok bunga matahari yang Suri maksudkan atau dalam nama saintifik di panggil Helianthus annuus merupakan sejenis pokok semusim dalam keluarga Asteraceae yang berasal dari benua Amerika, dengan suktur fizikal kepalanya yang berkuntum besar.

Perkataan pokok bunga matahari diambil bagi membawa maksud ianya merupakan tumbuhan dalam genus helianthus yang kebanyakannya bercirikan pokok-pokok saka.

Tahukah kawan-kawan ketinggian pokok tanaman hiasan ini selalunya akan tumbuh  diantara 2.5 meter  ke 3.5 meter sahaja, bagi menghasikan kuntuman kelopak bunga yang sangat besar, berwarna kekuningan terang sehinggalah ia bertukar warna ke merah-merahan samar dan mampu mencecah ukuran sehingga 30cm!

Bunga matahari boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:

  1. Bahagian bunga luar-kelopkan-kelopak kuning yang berwarna agak terang
  2. Bahagian butiran -pada bunga matahari yang terdapat didalamnya. Didalam bahagian ini terdapat himpunan bunga-bunga yang bersaiz skala kecil yang disebut sebagai florets dimana ia disusun dalam susunan yang berpusar. Kemungkinan didalamnya mengandungi sejumlah 2000 kuntum pada sekuntum bunga matahari!

Ingin tahu apa fungsi florets dengan lebih lanjut.. kita tunggu posting kedua bakal menyusul heeee..

Bunga Matahari dalam bahasa vitenam membawa maksud Cây Hướng Dương.

Share
Artikel lain yang best-best :

41 thoughts on “Cây Hướng Dương Bhg I

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>