Cây Hướng Dương Bhg II

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Terbit sinar mentari saban hari mengejut mimpi dari lena riang kenari di cemara mengusik sukma. Bunga-bunga matahari anggun mekar di taman sari warna jingga suntingan hati bagai tanda kasih bersemi cewah..

Gedebuk, adOI..sambil mengibas punggung dek becak terkena lumpuh..Sapa suruh gayut atas pokok lagi..

Pandai sahabat menyanyi okeylah tu nanti jumpa bolehlah ajak karoke sekali hee.. Masih ingat pada entri yang lepas? A.k.a kekasih Suri Cây Hướng Dương. Mari kita lihat selanjutnya bahagian kedua fungsi florets.

Tahukah kawan-kawan apabila florets ini mencapai tahap tempoh matang maka ia akan dapat dijadikan biji benih dan inilah sebenarnya yang digelar kuaci.

Picture: http://jonpackapproves.blogspot.com

Bagaimana proses biji kuaci dihasilkan?

  1. Proses mendapatkan biji kuaci ini bermula dengan mengeringkan biji bunga matahari.
  2. Secara amnya biji bunga matahari akan menunjukkan ciri-ciri matangnya apabila bunganya mencapai warna biji sedikit kehitaman.
  3. Setelah itu barulah ia dipanggang atau dicampurkan dengan garam sebagai penambah perisa.

Bunga matahari mempunyai daun yang tunggal serta lebar dengan bersandarkan keadaan batang yang menegak disamping mempunyai bebulu kasar di sekitarnya batangnya. Biasanya tumbuhan batang ini amat jarang tumbuh dalam keadaan yang bercabang seperti bunga-bunga yang lain.

Lihat biji telah matang dan warna kehitaman =)  Picture:http://www.misterhobbes.net

Bagaimana menjaga medium bunga matahari?

Bunga matahari akan hidup subur sekiranya keadaan tanah tersebut bersaliran baik, berkeadaan lembab dengan medium sungkupan yang mencukupi pasti hasil yang di tanam menjadi dan nampak menarik.

Apakah manfaat bunga matahari kepada manusia?

Manfaat bunga matahari kepada manusia di mana bunganya dikatakan baik sebagai ejen untuk menurunkan tekanan darah dalam badan seseorang.

Biji bunga matahari : 

Boleh diubati bagi melegakan cirit-cirit yang berlarutan di samping dapat mambantu menguragkan demam campak.

Daunnya :

Amat bagus sebagai ejen anti radang dan anti malaria

Akar :

Boleh meredakan kegatalan anak tekak ataupun melegakan batuk-batuk. Di katakan sebagai ejen emetik sperma.

Bahagian luar pokok:

Akan di tumbuk  sehingga lumat dan kemudian di tampal pada bahagian yang bermasalah seperti radang payudara, bisul, reumatik.

Bahagian pokok-pokok bunga:

Digunakan bagi tujuan merebus terlebih dahulu sebelum diminum airnya bagi mengubati penyakit sakit kepala, sakit gigi, batuk, sesak nafas, tekanan darah tinggi, kembung perut dan sebagainya.

ps: Hari ini Suri sibuk sikit. Terima kasik kerana meninggalkan komen ruang ini. Nanti Suri akan jejak anda kembali.

Share
Artikel lain yang best-best :

29 thoughts on “Cây Hướng Dương Bhg II

  1. ..oh kalau makan kuaci yang satu itu maza cukup suka.. terutama sambil tengok cerita hindustan yg guling2 atas tanah berhejam-hejam lamanya.. ahaks

    boleh khayal gitew.. . hehehehe

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

    • sesekli mkn gak sllu tka b;h nnti pas mkan ada yg buat adun kulit dia sslu terlekat kat celah gigi saya..

      erm? suri makan ok jer dok pula kulit dia tersendal..or tersepit sana sini heeee :mrgreen:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>