Bee Pandai Manari

Salam semua..

Hai!! kawan-kawan suka makan madu lebah? minum air madu lebah, makan ayam madu? Hurm.. semuanya yang berstatus madu tapi masih dalam suhu makanan ya dan bukan tentang sanggup di madu huhu..

Erk!! tercekik jap , mintak air madu campur lemon terasa anak tekan ni kurang nyamanlah pulak nghee.. ;)

Harini Suri ingin kongsikan pada kawan-kawan tentang cara bagaimana sekumpulan lebah berkomunikasi sesama mereka secara berkumpulan ;) .

12_A_Bee_Jitterbug

Tahukah kawan-kawan sebahagian besar dari haiwan di dunia sering bergantung kepada bunyi untuk berhubung antara satu sama lain. Kejadian ini berlaku kerana terdapat sejenis bahan kimia yang dikeluarkan di dalam tubuh mereka yang di panggil sebagai ” feromon” menyebabkan mereka boleh memahami bahasa isyarat yang unik ini. 

Sekiranya lebah terjumpa madu mereka ini tidak tamak sasama sendiri sebaiknya mereka akan melakukan aksi tarian zapin untuk memberitahu kedudukan bunga (madu) kepada rakan sekumpulannya :) . heeee…

  • Seandainya bunga-bungaan  berada dalam lingkugan 100 meter dari mereka, maka secara automatiknya tarian bulatan akan ditarikkan.
  • Sekiranya ia melebihi 100 meter pula pula, maka tarian berbentuk 8 ditarikkan. 

Kedua-dua tarian ini sebenarnya menandakan jarak sesuatu kawasan madu bunga itu di temui. Caranya seperti berikut:-

raffles2

Tarian bulatan memberitahu kepada sekumpulan lebah bahawa jarak madu bunga itu terlalu dekat ;) .

 

raffles3

Tarian berbentuk lapan pula membawa maksud jarak madu bunga itu jauh :( .

 

f847977a

Mengikut hasil kajian pengkaji lebah yang bernama, Karl Von Frisch yang berasal dari Australia, lebah ini akan mula menggoyangkan bahagian belakang badannya apabila  mereka menari tarian berbentuk lapan!. Kelajuan dan arah goyangannya juga turut mempengaruhi dan menunjukkan lokasi serta kejauhan madu bunga itu sendiri.

Dalam satu eksperimen beliau yang telah dijalankan selama 15 saat, pada kedudukan bunga 100 meter, tarian dilakukan sebanyak sembilan hingga 10 kali. Namun begitu, jika 1000 meter, kekerapan tariannya ialah empat hingga lima kali.

Manakala 6000 meter pula sebanyak dua kali. Ini membawa maksud lebih dekat kedudukan sesuatu madu bunga itu, lebih banyaklah kekerapan tarian akan dilakukan.

Sebagai penutup Suri selitkan youtube tarian  lebah untuk tatapan sahabat semua :)

 

Haii lebah dok ke ko poning lalat!!! isyh..isyh.. senam robik ke gape..

Share
Artikel lain yang best-best :

30 thoughts on “Bee Pandai Manari

  1. lebah adalah serangga yang unik serta bijak.

    madu juga adalah antara makanan unik, kerana jika dijaga dengan betul..madu yg original tidak akan rosak walaupun usianya mencecah ribuan tahun (ada kes..madu ditemui di dalam piramid, dan masih elok lagi)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>