Salam Jumaat untuk semua.
Selalunya Suri bercerita tentang persekitaran yang selalu berada di sekeliling kita. Apa kata harini kita terbang ke awan-gemawan untuk menyusuli kejadian bintang pula.
Ada apa pada si bintang? Ayuh kita selaminya bersama-sama. Semoga sedikit perkongsian ilmu yang dicurahkan akan menjadi manfaat buat semua.
Tahukah anda, bintang – bintang jua seperti Matahari – merupakan satu bebola gas besar yang bersinar. Sesetengah bintang adalah lebih besar, tetapi kebanyakannya adalah lebih kecil daripada Matahari yang berjisim 332,830 kali lebih besar dari Bumi.
Pada permulaan kehidupan bintang, ia mengandungi 2/3 hidrogen dan 1/3 helium. Unsur yang lebih berat pula tidak melebihi satu peratus. Ketika bintang dilahirkan, segumpalan awan gas yang besar meruntuh ke pusatnya sehingga menyebabkan tekanan dan suhu mencukupi untuk memulakan proses pelakuran nuklear. Awan gas tersebut akan bersinar pada mulanya, disebabkan oleh pembebasan tenaga kegravitian bebas, kemudian disebabkan oleh pelakuran nuklear itu, lalu terlahirlah sebuah bintang.
Di bahagian teras, bintang melakur kepada beberapa juta darjah Celcius yang menukarkan hidrogen kepada helium. Ia merupakan bahagian yang paling lama dalam seluruh kehidupannya lalu menjadikannya bintang jujukan utama. Bintang yang berjisim tinggi mempunyai lebih banyak bahan api untuk dibakar dan ia membakar lebih cepat, berbanding bintang yang lebih kecil. Ia menjadikannya lebih berkilau.
Bagi bintang yang lebih kecil, hidrogen di pusatnya akan habis dibakar dan tidak boleh melakur lagi. Apabila ini berlaku, bintang-bintang ini akan menjadi sejuk dan malap.
Bintang yang lebih besar pula meneruskan proses lakuran di lapisan luar walaupun bahagian dalam telah selesai melakurkan hidrogen. Pembakaran di bahagian luar akan menanggalkannya dari pusat lalu mengembang ke ruang angkasa. Ini menyebabkan bintang lebih besar dan kecerahannya pun meningkat. Pada tahap ini, ia sudah meninggalkan fasa jujukan utama memandangkan sebuah bintang besar kini terbentuk.
Perkara ini akan berlaku bagi semua bintang hinggalah yang berjisim tiga kali Matahari (kecuali yang terlalu kecil). Lapisan luar itu akhirnya betul-betul hanyut dan dari situ kita mampu melihatnya melalui teleskop sebagai nebula planet (nebula yang mengelilingi bekas bintang). Terasnya pula tertinggal dan tidak aktif lagi lalu menjadi kerdil putih dengan saiz lebih kurang Bumi cuma lebih berjisim lagi, yang mula malap secara perlahan-lahan.
Matahari yang mempunyai jisim tiga hingga lapan kali jisim suria juga akan mengalami keadaan yang sama, kecuali bahagian terasnya akan terus melakur hingga mendapat karbon, oksigen, nitrogen dan neon.
Bagi bintang besar yang berjisim 8 – 10 kali, pelakuran untuk menghasilkan unsur berat akan terus berlaku hinggalah terbentuknya besi. Bintang ini akan mengembang dan mengembang tanpa henti. Secara tiba-tiba, ia akan bergegar dan meletup. Fasa akhir ini adalah lebih cepat tempohnya berbanding fasa ketika di jujukan utama.
Apabila bintang telah membuat teras besi, ia sebenarnya sudah ke penghujung kerana ia tidak boleh menghasilkan tenaga lagi untuk melakurkan besi. Teras itu kini adalah lebih 1.44 jisim suria dan akan mula menyejuk lalu tidak mampu menguruskan gravitinya lagi. Lalu, ia meruntuh menjadi bintang neutron yang hanya berdiameter satu kilometer ataupun menjadi lohong hitam.
Bahagian luarnya pula melakur dengan pantas lalu menyebabkan letupan supernova. Hanya beberapa bintang sahaja yang mempunyai jisim yang diperlukan untuk membentuk supernova. Ketika letupan, bintang itu akan bersinar buat beberapa hari dengan kecerahan berbilion kali ganda dan meninggalkan nebula serta titik kecil di pusatnya, sama ada bintang neutron ataupun lohong hitam.
Bintang adalah sangat jarang untuk muncul secara tunggal tanpa temannya. Ini disebabkan oleh awan yang membentuk bintang berputar dengan perlahan. Apabila ia mengecil, putaran itu akan menjadi lebih cepat (kesan putaran hujung atau pirouette) dan sesebuah bintang itu tidak mampu menangani momentum sudut itu. Lalu, ia akan membentuk banyak bintang atau satu bintang bersama planet di sisinya.
Eksoplanet atau planet selain sistem suria kita amat sukar untuk dijumpai kerana ia tidak mengeluarkan sinar tetapi kini, lebih dari seratus buah planet luar telah dijumpai kerana pergerakannya mengelilingi bintang induk mereka dan kebanyakan planet itu adalah planet bergas besar seperti Musytari.
P/s: Artikel ini ditulis oleh saudara Hafiz Saadon yang merupakan seorang Graduan Fizik Gunaan Universiti Malaya, yang kini bertugas sebagai Pembantu Penyelidik di Makmal Fizik Angkasa, Jabatan Fizik UM.


kite suke tgk bintang.
.-= gadisbunga´s last blog ..Kenapa saya suka blog- Episode 3- Drama Mama =-.
awak2. kte ske jgk tngok bintang. jom tngok sme2?. jom la. hahaha!
.-= acapz´s last blog ..Etika Yang Perlu Ada Pada Seseorang Yang Bergelar Hacker =-.
gadis bunga..
sebab dia cantik
acapz..
hamboi..r=dah lupe ke yang mu tuh dah berpunye heeee
adakah hafiz saadon si penyanyi itu…?
.-= maslinamansor´s last blog ..Perihal Sang baby nakal =-.
oh tidak…
suka tengok bintang malam2… tapi tak setiap hari ada…
.-= zik´s last blog ..Semarakkan ibadah pada 10 akhir ramadhan =-.
benar tu klu hujan lagilah tak ader yang menjelmanya..
dulu minat jugak bab2 astronomi ni sebab menarik..
jika di kaji mmg tak akan habis ilmunya kan thoha..
suka lagu ‘ku petik bintang2′
.-= tehr´s last blog ..Belajar Menulis Pantun – Bahagian Kedua =-.
untuk serah padamu heeee
wah !!! Bila baca kisah bintang nie.. terasa macam kelas sains kat sekolah pulak….
.-= bujang3´s last blog ..MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA !!! =-.
heeee.. besh bro bujang ada bintang itulah buat bumi kita tika mlm sllu bercahaya..
fakata menarik ni..dulu mmg mint pasal lohong hitam yg terjadi daripada bintang yg dah mati..rasa cam misteri sgt.tapi terfikir camne org leh buktikan lohong hitam tu sedut semua benda ek? satelit pernah kena sedut ke?haha
.-= Dedoku´s last blog ..Fungsi Baru Priority Inbox Dalam Gmail =-.
banyak perkara perlu di rungkaikan.. jika kit aahli pengkaji bidang ni pasti kita akan tahu jawapannya kebih dari itu kanss
kagum dgn ciptaan Allah..bintang sbg petunjuk jalan…bintang juge boleh menunjuk arah kiblat…subhanallah…
psst…kebetulan..malam tadi mimpi bintang…cantik bangat!
.-= hafizmd´s last blog ..9 tips untuk blogger yang sakit perut dan sama waktu dengannya… =-.
aik bro hafiz sejak bila dah tukar sling sumatera ni heeee
minat betul dengan astronomi ni…
indahnya ciptaan Tuhan ni ya
kalaulah ku boleh mangapai bintang.
saya bagi suri satu, tengok dalam tu ada apa. Hehehehe….
.-= zezebel´s last blog ..Ramadhan this year 2010 =-.
dalm tu ada wajah zezevel yang cun le heee
“..melakur..”
melakur itu apa?
.-= wandisini´s last blog ..Mercun di Musim Perayaan =-.
‘lakur’ atau melakur adalah istilah yang lazim digunakan dalam proses nuklear.
pelakuran adalah proses apabila zarah-zarah atau atom-atom unsur ringan seperti hidrogen, helium, dll. bercantum nukleusnya lalu membentuk atom unsur yang lebih berat.
sebagai contoh:
hidrogen (yang atom nukleusnya 1) + hidrogen (1) => helium (2)
helium (2) + helium (2) => karbon (4)
pelakuran memerlukan haba dan tekanan yang terlalu tinggi untuk berlaku dan ia menghasilkan tenaga yang sangat kuat.
sebab itu, proses nuklear yang ini tidak dapat berlaku di bumi tetapi berlaku di angkasa (iaitu bintang).
harap penjelasan ringkas ini dapat membantu… =)
bintang nie ada banyak jenis rupanya… sebesar planet pun ada jugak…
.-= zik´s last blog ..Iklan raya 2010 kena banned! =-.
kuasa Tuhan tiada siapa yang dapat melawannya
best kalau kita rajin mendalami ilmu astronomi ni
.-= wazy´s last blog ..Salam Aidilfitri 2010 1431 Hijrah =-.
sesekli kita ambil tahu pasti keterujaan tu akan buat kita suka pada ilmu ni kans
best soklan tu. dulu2 aku ada terfikir ni tp belum ada jawapan lagi
.-= babyblogger´s last blog ..Cucu Chef Wan- Anak Syerina =-.
sekarang dah ada baru tahu..
*maksud aku soklan dedoku pasal lohong hitam
.-= babyblogger´s last blog ..Cucu Chef Wan- Anak Syerina =-.
ya lohong hitam banyak maksud yang tersurat di dlmnya heee