Makanan Merangsang Seks_18sx

Kerja Sambilan Di Rumah

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Laman mahligai mengetuk kembali…

Saban waktu mencuba mencari sumber ilmu yang baru untuk tatapan suami isteri agar pelayaran yang di bina kekal bahagian hendaknya. Ada beberapan laman dan buku yang masih sempat Suri ingat bagi meningkatkan kualiti seks pasangan suami isteri.

Makan cokelat.

Di dalamnya mengandungi phenylethylamine sejenis zat kimia yang mampu menghasilkan perasaan euphoria dan kebahagiaan dengan melepaskan dopamine, bahan kimia ke otak yang juga di temui ketika seseorang itu mengalami orgasme.

Mengambil makanan sihat.

Mengamalkan diet dengan seimbang dengan memperbanyakkan makan buah-buahan, sayur-sayuran sebenarnya mempengaruhi kehidupan seksual seseorang. Ini kerana pengambilan makan sebegini mampu membantu merendahkan tingkat kolesterol, yang biasanya menghalangi aliran darah ke tempat-tempat penting dalam sistem tubuh manusia.

Bukan itu sahaja malahan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan juga boleh membantu anda mengurangkan berat badan berlebihan. Kegemukan pula sebenarnya mampu mempengaruhi rendahnya tahap testosterone seseorang itu.

Jauhi alkohol

Sudah terang dalam islam itu sendiri melarang pengambilan minuman  alkohol.  Bagi yang mengambil atau meminum minuman ini dalam jumlah yang banyak ia sebenarnya mampu untuk menghalang fungsi seksual anda dengan baik. Bukan itu sahaja malahan perilaku peminum ini juga boleh bertindak di luar kawal dan kemudiannya akan berakhir dengan keburukan seperti pergaduhan, memukul dan sebagainya.

Kebaikan madu.

Manfaat pada kaum hawa. Ini kerana zat yang terdapat pada madu terdiri daripada sumber mineral boron di mana ia berupaya untuk membantu tubuh seseorang itu memanfaatkan estrogen, hormon asas seksual wanita tersebut. Justeru itu pengambilannya memungkinkan pasangan anda akan bertahan lebih lama dalam aktivit seksual.

Ghairah dengan tiram.

Tiram memiliki kandungan zink yang tinggi, yang diperlukan dalam penghasilan testosterone dan juga sperma.

Hangatnya halia.

Selain di kenali sebagai perangsang sistem peredaran darah dalam tubuh manusia, halia juga di katakan mampu menambah aliran darah  terus ke alat kelamin.

Share
Artikel lain yang best-best :

Kerja Sambilan Di Rumah

40 thoughts on “Makanan Merangsang Seks_18sx

  1. Saya ni pemalu ckit orangnya klu cakap pasal benda2 ni sume. Ha ha Apapun, kesihatan perlu dijaga bukan sebab se** semata-mata kan cik Suri. Kalau hilang yang ni,… semua benda x dapat buat

  2. kena beli coklat le banyak banyak…apapun sekiranya kedua dua pasangan sentiasa mengambil berat tentang kemesraan bersama…insyaallah aman rumahtangga…hubungan intim suami isteri itu salah satu pengubat STRESS yang amat berkesan.

  3. info yang menarik dan baik.
    kalau makan ayam goreng tiram. ayam yang diperap dengan sos tiram adakah khasiatnya akan sama?
    aku selalu minum teh halia. sebab selalu balik kerja kena hujan. so boleh panaskan badan sikit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>