Hangatkan Kembali Hubungan Intim

Salam petang untuk semua..

Suasana yang sejuk telah bersilih ganti. Kini suasana petang menyerikan alam..

Apa ada pada seorang isteri?

  1. Sejambak kasih dapat dirasai oleh suami mahupun anak-anaknya.
  2. Anugerah kelahiran cahaya sebagai pengikat jiwa.
  3. Boleh diharapkan untuk menguruskan rumahtangga. Hatta tika kita kelaparan, haus pasti dia akan sentiasa melayani kerenah kita tanpa mengira masa dan lain-lain hal lagi.
  4. Sebagai teman untuk menghabisakan sisa kehidupan kita di hari tua.
  5. Kau bukan hanya kawanku, kekasihku, teman mesraku tapi kau adalah isteriku.

 

Tapi, itu adalah sebahagian daripada cara seseorang  isteri melakukan tanggungjawab dan ketaatannya sebagai seorang isteri kepada suaminya. Namun bagaimanakah cara anda pula sebagai seorang suami menjaga hati wanitanya, mengambil hati isteri dalam melayan kaum hawa dengan sebaik yang mungkin?

36698_1326944376222_1309297115_30750624_2420987_n

Ada yang kata buat apa nak melayan isteri persis seperti seorang bayi yang kecil. Kita dah lama berkahwin dengan dia keadaan tetap sama jugalah. Lainlah jika kita baru mula-mula nak mengenal hati budi dia bolehlah sahaja kita timang-timangkan dia dengan ayat-ayat yang berbaur sayang kepadanya, tepukan rindu pada dia, ucapan cinta tanpa kesudahan..

Sudah lama berkahwin malulah nak bermesra, nak membelai hatinya pula. Karang tak pasal-pasal dikata kita buang tebiat. Aku lelaki mesti ada ego okey. Sebab aku ketua keluarga mana boleh buat. Itu semua kerja orang perempuan. Buang masa..tengok keadaanlah.. Ada bola baik layan bola. Dapat gak restka otak sekejap.

Biarlah sekarang saya dengan dia bahagia apa!

Dia jalankan tanggungjawab dia macam biasa saya jalankan tanggungjawab saya seperti selalu sudahlah.

Hoo..mengapa begitu mudah sekali jawapan yang diberi. Baiklah cuba kita fikirkan kembali atas tujuan apa sesebuah perkahwinan itu dipasakkan. Adakah di sebabkan atas rasa cinta? nafsu? sebab orang  kawin kita pun nak kawin..mampu? atau kerana mencari pahala di sebalik tugu yang di bina keranaNya. Sekadar aku punya masalahlah sukalah..

Ingatlah wahai kaum adam tanpa wanita anda pasti akan kesunyian. Cuba imbas peradaban kisah sirah islam kita. Betapa sunyinya hati seorang Adam tanpa manusia yang seperti dirinya tika itu. Lalu dengan kuasa Tuhan telah menciptakan Hawa buat Adam sebagai peneman dirinya yang berlainan jenis jantina. Unik bukan setiap ciptaanNya yang berlaku itu ada tauladan disebaliknya. Dari berjumpa jatuh hati.. Sehinggakan menghujankan rasa cinta dalam diri mereka sendiri. Namun angkara janji yang cuba di ingkari keduanya terpisah..

imagesCAX56KYJ

Lihat Adam apa sudah jadi. Lihat Hawa kemana dia pergi? Ternyata kesunyian jiwa, kasih dan sayang mereka tidak pernah surut persis laut mati. Kasihnya tetap mewangi mereka tetap gagahkan diri mencari sesama sendri…

Jadi mengapa kita harus menyinsihkan “mereka” sebab mereka telah diciptakan buat kamu “Adam”

Begitu jugalah Wanita dia suka di belai lebih – lebih lagi “isteri”. Sebenarnya bukan susah sangat pun kita hendak mengambil hati mereka jika kena pada gayanya. Apa caranya Suri? Ahaa.. enting sahaja bagiku. Kamu bisa baca bebelanku dibawah nun sana..

Kasihan dia, dia selalu masak dan buat minuman untukku. Apa kata kali ini anda buatkan dia secawan minuman kegemarannya. Pasti dia suka. Lepas anda buat mesti dia tersenyum simpul :) . Ambillah waktu seperti kebiasaanya si dia buatkan air anda sekitar jam 9 malam maka waktu itu anda buatkanlah minuman kesukaannya. Gunakan kesempatan yang ada untuk merajinkan diri pada waktu tersebut okey ;) .

 

Bila berjalan buat apa nak berpegang tangan bosan sungguhlah. Apakata pautan tangan anda di pinggang si dia. Pasti itu akan nampak lebih manis bukan. Si anak pula berjalan di hadapan kita. Bukankah itu salah satu cara anda menghargai pasangan sebagai tanda anda banggan sebab dapat mengahwini dia kerana dia adalah ciptaan yang terbaik dalam kehidupan anda.

 

Isteri selalu membasuh, menyidai baju, melipat pakaian anda. Boleh dikatakan isteri dengan En kain memanglah tak boleh lari dari kehidupannya. Apakata malam ini anda pula yang mengambil bahagian dalam salah satu acara tersebut. Buatlah sesuatu pasti hati dia akan merasa senang selalu. Bukankah kerja yang banyak jika dibantu bersama-sama akan dapat meringankan kepenatan.

28308_128083210543105_100000242815171_250157_2436975_n

Bawalah dia bercuti makan – makan angin dan pastikan percutian itu tidak diketahui olehnya hee.. Sesekali apa salahnya menegangkan kembali hubungan yang kian pudar. Pasti ia akan lebih romantik lagi. Apa? ingat masa mula-mula berkahwin jer ker baru make honeymoon??

 

Urutlah pasangan anda. Pasti badan yang letih memerlukan belaian dari insan yang dikasihi. Yang isteri jika di urut pasti tersenyum sebab servis yang di cas oleh suami free heee.. Begitu juga suami pasti ia akan membutakan anda tertawa nanti. Ingat semasa urut mengurut tu selitkanlah guraun, and cuba imbas kenangan anda dan dia masa berkenalan dulu pasti lucu kans. Tak percaya cobalah..

1-3312430-9741-t 

Kelambu malam selalu dingin heee.. Apa kes? Make overlah bilik tidur cik abang oiii!! Antara anda berdua tidak salah rasanya sekiranya suami menyusun atur perabot ke posisi yang disukai. Ingat! lelaki tu perlu kuat. Mesti larat angkat barang perabot dengan bantuan anak-anak bukan. Sesekali menukar citarasa pasti tidak  jemu mata yang memandang. Jika ada duit lebih catkan sahaja dinding warna yang lembut persisi warna biru atau merah jambu pasti suasana bilik akan menaikan seri persisi malam pertama heee.. Jika tidak mampu tidak mengapalah memadailah dengan satu set aroma terapi lavender pasti akan melenakan tidur anda berdua. Malam ini malam jumaat jangan lupa noh ngheee… ;)

 

Rasanya banyak lagi. Jika rajin sahabat semua boleh listingkan lagi nghee.. Harap sahabat semua tidak terasa dengan entriku kali ini. Sesekali memberi tips aroma rumahtanggan untuk kebaikan perkahwinan masing-masing apalah salahnya. Semoga yang suram akan kembali segar bugar ;) :)

Share
Artikel lain yang best-best :

36 thoughts on “Hangatkan Kembali Hubungan Intim

  1. hubungan suami isteri biarlah seperti masa bercinta dahulu..
    kalau dah kahwin mula rasa bosan, itu yg manis rumah tangga mula pudar..
    sayangilah rumah tangga kita seperti nyawa kita sendiri..:)

    • benar tu..kerjasama itu penting barulah ada keharmonian di situ ;)

      tak kisah llki tolong perempuan yang penting sifat membantu, tanggungjwab itu ada dlm diri apalah salahnya..dia bukan org lain pun..isteri anda juga hee..

      nak kwin ajal suri skli ..teringin nak mkn nasi minyak affan plak ;)

    • Ya suami kawan, kekasih.. anggaplah ia sbg teman pasti khdupan kita akan lebih bahagian..

      Alhamdulillah ruang komen disini sudah pulih kembali..cuma kadang2 jer bermasalah sikit huuuu..maaf atas kesulitan yang terjadi..

  2. percaya atau tak…isteri adalah salah satu keajaiban dan ciptaan Allah yg terindah…

    Bagaimana nak tunjuk kasih sayang dan cinta pada isteri?
    1. sekali sekala…belanja makan kat luar…yang isteri suka…pasti gembira..
    2. belikan hadiah apa yg dia suka…pasti gembira
    3. turut bangun malam buat susu, salin lampin anak…pasti dia gembira
    4. turut sama masak walau tolong rasa masakan isteri…pasti dia lebih gembira
    5. tolong lipat kain walau lipat tak secantik isteri lipat…pasti lebih gembira
    6. offer urutkan isteri waktu mereka mengadu lenguh2 tangan…pasti mereka lebih gembira…

    sekian suri…hehe

    terima kasih suri kongsikan artikel :D
    .-= hafizmd´s last blog ..Pendidikan seks tahun depan- apa pandangan anda =-.

    • terima kasih bro hafiz..
      ya..semakin hangatlah nampaknya rumahtangga bro hafiz tu… ;) thnks ats senarai ilmu yang di berikan..satu tindakan yang bagus juga jika dilakukan heeee…

      sapa yang tak suka dilayan bgtu..baik llki atau perempuan kedua2nya memerlukan perhatian & belaian dr pasangan masing2 ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>