Kajian yang dijalankan oleh sebuah institusi pengurus di United Kingdom mendapati bahawa masalah yang paling besar yang dihadapi oleh kebanyakan wanita berkerjaya ialah membahagikan waktu dan perhatian sebagai wanita berkerja dengan urusan rumahtangga. Dilema ini semakin terasa apabila wanita berkerja itu juga merupakan seorang ibu.
Masalah dapat diatasi dengan kehadiran pengasuh anak atau pembantu rumah. Namun kebanyakan wanita yang ditemui memberitahu mereka ini ‘tidak rela’ anak mereka di asuh oleh orang lain. Bahkan kadanglaka timbul perasaan iri hati pada keakraban pengasuh dengan anak – anak.
Bagaimanakah caranya untuk kita hadapai dilema seperti ini? Ayuh kita merungkaikannya bersama-sama.
Wajarkah ada perasaan bersalah meninggalkan anak dengan pengasuh?
Perasaan itu memang sangat wajar. Wanita mana pun pasti akan terasa apabila anak menuturkan perkataan pertama atau mengambil langkah pertama tanpa bantuannya. Dilema ini semakin rumit dengan hadirnya rasa cemburu pada pengasuh yang menyaksikan semua itu.
Bagaimanakah melihat persoalan ini dengan objektif?
Cara yang paling baik ialah menghadapi persoalan ini dari akar umbinya. Analisis ‘perang batin’ itu satu peratus sehingga lebih mudah untuk mengatasinya. Jika anda berasa karier adalah lebih penting, begitu juga takala mengasuh si kecil, maka apa yang anda hadapi adalah konflik dua pilihan yang sama-sama penting dalam kehidupan anda. Namun anda haruslah membuat salah satu pilihan yang tepat. Ini disebut sebagai ‘approach-approach conflict.’
Atau apakah anda akan berasa berkerja itu merupakan suatu hal yang sangat penting dan anda pula terpaksa mengambil seorang pengasuh bagi menggantikan tempat anda? Namun anda juga akan berasa ‘terasing’ olehnya. Apa yang sedang anda hadapi ini pula ianya lebih kepada sifat ‘approach-avoidance conflict.
Membuat pilihan yang terbaik
Perkara pertama yang perlu anda laksanakan adalah anda wajar melihat ‘value‘ atau nilai setiap situasi. Nilai ini sebenarnya tidaklah statik. Akan tetapi ia akan berubah dan di ubah dari waktu ke waktu. Pertimbangan dari sudut pekerjaan manakah yang paling penting? sama ada kedudukan prestasi, gaji yang diperoleh atau hubungan sosial? Dari sudut seorang ibu pula, telitilah pada hal-hal yang perlu di utamakan. Dengan cara ini anda akan dapat menganalisis nilai tersebut dari pelbagai sudut.
Namun jika anda melihat peluang untuk maju dalam karier sedang terbuka luas, anda sebenarnya boleh juga memutuskan untuk terus berkerja dengan beberapa perjanjian khusus. Antaranya anda perlu meminta atau memohon rayuan kepada pihak majikan anda supaya anda tidak akan di hantar untuk tugasan luar daerah bagi sementara waktu untuk membolehkan anda meluangkan lebih banyak masa untuk bersama dengan anak-nak dan ahli keluarga anda.
Harus berkompromi
Ya! Kuncinya bukanlah menggorbankan satu nilai yang lain, akan tetapi melakukan penyesuaian antara satu sama lain. Dengan adanya kompromi antara nilai-nilai tadi bererti anda telah mengubah situasi konflik antara dua pilihan menjadi situasi tidak perlu memilih.
Menyelesaikan ‘approach-avoidance conflict’
Dalam situasi kedua ini, asasnya ialah menyedari keterbatasan diri kita. Kesedaran tentang keterbatasan itu akan menjadikan kita lebih “manusiawi” dalam melihat segala persoalan.
Ini kerana, jika seseorang wanita berasa dirinya seperti ‘super women‘ yang mampu melakukan segala perkara, dia sebenarnya cenderung untuk melihat hal yang negatif tentang apa yang berkaitan dengan pengasuh anaknya. Apalagi jika dia menyimpan rasa bersalah kerana meninggalkan anak-anaknya.
Namun jika sekiranya anda menerima keterbatasan anda sebagai ibu yang berkerja, anda sebenarnya lebih mudah menerima kehadiran pemgasuh anak sebagai peganti diri selama anda tidak ada. Menyedari keterbatasan akan membuatkan anda menghargai kehadiran si pengasuh.
Sebagaimana anda membuat strategi dalam membentuk karier, anda juga boleh membuat aturan bagi diri anda dan pengasuh anak anda. Perkara ini perlu dijelaskan dengan terang kepada pembantu tersebut. Dengan adanya peraturan seperti itu, anda akan berasa tetap memegang situasi yang berlaku dan tidak berasa terancam atau disaingi oleh pengasuh anak.
Mengurangi rasa bersalah pada anak.
Dalam melakukan pilihan kita haruslah menyedari adanya akibat daripada setiap pilihan yang bakal kita buat kelak. Menyedari akan hal seperti ini dapat mengurangkan rasa bersalah. Sememangnya hal ini memang tidak mudah untuk dilakukan, akan tetapi anda perlu berfikir secara matang dan terbuka.
Perlu juga anda perhatian bagaimana reaksi anda terhadap rasa bersalah yang muncul itu. Ada yang menebusnya secara membabi buta seperti membelikan mainan atau makanan dengan jumlah yang berlebihan. Ada pula yang menjadi seorang ibu yang terlalu ‘over permissive’ dengan membiarkan si kecil melakuakn apa sahaja walaupun dia sedar itu boleh merosakkan disiplin yang cuba diterapkan.
Ingat! walau siapa pun anda maka anda haruslah bijak dalam memperuntukan masa untuk si kecil dengan seberapa banyak yang boleh. Supaya mereka tahu bahawa anda adalah ibu bapanya yang sebenar. Didiklah ia dengan sifat yang baik serta jati diri yang kuat agar sikecil anda kelak akan menjadi insan yang berguna pada masa hadapan.
Halaman ini di petik dari hasil tulisan Ruzian Mohd Jan dan di adjustkan sedikit oleh Suri.
Cara anda bagaimana?
Adakah di sebabkan kerjaya dan kewangan maka kita terpaksa menempatkan si manja di bawah pengawasan pengasuh??


hati seorang ibu mungkin dari lubuk hatinya yang paling dalem gak mungkin tega meninggalkan buah hatinya dengan seorang pengasuh, tapi karena tuntutan dia juga harus menghidupi buah hatinya terpaksa itu harus dilakukannya…… *bener gak say komenku ini*
Daku telah jatuh cinta..
ya memang benar akan katamu itu..hati ibu mmg bisikannya sungguh kuat pada anak2.
ekonomi sekarang juga membuatjan si ibu menuntut kerja bagi mencari rezeki yang halal..
ni yang payah untuk wanita zaman sekarang kan? semua decesion memerlukan critikal thinking..silap sikit, habis laa..ape2 pun, semuanya bertujuan mengecapi kebahagiaan. manakala persoaalan kebahagiaan pulak adalah sangat subjektif dan berbeza2 utk setiap individu..sesetengah org , kaya adalah bahagia, setengah yg lain, famly adalah bahagia.jd, xde jwpn yg muktamad utk persoalan ni.hehe
.-= botak´s last blog ..Trebel for inter, only double for bayern =-.
Kotak cinTA..
tiada jawapan pun tidk mengapa.asalkn dah dapat bagi ulasan sdkit ia sudah amat bermakna buat suri
Tu la, banyak masalah timbul sebab wanita zaman sekarang dah pandai bekerjaya..tapi masalah timbul bila terlalu workaholic…tinggal kat rumah pengasuh tu pilihan terakhir, selain tu, boleh tinggal kan kat rumah parents….suri…dah boleh gune smilie
.-= rashid´s last blog ..(Bola) Jose Mourinho Sah ke Real Madrid Musim Hadapan. =-.
Erti kasih..
setuju dgn pandagan kawan tu..tak blh sibuk dgn kerjaya semta2.apa yg penting perlu perunyukan masa utuk and lebih sdkit.sb tkut anak kesunyian..huhu
smile? mana nak cari..downlowd ek? huhu
erm.. g nursery kot
Mainan hati..
hho..suri suka anak2 yang ramai..heeh pasti suasana akan gamat..huh
erm..kami kalau ade pilihan utk jage sendiri..pasti kami takkan hantar nursery..tapi keadaan adalah sebaliknye..
tapi, kami seboleh mungkin memaksimakan mase utk bersame ngn anak..kalau boleh balik kerja awal, pasti amik anak cepat2..kalau terpaksa bawak anak pergi kerja..pasti kami bawak..bile kene outstation, pasti cepat2 nk balik..
yg penting, sbgai suami, jgn lepas 100% hal2 rumahtangga pada isteri..kene same2 tolong..kalau tak..mmg isteri akan rase terbeban dan stress..
p/s – pnjg plak..hihi..sori yer suri
.-= hafizmd´s last blog ..Aku trauma? =-.
kenangan terindah..
sangat2 setuju dg pandagan kawan tu..hhehe.rasa mcm suri baru mengikuti kelass ibu bapalah pulak..hehhee
panjang atau pendek komen tu suri tak kisah..ttp luluskan juga..hehehe
maybe lepas dah ada anak, kena stop keje tuk beberapa tahun, ataupun mula bekerja dari rumah. hoho~
.-= aman´s last blog ..WordCamp : Perkara Menarik Mengenai WordPress =-.
Serangan cinta..
erkerja dan mulakan perniagaan dri rumah.blm cuba blm tahu kawan..hehhee
kalo saya , suka hantar ke rumah ayah mak ..biar diorang jaga time keja…lagipun diorang suka rasanya main ngan cucu2 nih hehe…
Payung cinta..
sama macam mak suri le..slu minta anak suri supaya tinggalkan si kecik kt mlk..huhu
suruh mak ayah.. jaga pun ok juga..tapi kalau dah tinggal berjauhan dengan keluarga/rumah sendiri.. susah juga tuh… apa yang penting jangan sibuk sangat bekerja, sampaikan anak2 tidak terjaga…
.-= zik´s last blog ..Jangan berhutang dengan Along! =-.
Kata hatiku..
haaa..tengok zik skrg pun dah pandai buat kptusan ek..hehhe
hmmm..
susah memang.
kalau saya berharap nanti nya bisa kerja juga ngurus anak dirumah.
.-= areeavicenna´s last blog ..DOH !! HELP MY KOMPI, PLEASE =-.
Rindu kamu..
jadilah super womwn yang bijak dalam segala hal yer..
rasanya saya maybe pilih kerjaya kalau anak tu ada someone yang dipercayai lah jaga.if x, ku rela berhenti .huhu
.-= lizz´s last blog ..Entry Gampang. Bukan Senang Saya Nak Buat Entry Gampang Ni! =-.
Bisikan hati..
ceh wah satu kesimpulan yang baik juga nie,,heheh..blh diguna oekh sesipa jua
wah orang malaysia ya..salam dari indonesia, maaf kurang bisa memahami bahasa nya
.-= nurrahman´s last blog ..Combro dan Cemplon =-.
Keindahan hati..
oh tidak mengapa..salam singgah kawnaku..
ilmu itu ada dimana-mana sahaja tanpa mengira benua atau asal usul kita
Salam seharum kasturi.
perasaan bersalah itu perlu ada pada ibu jika meninggalkan anak2 pada pengasuh kerana ini akan membuatkan si ibu lebih menghargai anak2 nya.. maka masa akan diluangkan untuk bersama anak2 walau sesibuk manapun.
oleh itu si ibu/ wanita bekerjaya perlu bijak menangani masalah begini..
tak gitu cik suri? hehe.
.-= MrSup´s last blog ..Wudhuk Zahir Dan Batin =-.
Tika pungguk rindukan payung??
benar tu en mr sup..hehe..bagus sungguh ulasan kamu..suri amat menyukainya seperti ini
zaman sekarang wanita itu harus berkerja ya?
dengan berat hati kukatakan, aku harus melarang istriku kerja.
mimpi yang tak sudah..
oh tidak juga sebab ia bergantung pada sesebuah ekonomi sesebuah kluga juga..
jika mahu berkerja sebaiknya perlulah minta mohon pada suami dulu..heheh barulah keberkatan rezeki itu ada..
dulu hantar rumah pengasuh, sekarang dua2 budak dah sekolah letak di sekolah sampai petang aje.
Dah plan satu masa nanti isteri berhenti khoje….lepas si suami naik pangkat hahaha
.-= etomyam´s last blog ..Undangan Perkahwinan: Kad, SMS Atau Facebook Invitation =-.
Keris cinta..
wah tahnia le bro..sesekali bagilah istri brhat pula..huhu..
tak salah untuk wanita berkeluarga untuk bkerja.. mmbantu ekonomi keluarga.. tapi yg nyata jgnlah sampai anak suami ditinggalkan selalu dek kerana tuntutan kerja.. masa yng berkualiti amatlah diperlukan utk si anak.. dan rasanya bukan setakat mak kena begitu, si ayah pun perlu ada masa yg kualiti dgn anak..
.-= fiezaradzi´s last blog ..10 Perkara Memulakan Alam Pekerjaan =-.
Rintihan hati..
padat dan tepat pada sasaran jawanpan tu..huhu..
satu ulasan yang baik tu kak..suri suka..heheh
kene pandai bahagi masa.. tapi tu la..
kene pandai2 la..
jangan pentingkan kerjaya
nanti terabai family
skrg kan banyak kerja dari rumah
amik peluang ni
.-= Syafrizal´s last blog ..Bekam – Perawatan Sunnah Nabi =-.
ku pujuk hati..
benar akan kata kawan tu..dunia dah moden. skr ni klu kita nak berniaga kat maya pun dah blh mula dari skrg ni..hehehe
em…mmg hati berat nak tinggalkan anak kat pengasuh,tp apa blh buat fmly kat kg jauh….kj cr duit pun untuk anak jugak,zaman skrg zaman duit,nak yang terbaik untuk anak kn ada duit
Di angin yang lalu ku sampaikann pesan..
benar tu sahabatku..skrg ni klu tak der duit sush nak idup..
skrg ni bawak jerk rm50 kat pasaraya rasa cam rm10 jer duit tu laju berlalu laju cam air..huhu..
terima kasih kawan kerana anda sudi ke blog ni dan tinggalkan secebis komen cahaya cinta.