Cinta Membara Dikamar

Cak!
Suri suka pada perkongsikan ilmu. Dimana kita boleh bersama-sama menjadikannya renungan..pengetahuan buat kita semua. Apatah lagi ilmu itu jika kita miliki akan membuatkan kita sentisa berfikir..berubah pada satu tahap yang lebih baik dari yang sebelumnya.

Baiklah jom kita hayati post kali ini Cinta Membara Dikamar Shuut!!….khasnya untuk pasangan yang telah berumahtangga. Hurm, bagi yang belum berkahwin tu jadikanlah ia satu ilmu kelak bila anda sudah berkahwin nanti anda bolehlah menggunakannya bagi menghangatkan mahligai rumahtangga anda.

Mengembalikan Hubungan intim tidak akan berlaku dengan sendirinya dan ia harus dicipta oleh pasangan.

split - suami isteri

“PENAT dan tidak bertenaga, apalagi setelah seharian bekerja.” Itulah antara kata-kata yang sering menjadi alasan bagi pasangan suami isteri dalam menjalin hubungan intim. Padahal kemesraan perkahwinan perlu dipelihara.

Tatkala melihat si suami terbaring di atas sofa, tidakkah tercalit secebis keghairahan untuk berkasih-kasihan dengannya?

Ternyata, menerusi tinjauan yang dilakukan oleh laman web mydeco.com, sebanyak dua perlima responden yang terdiri di kalangan wanita memilih untuk membaca buku, satu lima daripadanya lebih gemar menonton televisyen, manakala lapan peratus memilih untuk berdua-duan dengan pasangan sebelum tidur.

Menurut seorang ahli psikologi tingkah laku Britain, Dr. Linda Papadopulus, masalah itu timbul disebabkan pasangan gagal mencipta suasana yang boleh membangkitkan keinginan seksual mereka.

Seharusnya mereka mengenakan pakaian yang seksi sewaktu di kamar tidur dan mengaturkan langkah baru mengenai cara membuat hubungan intim pada malam hari.

“Menerusi kajian yang dijalankan, kami mendapati kebanyakan pasangan lebih mementingkan hal berkaitan soal kerjaya dan anak-anak.

InfoD

“Faktor ini menyebabkan mereka berasa terlalu tertekan akibat bebanan yang harus dipikul. Kami tidak lagi mendapati seks menjadi perkara penting dalam acara dinihari,” katanya.
Padahal, kata Papadopulus, hubungan intim tidak akan berlaku dengan sendirinya dan ia harus dicipta pasangan.

“Masalahnya, tidak ramai isteri yang berusaha atau memikirkan sesuatu untuk mengubah konsep pada ruang kamar mereka,” katanya.

Tambah beliau, warna-warna yang berhubung dengan aspek keghairahan adalah menjadi pilihan yang tepat. “Sebut saja warna merah yang seksi seperti sehelai kain cadar sutera, tilam dan langsir, pastinya akan mencipta atmosfera seksualiti yang lebih ideal,” jelasnya.

kamar-beradu-pengantin

Mengubah ruang tidur kamu semata-mata kerana ingin mengembalikan nafsu cinta berdua sudah menghuraikan satu pesanan yang jelas kepada pasangan bahawa kamu sedang berada dalam suasana keintiman.

Tip daripada Papadopulus:
1. Bangkitkan suasana pencahayaan bercinta di kamar beradu. Kamu tidak perlu membuat perubahan besar terhadap konsep dan susun letak perabot, cukup sekadar meredupkan cahaya lampu.

2. Ketahui perkara yang telah dicapai. Tanya sejauh mana perasaan, kepuasan hati dan kekhuatiran sepanjang mendirikan rumah tangga. Berbual pada waktu petang adalah masa paling sesuai untuk kamu berdua mencipta komunikasi lebih berkesan.

3. Sentiasa mengemas bilik tidur kamu bukan semata-mata untuk hubungan intim dan waktu tidur. Jadi, singkirkan perkara yang boleh menjauhkan kamu daripada melakukan hubungan seks. Contohnya, hal berkaitan pekerjaan, komputer dan rancangan televisyen.

4. Beristirehat sejenak dan tumpukan perhatian kepada diri sendiri dengan melakukan sesuatu yang kamu nikmati. Contohnya, menyegarkan tubuh atau menyapu lulur di badan. Cara sebegini dapat membangkitkan keghairahan ketika bersama pasangan.

5. Jangan membuatkan si suami berasa tidak selesa dengan dekorasi yang ditampilkan di ruang tidur. Tiada siapa pun yang inginkan dirinya berada di bawah pengawasan foto-foto yang dihiasi di segenap dinding kamar.

6. Hindari daripada menikmati hidangan sehingga membuatkan perut berasa kenyang sebelum tidur. Situasi sebegitu sememangnya tidak akan membuatkan kamu mencipta ketenangan.

7. Menikmati makan malam bersama sambil mendengar lagu santai atau menatap foto-foto lama anda berdua sebelum menuju ruang tidur untuk bermesra.

20070704073039_e-191321

Dari itu hargailah hargailah perkahwinan anda kerana dia adalah apa yang anda hajati sebelum ini.. :)

Sumber: Kosmo!

Share
Artikel lain yang best-best :

8 thoughts on “Cinta Membara Dikamar

  1. amaboi…. die punya entry…

    kamu pulak jenis cam mne nie huhu

    cam bro.. selalu balik kerja mmg memerlukan rehat yang mencukupi… if nk manje2 pun tgu la belah malam…. time untuk berehat katakan

    out 1–> oh bukan di lebuh raya plus… nie kat area Tg Malim, tapi bukan dipekannya ek. if ikut jalan lama sure nampak… Itu pun kalau terperasan la ek

    out 2–> he..23x so xleh la nak berfacebook lebih2.. karang sume termiss kan huhu

  2. Salam Suri,

    Wah..entry bagus nih.

    Memang benar, apabila sudah berumahtangga, kaum ibu biasanya mmg memberi banyak tumpuan pada anak-anak dan rumah. Sehinggakan keletihan mengatasi segala-gala. Faham-faham ajer la ye..hehe..

    Tapi, sebenarnya kaum ibu perlu lebih cergas dan pintar dalam menguruskan semua ini supaya suami tidak terpinggir di kamar sepi..cewah…ha..rasanya tips yang dikongsikan suri itu boleh dipraktikkan nanti. ;)

    • hik..hik..
      hurm maksud disini kalu boleh dalam blik tidur tu biarlah warna yang lembut..macam warna biru laut ke.pastu dalam 2 minggu sekali atau sebulan sekali rajin2lah tukar cadar dan apa-apa yang patut dalam kamar agar aura hubungan suami isteri itu akan sentiasa hangat selalu..weh..huu..

  3. I had a desire to begin my organization, nevertheless I didn’t have got enough of cash to do that. Thank heaven my close mate proposed to utilize the credit loans. Therefore I received the car loan and made real my dream.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>