Hai kawan-kawan semua
Masih ingatkah akan detik pertemuna kita dibawah pokok tembikai jambu bersulamkan entri semalam yang bertajuk Cara Menggembirakan Hati Suami. Hari ini macam biasalah kita sambung pula pada posting yang seterusnya pula Cara Menggembirakan Hati Isteri.
Jangan katakan Suri tidak berlaku adil terhadap anda-anda semua ya. Nanti Suri PANG!! anda kat situ heee.. ceh! ada hati nak lempang orang awak tu dah le setinggi 148.0.. Suri ouik.. Apakah caranya itu yuk kita selonggar hati si hawa ni sama-sama.
Sewaktu anda hendak meniggalkan isteri untuk keluar dari rumah maka anda kucuplah didahi isteri anda.
Peluklah pasangan anda ketika isteri anda dalam keadaan marah. Selalunya hati yang panas jika kena cara pelukannya pasti si dia akan terdiam buat seketika.
Pujuklah si dia sekiranya si dia merajuk pasti hatinya terlalu lembut bak kapas jika dipujuk kena pada tempatnya pasti hatinya akan reda semula.
Jadilah suami yang romatik. Walaupun tidak tahu tapi anda harus mempelajarinya demi rumahtangga anda jua. Ingatlah rumahtangga yang romatik sebenarnya mampu memeriahkan kebahagian isi dalam sesebuh keluarga yang dibina.
Bantulah isteri tanpa di menyuruh anda melakukan sesuatu perkara tersebut. Bukankah tolong menolong itu satu perkara yang di tuntut dalam agama islam. Anda bantu isteri anda ibarat anda juga secara tak langsung telah meringannkan bebanan kerjanya di rumah.
Sekiranya anda pandai dalam bab memasak apa kata anda masaklah makanan yang istimewa buat isteri anda.
Tidur dan peluklah isteri anda rapat-rapat. Supaya isteri anda dapat merasakan yang dia selamat ketika berada didalam dakapan anda.
Oppss! jangan buat-buat lupa pada tarikh-tarikh istimewa dalam kamus hidup anda berdua. Terutama tarikh lahir dia
Sekiranya isteri anda bertanyakan beberapa soalan untuk mendapatkan pendapat dari buah fikiran anda maka anda haruslah memberikan jawapan yang ikhlas dari si dia.
Sesekali, urutlah isteri anda agar belaian anda itu sedikit sebanyak dapat mengurangkan kepenatan dia menguruskan rumahtangga anda.
Lakukanlah perkara yang di sukai oleh isteri anda dan tinggalkan perkara yang dibenci oleh dirinya.
Ingat! dia juga isteri punyai hati dan perasaan jua. Anda sebagai suami tidak digalakkan memerintah isteri anda dengan sesuka hati sehingga dia merasakan yang dirinya seperti tukang gaji. Jika anda meminta isteri anda membuat perkara itu ini memanglah boleh tapi pastika intonasi anda itu tidak mengguris nalurinya sebagai seorang wanita.
Sesibuk mana puan anda dan isteri, pastikan waktu anda berdua jua perlu diselitkan dalam sehari.
Hadiahkanlah dia dengan sebarang bentuk barang seperti barang kemas, jambangan bunga, kasut dan sebagainya sebagai tanda penghargaan anda untuk dia. Hadiah tersebut tidak semestinya mahal memadailah sekiranya hadiah tersebut boleh membuatkan dia berasa gembira sampai ke telinga itu pun sudah memadai.
Next idea kawan-kawanlah pulak ngheeee


wah complete suami dan isteri….
.-= zik´s last blog ..Spesis babi berbulu =-.
Wah~
Tips yang berguna untuk para Suami.
Confirm lembut jer hati si Isteri
.-= hafidz´s last blog ..Nuffnang Buffered Earnings =-.
nasib baik tak payah apply lagi…bujang lagi maa…heheh
hehe…. tips menarik ni.. tapi tak kawin lagi la hehe
.-= Syafrizal´s last blog ..Berhati-hati dengan kacang hijau dari Tesco =-.
Aku time isteri pregnant, jadi househusband sepenuh masa…kerja semua termasuk memasak aku buat…bukan nak bangga..tapi mmg kasihankan dia..
.-= adamfaiz´s last blog ..Tanda Kiamat Yang Sudah Kelihatan =-.
kena kasi hubby kak mas baca tips nie…
.-= maslinamansor´s last blog ..Dan Pemilik SONY MP3 adalah =-.
wah, masih bujang. Tapi oke juga tipsnya
Waaaah. Suri ni memang best lar.
Suami isteri pun ada petua masing-masing.
.-= zezebel´s last blog ..WW- Share your broadband service provider =-.
edisi lengkap untuk sumai isteri nie !!! Syabas Suri !!! Baru adil !!!
.-= bujang3´s last blog ..Apekah haram hukumnyer berniaga kueh mueh di pagi Ramadhan =-.
info yang bagus untuk aku yang bakal masuk ke alam itu.
.-= wandisini´s last blog ..Cerita di Bulan Puasa =-.
Senyum dan terbayang bile la nak beristeri…boleh belai2, peluk2…hehe
.-= rashid´s last blog ..Kesan Kenaikan Harga Bahan Mentah =-.
sayang…
sayang, saaaayang sayang!
.-= tehr´s last blog ..Seloka Saman Ekor =-.
Kekadang cara sentuhan lebih mujarab daripada bercakap sebab komunikasi kadang kala boleh break down… jadi untuk cepat respon pada masalah pasangan lebih baik peluk – memeluk, cium – mencium barulah bau badan pasangan masing – masing mersap masuk masuk ke hati dengan panats….
Mesti cik suri ada berselilih pafam dengan suami kot itu sebab post cerita ne….. he he he he he
Bab ini akan complicated sikit. Saya rasa suami dan isteri, versi versa dlm hal ini. Bila masih baru, cinta masih memuncak – tiada masaalah nak praktikkan semua petua. lagi susah pun boleh. Jangankan tarikh kawin, tarikh hantar tanda pun ingat.

Bagi saya, yang terpenting, masing2 ingat taggungjawab masing2 terutama kepada anak2 kalau ada. Bila tg/jwb terlaksana, insya-allah, semua akan gembira. My 5 cents je..
.-= Ismail N´s last blog ..Stereo Tool 502 – Winamp Plugin =-.
saya bab nak menggembirakan hati isteri ni kadang2 lemah, tapi apa yg saya lakukan ialah kadang2 masak untuk dia, bawak gi keluar makan sekali sekala then buy somthing untuk dia
.-= mijie´s last blog ..1234 lima enam tujuh lapan 9 10 =-.
tp suri..bln pose kene kontrol skit bab2 ni hehe
“Lawak Antara Benua oleh Kartunis Lambok”
ada satu dua perkara kena praktis gak ni yang lain dah biasa tq tips ni… cuma nanti bini kater “aper kena laa laki aku hari ni”… hahahaha..
memang terbaik dari ladanglah..para suami mmg kene ikut tips ni..insyaAllah isteri sayang…
.-= hafizmd´s last blog ..Buah mahkota dewa =-.
saya sayang isteri saya juga ( tapi tak kawen lagi )
.-= Nine´s last blog ..Berbillion Dollar Hanya Dengan Berblogging =-.
saya masih tercari-cari calon isteri ,hehehe
.-= wazy´s last blog ..Berakhir Sudah Sebuah Penantian =-.
hee. bgus tips ni. blm kawin pon lyn kn je r. hoho. urut2. ngee
.-= acapz´s last blog ..Blogger Memperkenalkan Komen Spam Filtering =-.
sayang istri dan menggembirakan hatinya wajib bagi suami
.-= blogpopuler´s last blog ..Cara Menampilkan Ketegori Menjadi Dua Kolom =-.
sama2 sayang
.-= puteri´s last blog ..khutbah kontroversi II =-.
sama2 syg bru la best
hee..
.-= puteri´s last blog ..khutbah kontroversi II =-.
akan diaplikasikan apabila saya berkahwin kelak..
nie yang tak sabar nak kawen nie..hahahaa
sentiasa kena reflesh kembali hubungan agar ianya tidak hambar. yg penting ia perlu dilakukan dgn rasa cinta dan ikhlas