Salam petang untuk semua
Kesempatan memenuhi undangan perkahwinan dari rakan -rakan dan kenalan jauh ternyataa membawa kita kepada pelbagai adat dan resam mereka yang berlainan dari pelbagai jenis bangsa dan agama. Berikut adalah serba sedikit tentang adat dan budaya beberapa kaum yang berada di Malaysia ini.
Perkahwinan Kaum Melayu
Perkahwinan dalam masyarakat Melayu biasanya dimulakan dengan merisik. Ia bertujuan untuk melihat si gadis yang menjadi idaman anak lelakinya. Pada kebiasaanya acara merisik ini dianggap penting bagi melihat latar belakang gadis tersebut sebelum dipinang. Pada pihak perempuan tersebut setelah dirinya dirisik perempuan tersebut akan diberi tempoh masa untuk memberi kata putus untuk menerima lamaran tersebut ataupun menolaknya dengan cara yang baik.
Sewaktu merisik, pihak keluarga lelaki akan mengiringi dengan sebentuk cincin yang dipanggil cincin belah rotan. Apabila pihak perempuan bersetuju maka cincin itu akan tersarung di jari manisnya, maka tarikh peminangan akan ditetapkan oleh kedua belah pihak keluarga. Namun walaubagaimanapun acara merisik ini biasanya akan diadakan secara serentak dengan peminangan sekali bagi menjimatkan kos dan masa.
Sewaktu acara meminang, biasanya peranan orang tua untuk bertemu dengan keluarga pihak perempuan. Cincin tanda pertunangan disertakan bersama beberapa dulang hantaran sebagai hadiah kepada bakal pegantin perempuan.Pada masa ini, kedua belah pihak berbincang tentang hantaran belanja, mas kawin, tarikh upacara perkahwinan dan beberapa perkara yang berkaitan dengannya.

Pada hari atau sebelum perkahwinan, pengantin lelaki bersama bersama pihak keluarga ke rumah pegantin perempuan untuk acara akad nikah. Biasanya mereka akan membawa hantaran berupa mas kawin, belanja perkahwinan dan barang-barang yang lain termasuk cincin sebagai tanda batal air sembahyang, pakaian, kuih-muih, tepak sireh dan sebagainya.
Selepas akad nikah, acara berinai pula akan diadakan di rumah pegantin perempuan yang pada kebiasaannya akan dilakukan pada waktu malam. Para tetamu daripada pihak lelaki akan naik ke pelamin untuk menepung tawar kedua mempelai. Acara persandinga sebagai raja sehari akan dilakukan pula pada belah siang hari. Pada ketika ini akan ramai tetamu hadir bagi meraikan pasangan pegantin baru tersebut.
Perkahwinan Kaum Cina
Acara merisik akan diadakan bagi melihat bakal menantu. Apabila persetujuan dicapai, pasangan akan mengikat tali pertunangan. Selepas mencapai setahun ataupun mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak keluarga, maka majlis perkahwinan akan diadakan pula. Sekiranya berlaku kematian dalam ahli keluarga tersebut, maka majlis itu terpaksalah ditangguhkan sebagai tanda berkabung.
Pada zaman dahulu, pasangan pegantin ke rumah pegantin perempuan. Kemudian pasangan ini akan didudukkan atas pelamin yang terletak di ruang tamu. Selepas upacara bersanding, pasangan ini perlu berjumpa dengan ahli keluarga masing-masing sebagai tanda perkenalan serta bagi mendapat restu daripada mereka semua.
Salah satu upacara yang paling penting adalah upacara minum teh. Ia menjadi tradisi masyarakat cina dan ia masih diamalkan sehingga ke hari ini. Ia bertujuan sebagai tanda penerimaan pasangan pegantin dan mengeratkan hubungan kekeluargaan sesama mereka.

Pada kebiasaanya kemuncak upacara perkahwinan ini adalah jamuan makan. Amnya majlis makan bersama pegantin ini akan diadakan secara besar-besaran sama ada di rumah, dewan mahupun di restoran. Para tetamu yang hadir bersama akan membawa hadiah dan angpau untuk diberikan kepada pegantin kelak.
Akhir sekali pasangan ini akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan yang dipanggil ” Keat Ching Su” sebagai bukti perkahwinan tersebut telah diadakan di hadapan beberapa orang saksi.
Perkahwinan Kaum India
Masyarakat ini biasanya menitikberatkan tentang kad jemputan dan ia dibuat berdasarkan almanak hindu. Kad jemputan disapukan dengan kunyit sebagai lambang keharmonian. Kad ini akan dibawaa bersembahyang dan akan diletakkan dalam dulang yang berisi sirih, kelapa, buah pinang, wang ringgit sebagai lambang kekayaan.
Dulang ini akan dibawa ke rumah pegantin perempuan dan kedua-dua belah pihak tersebut akan bertukar dulang masing-masing. Dan yang paling utama sirih pinang turut diberikan juga sebagai tanda jemputan perkahwinan secara rasmi.
Thaali merupakan lambag suci perkahwinan dan ia akan dipakai oleh kedua pegantin. Adat penyediaan thaali ini dilakukan lebih kurang seminggu sebelum hari perkahwinan tersebut berlangsung. Pihak lelaki akan menyediakan beberapa keperluan barang termasuk emas, sirih pinang, kelapa dan bayaran untuk pembuat thaali. Kemudian tiga hari sebelum majlis perkahwinan itu, maka thaali tersebut perlu diambil dari tempat sembahyang.
Bagi upacara perkahwinan, Pedanda bertanggungjawab untuk mendoakan kesejahteraan pegantin. Selepas upacara menyarungkan cincin, pegantin lelaki akan memakaikan thaali kepada pegantin perempuan. Selepas itu ibu bapa mertua pula akan mula menyapu tanda pada dahi kedua belah pegantin sebagai maksud restu dari mereka berdua.
Sebenarnya perkahwinan india lebih banyak adat istiadat dan tatacara yang perku diikut. Ia termasuklah mencuci kaki kedua ibu bapa, melakukan upacara bertukar bunga malai dan sebagainya. Malah acara majlis tamat perkahwinan itu termasuklah memberika makanan kepada tetamu yang hadir, melakukan upacara persandingan, menurunkan khemah sehinggalah bertandang ke rumah keluarga pegantin lelaki akan dilakukan secara satu persaru sehinggalah ia selesai.
Gambar GooGle




kak suri tolong cari
perempuan omputih yang
cantik untuk saya.hihihi…
kalau Maghribi taknak ke lawa OOOO
.-= dnoBiz´s last blog ..Isteri Cantik – Gadis Maghribi sedia ke Malaysia =-.
berapa puluh ribu kena bayar.hihi…
.-= Ali ridha´s last blog ..Sebak lihat Kepala putus dua =-.
kalau nak yang pakej cantik..memang kena bayar harga mahal la.
ali
aoarng putih?? klu patung yang bercat kala putih ok tak heee
dnobiz:
blh tahan juga heeee.. putis mulusnya mereka2 nie heee
ali:
mulai saat ni kena simpan duit sblum nak dtg minang dan merisik mereka heeeheee
ledfer amir..
betul22.. tapi kata org klu sanggup..duit tak akan jadi masalah punya heee
Sejak bila pulak suri jadi ejen pemerdagangan orang ni
.-= Norasikin´s last blog ..Resepi Kerabu Betik =-.
kak:
demalah suruh suri cari org putih huhu..
entah ceruk mana nak cari kat fb byk le heee
untuk kaum melayu je dah beraneka cara mengikut daerah dan negeri
makanan dan jamuan lagi la berbeza
selalu buat saya sakit perut
hahaha
.-= tehr´s last blog ..Kemahiran Dan Pengalaman Seorang Blogger =-.
hahaha,
gejala biasa di musim kenduri
.-= dnoBiz´s last blog ..Gejala Rempit – Gejala Rempit merebak ke dunia Blogger =-.
tapi sekarang ni agak susah nak dapat juadah yg berbeza jika duduk di bandar. sebab dah pakai katering
tehr..
klu bubuh julap terlebih mmg kompom sakit perut pas makan nasi org kawin heee
dnobiz:
klu nasib malang kene cerit berit..klr masuk tandas tu yg tak menahan huuu
ladfer:
sb sema dah setkan satu menu..menu mereka sslu ringkas..rasa sedap kureng gak ..besh lagi kenduri kwnin di kg2 sb masakan dia mmg original..
hihihi
ni yang tak sabar nak kawin
.-= wazy´s last blog ..Giveaway Domain dari Sumijelly & Sekilass =-.
baik cepat cepat Wazy…
Sebelum hantaran naik lagi, minyah dah naik ni hehehee
.-= dnoBiz´s last blog ..Gejala Rempit – Gejala Rempit merebak ke dunia Blogger =-.
wazy:
isyh.isyh teruna … sabau jang..sabau..
dnobiz:
klu ada duit segera langkah panjang sebelum si dia di kebas orang heeee
Tiba2 teringat nak kahwin.
kena sediakan semua keperluan apa yang patut. jika sudah berkeadaan ‘terdesak’..memang wajiblah berkahwin segera
Hadi:
ada duit jalan ker hadi
ledfe amir:
betul2 lagi cpt dirikan masjid lagi deras anak akan mmbsar dpn mta kelak
alamak…. lambat lagi …mahu kerja keras… perkahwinan yang berbilang bangsa ini menjadikan satu warna yang sangat unik…
.-= zik´s last blog ..Tubelawak bikin panas dengan Zikrihusainicom!! =-.
muda2 ken asimpan duit supaya nak kawin nnti senag le dok pening pikir mana nak cari wet lagi heee..
ini namanya 1 malaysia huhu..lalaaa..
ppuan india paling senang nak cam dia dah kawin ke belum, tgk kat jari kaki ada cincin tak?
.-= Eliyana´s last blog ..Gila kentang! =-.
ho begitu yah..tak persan pula tang tu..slu tengok pada nandek dia jer ataupun kat tahlia warna kunig kat leher dia heee
kadang budaya perkahwinan ni pun berbeza juga ikut tempat.. ada yang senang.. ada yang susah..
contohnya kalau di sabah.. sesetengah tempat kena jgua buat adat merisik, meminang, menghantar berian, nikah/sanding.. setengahnya x buat lagi semua tu.. sekadar ikut mana yang wajib..
.-= kulanz´s last blog ..Banyak-Banyak Kereta- Inspira Juga Yang Dicari =-.
adat semua tu kadang kala memang seronok untuk dibuat..kadang kala menyusahkan.
tapi, kebykan insan..berkahwin cuma sekali seumur hidup. tak salah ikut adat.
kujlanz..
lain tempat lain pula adatnya..tapi itulah yang uniknya satu2 perkahwinan itu dijalankan..
ada tu terus nikah dah kira ok pastu makan2 dah selesai jamuan kawin heee
adat..kalu tak buat nnti org tua ckp langgar itu ni le huhu..
klu ikut baru mrka kata kita menjunjung adat tu..
kekadang ada adat ni peing pala juga nak ikutkannya cam nak sambut raja turn ke singgahsana plk heee
Kalau org melayu kat sabah ada beza sikit suri.. plus kalau yg bajau, brunei tu pun ada sikit adjustment lagi.. Kawe pun tak faham sgt, so tak leh nak explain jugak!
tang tu mmg suri tak pandai nak ulas..heee..tapi klu ada mmber org sana mau juga tahu selek belok smeua tuh hee..
lain tempat lagi indah satu2 majlis tu bukan
lain negara.budaya tak sama.
.-= Ali ridha´s last blog ..Sebak lihat Kepala putus dua =-.
betul2.. indahnya seni perkahwinan itu ya
Adat tu ok lagi pada aku, tapi bila masuk bab hantaran ngan kenduri tu seram pulak…, hantarang sah dah tinggi takhengat, kenduri nak grand macam artis …..
masak gak tu
.-= dnoBiz´s last blog ..Isteri Cantik – Gadis Maghribi sedia ke Malaysia =-.
kalau berkekalan sampai hujung usia..syukurlah.
kalau bercecai pastu..mmg rugilah. hutang pinjaman bank utk berkahwin pun tak hbs byr lagi
dnobiz:
hee.. tu ynag ada org sanggup buat pinjaman bank..asal grand dan mjdi buah mulut org mrka dah rasa cukup bangga..tapi kesydahannya ada anak hutang kawin pun tak habis d ganti lagi huhu..
btw bt alar kadar/ikut kemampuan jer..
ledfe amir:
sy setuju dpt pendapat sahabat tu… klu blh try elakkan dri pinkaman bank takut akan bayk plk kesan sampigan pada masa2 akan dtg plk huhu..
salam. banyak perkahwinan yg dtg dr pelbagai bangsa di malaysia ni..itu yg menjadikan negara Malaysia ni unik dengan pelabagai budaya..
p/s:cantik gmbr kahwin kak suri 2 kan?heheh
negara malaysia mmg satu bumbung sb dlmnya ada pelbagai kaum dan agama
cantik? terima kasih.. anak dara mash malu lagi tu heee..
kuota ader lagi 3 ni… eh celupar betul mulut aku… huhuhu
kalu wife izinkan sepatutnya tiada masalah. InsyaAllah
mancai..
isyh..isyh..isyh..kalau mamapu on je lah
ladfre:
sukalah bagai tidak terkata..dunia ini ibarat tuan hamba yang punya
eh… bukankah dlm gmbar itu suri?
yeap..
yahOOO..
sebenarnya nak curi pic kat google..tapi risau gak..kalu amik pic org lain tanpa kebenaran sush gak ..nnti ada org mrh heee huuu..
itulah uniknya negara kita. pelbagai budaya dan adat boleh dilihat.
kalau kat tempat lain mana boleh dapat heee..
Agak2nya, kaum mana yang memerlukan belanja paling besar untuk berkahwin? Tak termasuk makan2 dan hantaran la
.-= Norasikin´s last blog ..Saya- Nuffnang dan Resepi Nasi Goreng Citarasa Hotel =-.
rasanya cina atau melayu kot hee..
entalah kak sebab tak mengkaji lagi..kt sini suri tak der kwn cina..mr jim adalah nnti suri tanyer dia..