Ayah Berpesan..

Salam sekapur sirih..

Alam remaja merupakan alam yang penuh dengan fantasi yang menggembirakan sesiapa jua. Mengapa ya? sebab alam remaja kita mampu untuk melakukan apa sahaja asalkan kita tidak terkeluar dari batas-batas agama itu sendiri.

Jika kehidupan sendiri membolehkan pergerakan kita dipantau oleh kedua ibu dan bapa kita. Namum tika kita telah mula menginjak ke alam perkahwinan saat itu bukan untuk kita bersuka -ria lagi. Tapi detik itulah kita telah menjalinkan satu akad sah yang dipanggil perkahwinan. Maka terciptalah sepasang status suami dan isteri dalam sesebuah institusi perkahwinan dalam islam.

Ada apa disebalik pesanan itu setelah diri kita menjadi milik si suami. Takala ayah dan ibu mula melepaskan anak-anaknya kepada insan yang bukan ahli keluarganya itu sendiri. Suri yakin setiap ibu bapa ada pesanan-pesanan yang tertentu kepada puteri-puteri mereka.

Pesanan seorang ayah kepada anak perempuannya yang bakal berkahwin..

  • Jagalah dirimu baik-baik. Janganlah sampai kamu berbohong dengan suami kerana dengan melakukan pembohongan itu, ditakuti suamimu akan meragui setiap kejujuranmu dan suamimu akan mula berprasangka buruk terhadap dirimu kelak. Ingatlah wahai puteriku bahawa ada dua hal yang merupakan racun dalam rumahtangga.

 

  • Jagalah dirimu sebaik-baiknya. Janganlah sampai hatimu itu terlalu mengikut emosi pada sesuatu keadaan, kerana perkara sebegini akan membuatkan rumahtangga yang kamu bina serupa seperti neraka jahanam!

 

  • Sekiranya suamimu seorang yang terlalu kuat cemburu, maka hendaklah kamu puteriku tidak berlebih- lebihan dalam hal menghias diri dalam berdanda. Jangan sesekali cemburu kerana ia juga adalah kunci pada sesebuah penceraian.

 

  • Berhati-hatilah dirimu wahai puteriku jangan sampi engkau mula memuji lelaki lain di depan suamimi, walaupun memuji dengan cara atau dengan tujan yang baik.

 

  • Jagalah dirimu baik-baik- Jangan sampai makan terlalu kekenyangan, kerana dengan cara ini ia akan merosakkan kecantikan paras rupamu dan akan menyebabkan kamu mengalami kegemukan.

aku lagi

  • Katahuilah wahai puteriku. Bahawa kegembiraanmu berkait rapat dengan kegembiraan hati suamimu. Hanya engkaulah yang dapat membuatkannya bahagia dan dialah yang akan dapat membuatmu bahagia. Sebaliknya jika engkau mula mencipta malang maka secara tidak langsung dia pun akan dapat membuatkan dirimu malang. Oleh itu puteriku, berhati-hatilah akan perkara ini jangnlah sampai terjadinya api kebencian pertama antara dirimu dengan suamimu kerana dikhuatiri kebencian yang pertama barangkali boleh disusuli dengan kebencian yang lain pula.

 

  • Taatilah suamimu dan sependapatlah yang mungkin dengannya dan cubalah hindari percakapanmu bersifat olok-olok mahupun ejek -mengejek serta mewujudkan perbincangan yang tidak berguna. Ini kerana ia akan membuatkan kalian bertikam lidah sesama sendiri.

 

  • Jagalah kesihatan dirimu selalu dan jauhilah alat kecantikan yang dapat merosakkan kesegaran wajahmu dan kemanisan air mukamu.

 

  • Lakukanlah setiap pekerjaan dengan penuh kesabaran, ketabahan apa yang telah menjadi sebahagian dari kewajipanmu sebagai seorang isteri.

 

  • Uruskanlah perihal rumahtanggamu dengan sebaik yang boleh janganlah sampai ada orang lain yang mengetahui rahsiamu dan suamimu.

 

  • Lakukanlah solatmu mengikut suruhanNYA pasti itu adalah ibadah yang terbaik dalam setiap kehidupanmu sebagai seorang muslim yang sejati.
Share
Artikel lain yang best-best :

18 thoughts on “Ayah Berpesan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>