Tidur Sebagai Mati Kecil

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Bila tenggelam sang mentari, maka tabir malam pun menyelubungi. Malam yang menurut fitrah dan sunnatullahnya adalah untuk manusia merehatkan tubuh badan mereka yang sehari suntuk telah penat dan keletihan berkerja dan mencari rezeki.

Malam menjadi bertambah indah dengan rembulan tersenyum serta taburan jutaan bintang di awan awangan. Malam bertambah syahdu dengan zikir sang unggas dan mergastua bertasbih memuji ilahi. Sementara detik masa terus berlalu menggamit hadirnya siang. Sebagaimana siang dan malam silih berganti, maka begitu jugalah bersilih ganti waktu tidur dan waktu berjaga.

Sungguh, semua yang Allah cipta ini tidak ada yang sia-sia. Ada 1001 pengajaran dan hikmahnya. Pengajaran yang patut diambil para salik untuk perjalanan yang masih jauh.

sleeping

Malam ini, di kamar tidur, aku merenung dalam-dalam diri yang alpa ini. Maha kerdil dan jahilnya diri aku ini, Ya Tuhan. Mengapalah aku sering berbangga-bangga dengan ‘title’ sebaik-baik ciptaan Allah, sedangkan amat ketara dan sungguh memalukan bila zikirku pada-Mu amat sedikit berbanding kemeriahan zikir sang unggas dan mergastua yang tidak jemu-jemu menyahut -nyahut dan memuji namaMu.

Dalam satu kuliah Maghrib, aku masih ingat seorang ustaz menyebut bahawa Rasulullah s.a.w. mengumpamakan tidur itu sebagai “mati kecil”. Kerana itulah agaknya kenapa kita disunatkan berwuduk, berzikir, beristighfar, memaafkan kesalahan orang dan berwasiat sebelum tidur. Manalah tahu entah-entah tidur aku pada malam ini juga adalah tidur yang penghabisan.

Berapa banyak sudah berlaku? Berapa banyak sudah warga dunia berangkat semasa lena tidurnya. Pergi mengadap ilahi membawa diri yang lalai dari Allah, diri yang berlumuran dosa, dan dada yang penuh dendam kesumat dengan sesama Muslim.

Takala kelopak mata semakin berat dan jam di dinding menunjukkan pukul 1.30pagi, Fatihah dan doa kubacakan berturut-turut. “Dengan nama-Mu Ya Allah, aku mati dan aku hidup.”

Tiba-tiba.. Beep!! Beep!!..Beep!!..Beep!! Telefon genggamku memberi isyarat menerima mesaj. Hatiku sedikit berdebar. Gerangan siapakah  yang menghantarnya? Apakah  kali ini ia berita kematian? Ahh..ya Rabb, memang sungguh dan benar kali ini aku menerima berita kematian! ‘Mesej kematian’ dari seorang teman!!

matiSumber: Google

Tertera di skrin telefon genggamku wasiat Luqmanul Hakim kepada anaknya:-

Wahai anakku, kalau engkau meragui benarnya mati itu, maka janganlah kamu tidur. (Namun) Seperti mana engkau akan tertidur (juga akhirnya kerana terlalu mengantuk), maka demikian jugalah dengan kematian. Dan apabila engkau meragui pula benarnya hari kebangkitan, maka jaganlah (sekali-sekala) engkau cuba bangun dari tidurmu (namun nescaya engkau akan terjaga juga dari tidurmu). Maka demikianlah juga dengan hari kebangkitan. Kamu akan dibangkitkan selepas kematianmu.”

“Ya Allah, Ya Tuhanku, jika tidurku ini tidur yang penghabisan, maka ampunkanlah segala dosaku, maafkan segala kesalahanku dan redhalah pada diriku”.

Oleh: Ruzana Hamim

Share
Artikel lain yang best-best :

75 thoughts on “Tidur Sebagai Mati Kecil

  1. tentang hari kebangkitan tu, Allah menempelak siapa yg tidak mempercayai kebangkitan manusia, sedangkan alam yg begitu kompleks ini dengan mudah dicipta, inikan pula membangkitkan manusia..

    • adab sebelum tidur. Hurm satu posting yang baik juga jika d ketengahka.

      Setekat ni tak boleh janji cuma berani berkata insyallah :) . ada info dan maklumat bagus blh jer beri disini :grin:

  2. Macam kenal je gambar di atas tuh..dalam filem @ drama apa ya??

    p/s : baru treansfer hosting… support me by using english @ manglish while commenting on my blog ya :)

    As-Salaam…

  3. Kadang-kadang kita lupa nak bersyukur sebaik saja kita bangun tidur..hidup lagi kita hari ni.. Betapa baiknya Allah tu bagi peluang untuk kita walaupun kita sering xde masa untuk Dia..

  4. apa2 yg kita lakukan di duani ini ada adab dan tatacaranya. termasuklah sewaktu mahu tidur.
    Betul..minta maaf kpd org sekeliling sblm melelapkan mata :smile:

  5. dalam ilmu tasauf ada memperkatakan hal ini.. iaitu mati kecil…

    bahkan ia mengajar kita bagaimana tidur yg blh membawa kita kepada keredhaan Allah SWT…

    perkongsian yg amat baik sis.. maza amat menghargainya.. huhuhhu

    :| :| :|

  6. Teringat kata-kata pemberi kuliah di masjid tempoh. Kata-katanya sama seperti tajuk artikel ini. Oleh itu tambah beliau, beringatlah sebelum tidur. ;-)

    Semoga perkongsian Suri memberi kebaikan bersama. ;-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>