Resahnya Hati Menaiki Bas

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Masih tersemat dalam ingat sejak dua tahun menaiki bas kali ini ia bertukar kegusaran dalam diri.

Kejadian ini belum pernah berlaku lagi namun setiap perbuatan yang dilakukan oleh konduktor bas membuatkan keadaan Suri dan para penumpang yang berada didalam bas itu berasa tidak selamat :( . Bukan sekali malah dua kali..atau mungkin terbiasa dia berbuat demikian di depan Suri..

IMG_4173Sumber Google

Kisahnya bermula apabila konduktor bas itu membaca surat khbar sambil menghisap rokok. Seperti biasa ia duduk bersebelahan dengan pemandu bas. Apabila bas berhenti di satu-satu tempat sudah pastilah akan ramai para penumpang masuk ke dalam perut bas.

Yang berhimpit-himpit, membawa anak, membawa barangan membeli-belah, orang -orang tua, anak -anak sekolah dan hampir semua gelagat boleh di lihat dalam bas tersebut memandangkan kapasiti bas itu panjang dan boleh memuatkan penumpang seberapa ramai inginkan.

Yang tak sedap hatinya apabila konduktor bas tersebut bangun sambil meninggalkan sebatang rokoknya bernyala, diletakkan atas dashboard bus yang memanjang itu.

images

Sambil batang rokok itu meliuk-liuk ke kiri kanan, mengikut arus hentakan bas, sambil itu ia bergerak-gerak menandakan kedudukan kordinatnya tidak stabil dan berharap agar ia tidak jatuh menghempas ke lantai atau ke bahagian sekitar dashboard bus.

Angin dari luar tingkah menyerbu masuk menyebabkan asap rokok yang dibiarkan atas dashboard bus itu menggebu menyimbahi pipi-pipi penumpang yang duduk berhampiran dengan kerusi konduktor bas. Suri dan beberapa penumpang lain yang duduk ditengah-tengah bas turut terkena lempangan asap-asap rokok tu uh.uh..uh.

bus1Sumber: Google.

Apabila sampai ke destinasi yang hendak di tuju Suri pun berhenti dan menggungkapkan rasa syukur kerana selamat sampai ke tempat yang ditujui. Sambil menuruti anak tangga pejabat Suri menggeleng-gelengkan kepala sambil mendoakan semoga tiada musibah yang buruk berlaku pada penumpang -penumpang dalam bas tersebut.

Bayangkan andainya puntung rokok yang merah bernyala itu jatuh terkena ……. apa akan jadi pada isi dalam bas tersebut??

~~siaplah nanti den nak buat laporan~~

Share
Artikel lain yang best-best :

84 thoughts on “Resahnya Hati Menaiki Bas

  1. biasanya di KL boleh dikatakan semuanya bas berhawa dingin. jadi tiada alasan nak merokok. kepada penumpang juga tiada harapan nak bakar rokok tu.

    teringat lak masa kat kampung kebanyakkannya bas tak ada air cond. semua habuk dah jadi bedak asa lak…. itu tak kira sampah… ada masa tetiba atas riba ada tisu lak. hish!hish!hish!

    • kl mmg bas sejuk hee..

      sklu kg2 mmg bgtu..budaks ek pun merokok dlm bas inikan kondiktor bus sama jer..

      mau je suri empuk dia dgn payung nih heeee..bahaya!!sb ia blh mengundang maut pada org dlm bas huuuu

      • masalahnya suri, kalau kita tegur, mesti dia cakap, ikut sukalah nak hisap rokok, dia tak sedar yg kita juga boleh cakap, ikut suka kamilah nak ketuk…kan???

      • wah..wah..wah.. garang juga c suri ni yerr ?… cam manalah suami dia mengorat dia dulu … hahahaha (jangan marah berguaru je)

      • hafiz
        haaa.. nnti den nak tegur..waktu tu den akan pastiakn semua org nmpk apa yg dia bt..apa2 hal tangkap pic dulu pakai hp HEEEE

        baru tahu..

      • benjy
        erk…garang ada tmpat tu..tapi klu bab2 mrh ni sllu si dia kuat marh pd anak..suri masuk 3 kali mmg naik hantu kikii..

        tak leh baran..garang tak bertempat nnti bt org meluat pula..agak2..berpada2lah jua..

        nnti ar ada masa pasti ketemu bloger kenai suri dr dekat baru tahu den seorg yg garg ke idak heee :)

  2. chii da lupa bila last skali naik bus ada konduktor..slaly masuk dlm mesin je..eheheh..

    hurm..amaran di larang merokok tu hanya sebagai hiasan je..tu baru kes kondustor hisap rokok..lum lg tgk aksi pemandu bas yg bawa mcm bawa kapal terbang…haaa..gler x gler la kan

    • adakah kita perlu membuat aduan kesalah mereka agar mereka diberhentikan kerja … siapa nak bagi makan anak bini diaorang … ? … hukuman yang setimpal adalah saman RM 10,000 merokok di tempat awam …

      • Chii
        mmg bgtu gelagat yg cik chii katakan naik bas naik teksi sama jer patut layanan kita baik ni lain jadinya..yg laju satu hal yang naikkan harga pun tambag pun leh tahan gak huuu

      • benjy
        rokok tak bersalah tapi yg salah nak merokok tu tak kena pada tempatnya..rasanya bgi peringatan le…pastu baru bung ker apa ker heee..

        apapun keselamatan penumpang harus d utamakan huuu..

  3. suri,
    bEe lbh suka menaiki kenderaan sendiri bila pergi mana2 @ bEe naik teksi aje (walau byr mahal sikit). Sbb perkara mcm suri nyatakan ni lah yg bEe plg tak gemar.

    Tp, masa kecik2 dulu… bas lah pengangkutan utama. Tp, bEe pun memilih bas juga. Sebelum naik bas bEe akan tgk dulu keadaan dlm bas / konduktor / pemandu bas tu. Kalau OK baru bEe akan teruskan niat naik bas tu ;)

    • kak bee
      takut tu kak tapi bas ni sslu jalan ke lahat je tempat yg sslu suri bljar mmdu kene naik bas ni..mujur dah habis belajar memandu..

      tapi itu hari mmg ada naik bas tu, perasa dia bt prka ni sekli lagi..mmg melampau tul..

      rumah saya sush dpt teksi.ada teksi tu kami dah dtg rumah dia kami ckp suri nak tumpang. nnti bayar rm15..

      selang beberapa hari kami call pak cik melayu tu..kmi ckp pkcik amik saya (suri) kat taman ni..dkt je dgn tamn rumah suri..

      pastu pak cik ckp eh, tak blh le 15 pak cik tak akan ambil orang..dalam rm20 ketas blh jer..
      hakikatnya jarak kami nak htr bukannya jauh..lagipun anak2 dia sek kat area tmpt suri htr anak …huuu..

      kami ingt nak TOLONG ORANG MELAYU CARI MAKAN tapi ni plk yg kami dapat…

      last2 suri ajak suami bli basikal jer habis ctr,anak pun blh suri htr naik basikal pagi2 jimat pun ya..badan pun cerdas..biarlah susah skrg suri terima jer..

    • betul bee, sya pun sblm naik bas tengok dulu keadaan bas macamnana. Pernah sya tahan bas. bila bas berhenti depan mata sya tak jadi naik sbb rupanya bas tu ber”cermin gelap”.dr jauh tak perasan cermin bas gelap.

      His.. takut pula tak de org dlm bas tu.huhu

      • mekar
        bas gelap mmg takut nak naik..tapi mujurlah bas kat pekan ni open window heeee..

        selamat kami smua ;)

        ps:kak mekar klu takut jgn naik baik tugu bas yg lain jer ;)

  4. patutnya pakat ramai2 tangkap gambar mamat tu.. dan buat laporan bertulis terutama hantar kat company bus tu…

    kalau dia eksyen gak, bawa report ke polis..

    geram lah fulaks kan.. aderkk…..

  5. kalau naik bas di benteng kuantan lebih lah dasat..huhuhu..tp skang tak tau lah kan sbb itu cite hujung thn 1999. Mungkin dah lebih baik sbb skang byk bus dah ada aircond

  6. Teringat masa sekolah dulu. Bas kat kampung memang kebanyakannya takde air cond. yang ada cuma air cond original dari setiap orang jer la. Bila balik sekolah tu, faham2 je la, dengan panas lagi dan dengan keadaan bersesak2nya. Macam2 bau ada. Tapi sanggup tahan sebab nak sampai rumah. Kalau tak tahan, alamat kena jalan kaki la balik…hehehe

  7. ni mesti konduktor bas tu jenis keras kepala…ataupun jenis tak dengar apa pandangan org lain ataupun mmg jenis suka buat hal sendiri tanpa hiraukan keadaan org lain…biasanya jenis ni jenis yg duk bawah tempurung jerr!!!
    Kalau marah pun x de gunanya……buat sakit ati jerr

  8. Masa zaman sekolah dulu, bas sekolah saya tetiba windscreen pecah tp kitaorg naik je la selamba. Ingatkan tak de org perasan windscreen pecah. Bila turun bas, baru sedar, rupa bas tanpa windscreen buruk giler. Esoknya bila nak g sekolah, semua tak nak dok tepi tingkap, malu oooo org tengok tp sejukkkk, angin kuat best

  9. Kesian penumpang sudahlah menghidu hembusan sisa asap rokok dan bercampur abu berterbangan. Kemudian letak putung rokok di atas dashboard memang bahaya manalah tahu jatuh atas peha boleh mengundang kemalangan.

    Kalau laporkan pun tidak guna lain kali ambil gambar kemudian email ke pihak berkuasa atau suratkhabar.

    • itlah cadangan saya sahabat akubiomed..

      dah lama saya naik bas tapi setakat ini saya tak dpt naik bas tu lagi yang menyusur ke kawasan lahat..klu dulu saya dpt kesana sb bljar memandu skrg saya tak kesana lagi huu..

      Insyallah ada rzki saya akan ambil gamabr tu.

      PASTI!

  10. betul la, kebanyakkan bas skrg dah pasang aircond utk keselesaan penumpang. tp ada yg langgar pantang tetap hisap juga walpun tmpt berhawa dingin.huhu

    • yes tu mmg benar kak hee..dah terbiasa bg mereka tapi dema tak tahu penumpang mmg sush hati bila keadaan sbgtu terjdi..

      apa nk bt klu klr dri bas takut bas lain lmbt smpi..nak ke tdk terpaks naik bas tu klu nak smpi umh cept hee..

      tak der pilihan nih kak..

  11. Dah lama benar tak naik bas ni sejak2 dah beli kereta. Awal2 kerja dulu,bas adalah pgangkutan rasmi sya selain lrt & monorail. macam2 kerenah org dpt dilihat bila naik public transport ni. sabor aje ler

    • ada kereta selesa sikit hee..

      naik kenderaan awam bgtulah ragam dan kesabarannya..tapi bab himpi terhimpit tu kena berjaga hee..

      kes curi..kes ambil kesempatan tang tu sering terjadi tanpa kita sedari..

  12. Pingback: SEDAP sangat ke???? « Sakura's Home : "I Need to Be With Myself Instead of Calamity"

  13. huh bau rokok dah nak termuntah, setengahnya kalo naik bas waktu malam travel jauh2 5-6 jam mulalah drebar nak isap rokok, bajet dia bukak tingkap macam asap tu boleh kluar ja, padahal angin tolak masuk balik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>