Mengemis Ala Jakarta, New Delhi

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

16/09/2011 Jumaat

Selepas selesai makan Suri sekeluarga terhenti dipersimpangan jalan. Akibat lampu merah terlalu lama Suri leka menidurkan anak atas pangku. Ruang mata terpandang seorang warga tua lelaki cina mengetuk pintu pada sebuah kereta mewah.

Namun sayang ketukannya tidak diendahkan oleh tuan punya kenderaan tersebut. Langkah demi langkah dia menyusun melewati kereta yang lain pula. Seperti biasanya dia akan mendekatkan diri kepada pembonceng-pembonceng motosikal satu persatu bagi mendapatkan simpati. Ada yang melayan ada juga sebaliknya.

Tiba giliran kami dia berjalan tanpa segan silu sambil mengetuk tingkap kereta suami. Suri memandang suami. Dia malas berkata-kata lalu menghulurkan wang yang ada dipindahkan kepada lelaki cina itu.  Suri ” sejak bila pula perkara ini berlaku”? Suami membalas “mungkin dah lama kot paling tidak pun sehari dia menunggu di sini, mungkin besoknya dia ke jalan lain pula”. Suri diam membatukan diri.

Malam tadi tergerak hati menyelak surat khbar kosmo. Suri baca sekali imbas mujur terjump di laman ini http://eforum1.cari.com.my

17/9/2011 Sabtu

SEORANG pengemis membahayakan diri mengemis di laluan yang sesak di Shah Alam semalam.

SHAH ALAM – Golongan pengemis kini menjadikan bandar raya Shah Alam tidak ubah New Delhi di India atau Jakarta di Indonesia apabila mereka kini berani mengemis di jalanan sebagaimana di dua kota berkenaan.

Mereka dikesan mengemis dengan menjual pen bagi menarik simpati pemandu dan orang ramai yang lalu lalang di persimpangan lampu isyarat Jalan Monfort, Seksyen 13 di sini semalam.

Tinjauan Kosmo! mendapati, seorang wanita berusia lingkungan 50-an tiba-tiba muncul di celah laluan yang sesak dan mengetuk tingkap beberapa kereta sambil memegang sejumlah batang pen kepada pemandu untuk dijual.

  • Rata-ratannya Suri mendapat maklumat dari layar maya mengatakan kejadian ini sering berlaku pada sesetengah pengguna jalan raya takkala lampu isyarat berwarna merah.
  • Malahan ada juga mengatakan mereka ini sebahagiannya dari penduduk tempatan dan separuh darinya adalah warga asing.

Ya, Tuhanku sesungguhnya bumimu luas terbentang. Sedihnya melihat begini sebab mereka berupaya mencari rezeki dengan segala kudrat yang ada namun mengapa jalan sedemikian yang dipilih. Sememangnya kita bukan di tempat mereka tapi merekalah yang meminta untuk jadi begini.

Pandangan kawan-kawan pula bagaimana?

Share
Artikel lain yang best-best :

58 thoughts on “Mengemis Ala Jakarta, New Delhi

  1. AYIE KALAU JALAN2 DI TERSEREMPAK DGN ORG MENGEMIS SELALUNYA TAK BERKIRA SANGAT…BERI AJE BERAPA YG DI RASAKAN IKHLAS…PERNAH JUGA MENGALAMINYA KETIKA TUNGGU BAS DI PUDU RAYA… :roll:

  2. tak pernah lagi jumpa yg mengemis di tgh jalan ni.. hurmmm… saya kalau jumpa org minta sedekah ni, tgk la,, kadang2 rasa nak bagi, saya bagi la, kadang2 rasa dia tipu, saya tak bagi la..huhuhu :|

  3. Di Indonesia memang selalu jumpa situasi begini. Ada juga yang nyanyi-nyanyi tengah jalan sambil mengemis di jalan yang sedang sesak. Di Malaysia ni, banyak sumber & bantuan tersedia untuk mereka yang susah.
    Mungkin orang ni tak tahu mana nak mengadu atau tiada orang yang membantunya untuk mendapatkan bantuan itu.

      • kak long..
        gologan gelandangan ini mmg kerjaan ada beri bantun kt mereka. seingat saya ada mjlh tv3 buat paparan ttg pkra ini.pastu kementerian msyrat pun ada bina tempat tinggal utk mrka utk sementara waktu, pastu dema akan d beri pekerjaan yg sesui dgn jiwa mrka..

      • kak long..
        beri pelung byk org tak mahu gunakan sebaiknya..malah nak hidup lebih melarat lagi adalah huu..

        ini salah satu masalah masyarakat jua alahai..

    • pernah sekali kat simpang 4 KB Mall pintu kereta aku diketuk pengemis budak lengkap berbaju melayu. dia buat isyarat nak makan. tak sempat nak bagi apa2 lampu dah hijau

      • amirez
        adakah dia di suruh oleh seseorang kita tak pasti..

        klua da hulur jer.klu tak sempat tu maknanya tak ada rezeki dialah tu..

        apa pun kena serahkan segalanya padaNYA.

  4. Bro kalau nak bagi derma pertama tengok fizikal orang tu. Kalau cukup lengkap memang tak layan laa. Bukan sombong atau apa cuma Bro tak nak mendermakan kepada orang yang tidak layak dan tidak sepatutnya..

    • nak kerja yg mudah blh bantu org jual kuih muih ke…nak sederhana blh keje berat sikit..huuu..

      skrg kehidupan tak mcm dulu..dunia pakai duit tak der duit susah nak hdup.klu terlebih duit takut tak jadi org plk …

  5. Kalu jual pen tu pon kira mengemis jugak ker? :shock:
    Kalau kat area Api-Api centre di KK ni manyak…. Diaorg jual stiker doa-doa.
    Yg kawe tak tahan, masa kawe minum teh tarik kat sana, ada 4 org makcik gilir-gilir dtg jual benda yg sama dalam masa 10 minit…. perghhhh… Tapi kesian pun ada… :sad:

  6. suami sy mmg tak akan beri.. katanya ada sindiket dibelakang orang2.. kalau OKU boleh difikirkan..ini sihat walafiat..spt suri kata.. dunia kita luas terbentang.. kalau nak jual pen pun carilah tempat yg sesuai..kalau ikut hati siapalh yg tak kesian

    • kak sembang saya rasa sedih tapi dema sihat2 belaka..apa nak jadi skrg ni..org pekeje asing berlumba2 cri rezki dtg negeri dia jauh..kita yg dekat ni nak cari rzki halal pun malas..

  7. chii pernah gak jumpa…tp perempuan ni dok jual pen sambil jln di jln raya…mengetuk tingkap kereta yg sedang berhenti..mmg agak membahayakan nyawa..tp time tu mkcik x layan pun..so perempuan tu meneruskn perjlnan nya

  8. Sya kalu nak beri sedekah pun tengok keadaan. Bukan apa, sebab kadang2 diaorg ni ada dalang dibelakang yg kita tak tahu.

    Situasi pengemis di jalanan ni biasa sya alami bila bercuti di Indonesia. Memang tak heran sngat situasi spti ini di indonesia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>