Jangan Pentingkan Kepuasan Diri Sendiri

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Rentetan dari kejadian itu bas yang Suri tunggu pun sampai. Walaupun lambat menunggu tidak mengapa harus selamat sampai ke pekan.

Yang menyakitkan hati bila menunggu terlalu lama wajib bersabar, tetapi perkara yang paling membegangkan Suri takala budak-budak sekolah merokok dalam bas. Asap berkepul-kepul memang sengaja mereka tunjuk lagak depan kita.

Pemandu bas pun 5×5 juga hisap rokok. Sudahlah belakang kerusi di tu penumpang ibu dan ada anak kecil disitu. Agak lama bas berhenti di greentown pusat membeli – belah UO kira -kira setengah jam jugak!

Adakah kerana manusia itu sendiri letak otak bawah tapak kaki? Tidak belajar? kurang ilmu pengetahuan akan peradaban kita?

Uh, kesal, dan sedihnya bila kejadian ini berlaku bila kita teriak nanti katanya kau apa sibuk. Sebaliknya jika di diam makin menjadi-jadi.

Memang di akui merokok itu merbahayakan kesihatan itu belakang ceritalah tapi bagi pandangan Suri nak merokok tidak kisah tapi berfikirlah adakah tempat yang anda merokok tu di tempat betul? If merokok pada tempat yang tidak sepatutnya memanglah dasar anda tu seorang yang pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang di sekeliling anda.

p/s: Rata-rata penumpang yang naik bas dalam tu memang tutup mulut pakai tangan dan tudung. Makcik terbatuk-batuk kasihankan pada mereka sebab tidak pasal-pasal dapat habuan yang tak sepatutnya dari mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

Jika ada yang terasa dengan entri ini Suri mohon maaflah sebab kejadian sebegini memang selalu terjadi kat mana-mana perhentian bas, dalam bas, mana jua tempat umum huhu..

Share
Artikel lain yang best-best :

51 thoughts on “Jangan Pentingkan Kepuasan Diri Sendiri

  1. melampau sangat la tu suri..kan dalam bas sendiri patutnya ada tanda dilarang merokok..tp kalau pemandu tu sendiri merokok..org yg naik ..lagi la kan..

    budak2 skolah pun sama..grrr

  2. Mmg byk kali jugak terserempak dgn manusia yg akalnya sudah ‘dibelai makanan jin’…

    Bagi saye, mereka2 yg hisap di tempat awam mmglah manusia yg pentingkan diri sendiri..noktah!

    Tensen dgn manusia nak hisap rokok, tp menyusahkan org lain…

  3. memang tak patut, bas ni untuk pengguna awam,
    mana boleh pemandu bas sesuka hati je, huu..

    tempat awam lain kalau luas kawasan persekitaran, mungkin boleh kira lagi,

  4. Aku paling kesel sekali dengan orang yang merokok di dalam bus. Soalnya kalau bau rokok, aku paling g’ kuat, mesti batuk-batuk.
    Orang yang merokok dalam bus biasanya tak pernah peduli dengan yang ada di sebelahnya,, yang penting dia heppy,, apakah mereka g’ tau kalau rokok sangat berbahaya??

  5. Salam.

    Masa sya kerja dulu memang selalu ” makan” asap rokok ni setelah di “jamu” oleh kawan2 sepejabat yg tak faham bahasa. Sedih tapi nak buat macamana sbb kita minoriti di situ..huhu :oops:

  6. saya tengok orang sekarang dah tak kisah nak merokok kat mana2 pun.rasanya kena guna balik kaedah lama.sesiapa yang merokok di tempat awam akan didenda.sape yang nak buat kerja tu semua?

    • nak kata kerajaan tak ambil pusing todak juga sb dem ada sediakan klnik berhenti merokok.malahan papan tanda ada sahaj tertera di tempat2 tertentu cuma kita jer yg tak ambil pusing akan pkra tu semua huhu..

      kecewa juga bila sesetengah dari kita pelaku bgtukan..

  7. pada saya, kalau rasa tak bersalah, nak merokok pun rokok lah, tapi jgn depan org ramai, nak2 yg ada anak kecik, org tua dan ibu2 ngandung.. jgn susahkan org lain..

    penah suami tegur sorang ni sbb hisap rokok dekat dgn anak, yg baiknya org tu terima dgn baik.. itu kira ok la kan.. kita pun tak marah sgt dgn die..

    selalunya buat muka dn tutup hidung kalau de org hisap rokok duduk dekat2, yg faham tu, alhamdulillah.. yg tak faham tu, tolonglah faham..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>