Ibarat Mati Hidup Semula

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

  • Pertama, jangan terkejut jika gambar asal Suri bertukar unta padang pasir ana mahu pergi Jedahlah ker ada orang sudi buatkan templet free untuk  ana khas bagi blog cahayacinta.com dengan rela hati tanpa ada penalti harus diikuti.
  • Kedua inilah blog http://cahayacinta.com memang sah tidak syak lagi anda berada di frekuensi yang betul!

Syukur Alhamdulilah. Allah Hu Akbar. Allah Hu Akbar. Sesungguhnya bisikan doa-doaku didegarinya.. Rintihanku tanpa henti membawa kemanisan dalam diri. Dan sesungguhnya Dia ada bersama kita semua. Percayalah.

Begitulah saat Suri harungi cahayacinta selama ketiadaannya. Tanggal 14 Jun 2011 bersamaan hari selasa blog ini di hack. Waktu itu sibuk satu maya blog-blog kerajaan juga turut digodam teruk.  Blog Suri kena tempias tapi sayang tak pulih-pulih juga. Ada pula sesetengah bloger melontarkan bom atom masuk blog Suri mengatakan Suri hantar Virus ke blog dia orang?? Pelbagai bentuk pertanyaan di terima dari sehari ke sehari tanpa henti baik di layar facebook atau email dari  rakan bloger yang tidak dikenali memberitahu Suri blog mereka terkena jangkitan dari blog cahayacinta.com walhal hakikatnya Suri tidak pernah ke blog mereka. Yep, rata-ratanya sebahagian blog Suri tak pernah jejak.

Terus..

Apakah jawapan yang terbaik harus Suri berikan pada kalian semua? Jangan katakan terangkan dari abjad A sampi Z telah Suri rangkakan mana mahu lagi Suri lontarkan virus or hack nak godam blog-blog kalian semua. Suri baru sahaja menjegah blog cahayacinta.com tidak sampai 3 tahun manakan pula Suri ada niat sebegitu nak merosakkan blog-blog kalian. Itu semua luar jangkawan Suri..

Namun..

Begitu blog ini juga tidak terlepas dari pertanyaan dari bloger-bloger yang perihatin dari pembaca-pembaca setia mahupun dari rakan-rakan facebook. Perasaan bagai di carik-carik tiap kali kalian bertanyakan hal itu ini..

Kesian gak sama Suri nie ehhh… Sampai kena pindah rumah (hosting).. sabo2 OK. Dugaan berBlogging! Bila dah siap rumah baru nanti, jemputllah kami semua beramai-ramai buat kenduri doa selamat he he :D “kata Dulu Lain Sekarang Lain”

errr. bila dah mula beroperasi jgn lupa maklumkan pada kami ya.. ahaks.. “kata Maza”

memang dah lama benar tunggu ni, suri moga2 kali ni akan betul2 ‘sihat’”kata Tehr”

Asyik memendam rasa je. Tak nak cari pengganti baru ke? Diaorg ada jaminan boleh pulih sepenihnya ke? Dah lama sangat ni. curik tulang je la tu “kata kak Nora”

sebenarnya apa yg sedang dibuat kak?dah contact server? “kata TE”

Saya still suka blog kak suri yg sblm ni, hehe “kata Juan”

Dan terlalu banyak rintihan kalian boleh buat hati Suri terguris takala membaca luahan anda-anda semua. Jawapan yang Suri dapat jawab Insyallah dalam usaha mencari jalan penyelesaian. Terima kasih sebab perihatian akan blog saya.

2 bulan  24 hari

Cahayacinta.com mengalami kritikal yang agak teruk sepanjang Suri berblog masuk kali ini mahu 3 kali Cahayacinta.com calloff dari maya. Tempoh ini adalah masa yang paling panjang buat blog ini masuk ICU. Telah banyak tangan-tangan pakar mengodek blog cahayacinta.com namun semua itu gagal entah keberapa kali. Orang-orang penting balik tabir cahayacinta.com pun pening inikan orang yang maha pakar Suri pun tak tahu nak cakap waktu tu. Kata orang kita usaha dan berdoa sahajalah.

23 Ogos 2011

Blog ini telah di godam sepenuhnya. Itupun dapat maklum dari seorang bloger yang alert terhadap blog ini. Menitis lagi air mata ini tak henti. Teriak jugalah tangisanku memecah segenap ruang pejabat. Tak ada makna nak control-control remote nak menagis ke tidak memang sendiri-sendiri sedu sedanku tanpa dapat berkata satu patah perkataan pun. Siapa yang menggodam? Sudah jumpa atau tidak itu bukan urusan Suri. Biarlah dia berurusan dengan Tuhan. Suri terima keadaan waktu itu dengan hati yang penuh luka dan sabar.

Bila langkah semakin longlai..

Mood nak berblog kian lemah. Suri kata sudah lemau kawan-kawan bloger kata lemau jangan terlalu lama Suri manakan tidak sejak blog cahayacinta.com meragam Suri benar-benar merajuk dan senang cerita mula menjauhkan diri dari berblog. Jika ada jengah pun macam segan-segan jer nak masuk blog kawan-kawan sebab isi blogspot Suri kosong. Tiada info sepadat blog ini. Boleh dikatakan bebelan seorang ibu pada anaknya adalah.

Datang satu panggilan..

En Syukri cakap “Suri, blog cahayacinta.com tidak dapat diselamatkan“! terduduk sekejap beb..Peh!! dugaan sungguh menitis lagilah air mataku lagi. Sampaikan pihak google sudah senarai hitam blog ini! Kau mahu Suri buat apa? Diam duduk atas batu, main carik-carik rumput tepi jalan sambil tunggu kereta datang jemput masuk ke rumah baharu cik? Hoo tidak..Saat itu mulalah mata Suri berpinar-pinar bagai power point satu persatu entri yang pernah Suri hasilkan suatu ketika dahulu pergi berlalu begitu sahaja. Hilang ..jauh..kian gelap dari pandangan. Bagai kacang jumpa kekasih baru si kulit lupa nak pakai baju huhu..a..alahai..

Bait-bait..

Entri mula disusun selepas selesai balik bercuti dari Melaka. Kata hati sampai bila harus begini? saat jari – jemari sudah kematu saat itu blogspotku mula rancak menawan ayat satu persatu. Kata bloger manis nan ayu..

teringin jugak nak tau mcmana akk boleh semangat semula ni?hmmm…hari tu mmg bersedih n merajuk lama.. :-p kata adele”

Belasah jangan tak belasah sampai lebam gak Suri kerjakan. Ada pula seorang bloger nak menagis bila termiss membaca entri Suri

watpe tulis entri byk2 ni suri. nangis saya membacanya”kata Norasikin”

Tidak mengapa jangan risau kesemua entri dari blogspot tu nanti Suri akan pindahkan ke sini sedikit- demi sedikit. Harap lepas ini jangan tinggalkan nota persis ayat-ayat cinta seperti ini

..macam tertinggal kapal jer kawe ni…hehe :D

nak kena korek balik khazanah2 kat sini…yeahhhaaa”kata Bro Hafizmd”

Terima kasih pada semua bloger-bloger tegar yang terlibat dalam menjayakan, membaikpulih, sokongan, semangat, menaja bantuan tenaga, pandangan, perhatian untuk blog cahayacinta.com jasa anda akan Suri kenanag sampai bila-bila. Moga-moga keikhlasan tuan hamba semua akan Tuhan membalasnya. Amin.

Akhir kata Suri mohon maaf dari hati andai ketelanjuran entri Suri mengguris hati kalian semua. Apa yang ditulis ini adalah lahir dari sudut hati Suri sendiri.

Terima kasih sekali lagi jumpa di lain coretan akan datang.

p/s:  Satu yang tercicir..korang rasa apa dia? Harap maklum.

Share
Artikel lain yang best-best :

65 thoughts on “Ibarat Mati Hidup Semula

  1. suka pulak main teka2 skrg ye? apa benda yg tercicir?huhu

    kalo lah boleh akk kekalkan penulisan santai mcm ni..mmg best..

    kalo sblum ni siyes mcm skema je..hek2..

    wah,byk btul kisahnya di sebalik ketiadaan blog ni utk beberapa bulan ni.. ;-)

  2. assalamua’laikum pembuka bicara :mrgreen:

    alhamdulillah. selamat kembali cahayacinta.com!

    akhirnya penantian terungkai jua.

    fuhh! lama betul tuh…hampir 3 bulan juga tak bersiaran di sini.

    moga suri terus kekal tabah, tak mo sedeh2 :lol:

    p/s-malam tadi dah mula dapat balasan komen dari blog ni, terus terjah dan jumpa unta, hari ni unta dah lari ker?

    • wah cam suri dpt surat cinta pulak mihaaa..

      ya maka akan berangkailah setiap entri d blog kelak..

      dah tak sedih cuma dok pikir nak tambak tu ni jer perabot rumah hee agar nmpk berseri lagi..

      p/s:unta da lari sb jumpa kekash baru :mrgreen:

  3. tamat sudah sebuah penantian
    bermula kembali satu perjuangan
    ke kanan ke kiri melangkah jalan
    undur pun masih maju ke depan

    tahniah
    tiba2 je rasa nak sambut raya sekali lagi :D

  4. Salam suri.
    Nampaknya blog dah pulih. Anggaplah semua kejadian yg berlaku sbgai ujian supaya kita dpt tempoh kehidupan dgn sabar ;-)
    Ramai peminat suri rupanya di sini kan!

  5. yahuu..kembali suda teratak suri..ehehe..
    sorry ye..chii x dpt nak membntu sgt time suri tanya2 b4 this sebab chii sendri pun kwn yg settlekan..pastu kwn chii sendiri kata..virus yg serang blog suri ni..sgt kuat..sampai dia xmampu nak lawan..

    tp takpe..krg ni da ok..welcome back :mrgreen:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>