As-salam untuk semua sahabatku..
Begitu pantas masa yang berlalu tanpa sedar hanya tinggal 8 hari sahaja baki yang bakal meinggalkan kita pada bulan oktober ini. Masa itu sungguh pantas bukan. Dalam helaian tawa, senyum duka bercampur kecewa pasti sedikit sebanyak ia telah melakar indah dalam kehidupan kita.
Moga- moga perkara yang baik akan dapat kita manfaat untuk diri kita sendiri bahkan untuk orang di sekeliling kita jua. Bagi perkara yang kurang baik pula kita masih boleh memperbaiki lagi kelemahan kita agar kita akan menjadi seseorang yang lebih baik dari itu nanti. Insyallah.

Pagi jumaat yang indah ini Suri ingin kongsikan sebuah lagu nasyid kumpulan Raihan buat tatapan sahabat semua.
Tajuk lagu tersebut “Sesungguhnya“. Semoga segala isi dalam lirik lagu tersebut akan membuahkan rasa CINTA kita kepada Maha Pencipta.
Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga
Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga
Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri
Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar
Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah
Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu
Senilagu& Senikata:Nazrie Johari
Hakcipta Senilagu% Senikata: Raihan Cipta S/B
p/s: Al-Fatihah buat salah seorang kumpulan mereka yang telah pergi ke ramahtuhuallah.
lagu ni den pernanh nyanyi persembahan nasyid dulu
.-= suffer8zine´s last blog ..UFO di China =-.
lagu2 nasyid raihan memang baik
suka lagu ni
.-= tehr´s last blog ..Perempuan Tak Suka Lelaki =-.
lirik lagu ni macam puisi…syahdu sangat
lagu ni dok evergreeen sampai skrg. raihan mmg terrrrbaek!
.-= gadisbunga´s last blog ..OBBK- Singa yang baik hati =-.
Suka raihan tapi diaorg ni sangat kurang aktiviti di dalam negara. Dah masuk kategori artis antarabangsa.
.-= Norasikin´s last blog ..Resepi Kuih Kasturi =-.
Lagu Raihan memang best2 hehe
.-= Syafrizal´s last blog ..Jelly Gamat HPA dan khasiatnya =-.
Muhasabah diri.
tapi ramai yang dengar lagu hanya pada melodinya sahaja, tapi lupa untuk untuk menghayati liriknya
.-= dnoBiz´s last blog ..Tok BoMoh Power – Akhirnya Sempurna =-.
lagu dari kumpulan Raihan memang terbaik
tak jemu dengar dari dulu sampaila sekarang
.-= wazy´s last blog ..Review Proton Inspira =-.
aku kenali raihan sejak belum lagi membuat album.. antara bekas2 anggotanya adalah member2 aku sendiri (dulu ramai)… pertama kali dengar persembahan derang di UKM bangi satu masa dulu… sampai sekarang tetap respek diorang… teruskan usahamu raihan…
suara nazri tu memang merdu. dengar lagu ni wat muhasabah diri pun layan gak..
.-= dedoku´s last blog ..Skype 5 Muncul Dengan Fungsi Integrasi Facebook =-.