Doa Taubat

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Salam jumaat  pembukan bicara..

Suri menyusun sepuluh jari pada yang sering berkunjung ke mari namun tiada entri di terbitkan di laman blog ini. Sebenarnya banyak perkara yang ingin Suri perkatakan selama enam hari ketidaan Suri di maya namun insyallah rasa mengulit rindu tetap hadir tapi hanya Tuhan yang tahu betapa gersangnya tanpa maya di sisi apatah lagi rindu tagih pada Pencipta.

Oh sahabatku..

Sejurus mendapat laptop kesayangan hamba ini terbit di birai hati ini kongsikan sebuah doa taubat Madrasah Al Junied buat kalian semua. Ayuh sahabatku mari kita membaca dan merentasi doa ini bersama-sama..

Ilaa hilaastu lil Firdausi ahla, walaa aqwaa ‘alaa Naaril Jahiimi. Allah, fahablii taubatan waghfir dzunuubii,fainnaka Ghafirun dzambil ‘adziimi

Ilaa hilaastu lil Firdausi ahla, walaa aqwaa ‘alaa Naaril Jahiimi. Allah, fahablii taubatan waghfir dzunuubii, fainnaka Ghafirun dzambil ‘adziimi

Tuhanku aku tidak layak
Untuk syurgaMu
Tetapi aku tidak pula
Sanggup menanggung
Seksa nerakaMu,
Dari itu kurniakanlah
Ampunan kepadaku,
Ampunkanlah dosaku,
Sesungguhnya Engkaulah pengampun
Dosa-dosa besar……..

Tuhanku aku tidak layak
Untuk syurgaMu
Tetapi aku tidak pula
Sanggup menanggung
Seksa nerakaMu,
Dari itu kurniakanlah
Ampunan kepadaku,
Ampunkanlah dosaku,
Sesungguhnya Engkaulah pengampun
Dosa-dosa besar……..

Ilaa hilaastu lil Firdausi ahla, walaa aqwaa ‘alaa Naaril Jahiimi. Allah, fahablii taubatan waghfir dzunuubii, fainnaka Ghafirun dzambil ‘adziimi

Ilaa hilaastu lil Firdausi ahla, walaa aqwaa ‘alaa Naaril Jahiimi. Allah, fahablii taubatan waghfir dzunuubii, fainnaka Ghafirun dzambil ‘adziimi.
..Maafkanku sahabat semua kerana berdiam diri. Insyallah ada rezeki kita bertamu lagi.
Share
Artikel lain yang best-best :

20 thoughts on “Doa Taubat

  1. Dulu…satu ketika dulu, masa tu sekolah menengah…nak study kat surau kat umah…doa ni la yg aku dan kengkawan baca sebelum azan subuh…..

    #Cuti lama…membako lemang kerr….hehehe

  2. semasa saya duduk asrama dulu doa ni la yg selalu berkumandang, sayu jer dengar, saya cari juga doa ni tapi x jumpa, thanks suri kerana mengingatkan saya pasal doa nih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>