As-salam untuk semua sahabat-sahabatku.
Rasanya tiga minggu yang lepas kita belajar tentang Doa Ketika Memakai Pakaian, Doa Ketika Memakai Pakaian Baru dan Doa Ketika Menanggalkan Pakaian Dari Badan.
Hari ini pula Suri ingin mengajak kawan-kawan semua mempelajari Doa masuk tandas dan doa keluar dari tandas pula. Di kesempatan yang ada ni juga Suri kepilkan sekali surat tawaran kerja tentang adab -adab masuk tandas kepada semua.
Sungguhpun ramai yang dah tahu, atau ramai yang dah ingat-ingat lupa, ada yang malas nak ambil pusing 360 darjah Suri tetap jua nak sampikan ilmu ni kepada semua. Semoga setiap apa yang kita lakukan akan diberkati olehNYA. Ayuh kita membaca sambil menghafalkannya bersama-sama
Ertinya: Dengan nama Allah, Ya Allah sesungguhnya Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan-syaitan.
Ertinya: Segala Puji bagi Alllah yang telah menghilangkan apa yang menyakitkan aku dan menyihatkan diriku.
Adab -adab masuk tandas
1-Dimulai masuk dengan kaki kiri dahulu.
2-Di akhiri keluar dengan kaki kanan.
3-Anda tidak boleh membawa sebarang ayat-ayat suci Al-quran sewaktu berada di dalam tandas.
4-Anda digalakkan duduk bertinggung kekiri ketika menunaikan hajat.
5-Sewaktu anda ingin membuang hajat seharusnya dielakkan dari menghadap atau membelakangi kiblat.
Haram sekiranya bagi yang menunaikan hajat di kawasan lapang dan tidak tertutup seperti di padang pasir atau hutan,menghadap atau membelakangi kiblat.
Makruh bagi yang menunaikan hajat di kawasan bandar dan sempit seperti di rumah.
6-Sebaiknya menunaikan hajat di kawasan yang jauh dari orang untuk mengelakkan bau yang kurang menyenangkan.
7-Sewajarnya anda haruslah memilih tempat yang tertutup dan tidak dilihat orang untuk mengelakkan diri anda menjadi mangsa intai.
8-Anda tidak digalakkan menunaikan hajat ketika:-
-keadaan dalam air yang tidak bergerak atau mengalir,
-keadaan dalam lubang yang tidak diketahui isinya,
-tempat yang berangin,
-tempat berkumpul manusia,
-di jalanan,
-dibawah pokok berbuah
9-Anda tidak digalakkan bercakap ketika sedang membuang hajat.
10-Anda tidak menggunakan air yang bertakung dibawah atau dilantai tempat menunaikan hajat untuk bersuci.
11-Selesaikan hajat dan tidak menangguhkannya lama-lama.
12-Tidak lupa membaca doa ketika masuk dan keluar.
Diterjemahkan sepenuhnya dari kitab minhajuttolibin yang diajarkan oleh sheikh a’la di masjid a’mru bin a’ss di assofirah,iskandariah mesir.
ilmLu tambahan dari Suri..
13-Memakai selipar khas sewaktu masuk ke dalam tandas takut nanti terpijak najis dan sebagainya.
14-Menutup atas kepala dengan sehelai kain. Manalah tahu nanti cicak pula yang bakal berak kat atas kepala kita. hehee
INGAT! Jangan lupa yea kawan-kawan
dah tahu mesti buat yer





adab yang no 6 tue…
mana la nak cari tempat yang jauh tue…
.-= maslinamansor´s last blog ..Super Junior lagi =-.
diriku..
adeh maksud disitu kena buang hajat kat tandas le..kan jauh dari bau..dri org ramai hihih..
JAdi ingat waktu kecil
seceduk kasihmu..
terus amalkan ya
berkunjung dan bersilahturahmi
salam sahabat terima kasih sebab datang ke sini..
huhu…nas nie kadang2 bace doa masok n kuar tandas…tp biasenyer lpe…ehehehhe…xper2..nanti akanku amalkan pasnie….:)
.-= nash´s last blog ..penat semalam melarat sampai hari nie =-.
aman damai..
hahaa..lupa lagi..balik ni mkan kismes tau .hehee
mase sekolah..cikgu dan mak ayah selalu pesan doa2 mcmni..hehe
telatah cinta..
esar lupa palk adehhh..
bagus ni..amalkan selalu
melodi kasih..
harus di buat pasti pahala tu akan kita dapat..
thanks info ni yek.. memang patut diamalkan buat kita bersama..
.-= Mr.Z´s last blog ..Ranking Website Paling Popular di Malaysia! =-.
rama-rama..
sama-sama kembali..
selalu dibuat maka akan inglah nnti heee
selamat beramal semua..terus terang.. ada terlupa 2 perkara… terima kasih mengingatkan..
.-= zik´s last blog ..Mengharap rezeki ramadhan =-.
salam seislam..
hehe..kita sering terlupa maka adanya sahabat dia bisa mengingatkan kita kmbali…
sebenarnya ..nak wat apa pun ada tertibnya…termasuk lah nak ke tandas… mungkin ada yang dah tahu…ada yang belum… selalunya lupa nak ikut benda-benda tu semua… cam ner pun terima kasih kerana mengingatkan !!!
.-= bujang3´s last blog ..Mood turun naik ketika ber”blogging” !!!! =-.
sama-sama sahabat..
setiap yang dibuat ada himkmahnya.semoga kta akn mjdi tertib dlm setiap pergerakan kita heee
InsyaAllah akan saya amalkan
temimakasih sahabat
.-= aby´s last blog ..The Last Song 2010 DVDRip =-.
si pria..
Buat ya kawanku..
sama-sama kembali..
Salamz Suri,
Sejuk je hati masuk weblog Suri nie. hehehe.
Best baca artikel2 Suri.
Post la lagi ek? Sebab dah subscribe senang sket.hehe.
seindah tawamu..
ya suri pun dah jadi pembaca setia anda disana.
semua maklmuat jer kawan..semoga adanya ilimu ni kita akan jadi lebih perhatian pada kedaan sekeliling kita
Salam suri..walaupun ia hanya doa kecil tapi ada juga sesetengah org yg tak tahu.
Bagus suri kongsi semua ni, tulis apa pun jng fikir org tahu atau tak dlm 10 org yg baca mana la tahu 2 org tak tahu kan? pahala tu…
.-= ashraf´s last blog ..Kenali Penulis TunAshrafCom =-.
sejambak kasih untukmu..
benar tu kawan. mana tahu ada budak2 sekolah rendah sibuk mencari ilmu nie ke sapa tahu hehee..
pakai tutup kepala tue pun rasanya ada disebut dalam buku agama..tapi tak ingat dah sebab ape…
saya nak tambah..
jangan merokok dalam tandas…nanti bau asap rokok bergabung dengan bau najis..haha..
Pelukan rindu..
haha..betul tu..klu suri sure pening and mabuk asap dl tanda tu adehhhh
xbley berckp ek?. kalu tngh meneran ckp adihh. ergghh. hahahaha. xpe kn?
my sweet..
nak syok sendiri mesti boleh tapi pastikan org tak derg kat luar dah le heee
adat no 6 kalau orang dulu2 pegi celah belukar… kalau kat kebun kena blasah dengan orang tua…
.-= mancai´s last blog ..rangkaian sosial wakoopa =-.
Langkah seiringan..
hohoh..tahu tak per dulu mmg gtu jmaban pon tak der..skr dah tak cam dulu lagi..klu budak ok lagi ko heee
Doa2 ini patut diamalkan dalam kehidupan seharian kita sebagai orang islam..tapi ramai juga yang tidak tahu doa2 dalam islam ini..
.-= Thoha´s last blog ..Tiga Perkara Yang Mesti Dijauhi =-.
itu kamu..
masa sekolah agama mmmg di ajarkan.tapi banayk dari kita dah pelupa adehhhh..
no yg last sekali tu ustaz sy ada cakap..
sebaiknya bawa tisu dn tutup kepala..takot2 setan kencing ats kepala, so kalau kita keluar2 masuk2 tak lama la tu..rasa benak je kepala otak..
p/s semua info bagus, thank kongsi
kenyataan cinta..
ada gak ustazah cakap..benar ke tidak Allah saja yg tahu.apa yg penting doa jgn dilupa heee
bestnya semua nie dh amik untuk persedian exam
salam kawan
Alhamdulillah semoga lebih suksek lagi
terima kasih sahabat sebab sudi tinggalkan komen di blog suri. ada amsa datanglah lagi ya
thanks sbb ingat kan
insyaallah akn diamalkan…..