Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Sambungan pada bahagian yang pertama. Ini adalah bahagian tafsir Al-Quran surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut.
Ayat-ayat tersebut adalah:-
Surah al baqarah 2;1-6
[1]Alif, Laam, Miim.
[2]Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
[3]Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
[4]Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
[5]Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.
[6]Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.
Surah al baqarah 2;255-257
[255]Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
[256]Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
[257]Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
Surah al baqarah 2;284-286
[284]Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
[285]Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.
[286]Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.
Sumber: http://www.alquran-melayu.com/2-al-baqarah/ dan siaran televisyen tanyalah ustaz.
elok sangat kalau kita dapat tahu makna apa yang kita baca
memang lebih mujarab
benar tu bro..mudah faham apa isi yg terkandung d dalamnya.
satu lagi ia mampu meningkatkan keimanan kita….
ya. benar tu salah stu kuatkan dinding keimanan kita
rajin-rajinlah baca setiap hari ye..jangan lupa plak..kalau leh tak lupa makan dan minum, takkan baca quran pun leh lupaa…
Baik titan. hehe
titan..
nak baca blh nak pedegarkan pada komputer dan laptop blh ajae..or bukak kat radio heee..
klu syaitan dengar bacaan surah ini sllu dia akan lari lintang pukang…
Ahmad K
ada masa blh sahaja..dimana jua asal jgn dlm tandas udh le.
orang selalu akan abaikan perkara ni dan juga ilmu ni…cuma bila dah terkene baru nak teraba2 mencari..sama jugak ngan aku suri…selalu alpa…
Boleh diubah sikap tu yop. teman pun nak ubah sikap jadi lebih positif terutama dalam beribadah pd yang Maha Esa.
yas..
jgnlah cam tu kita cipata mmg lemah segalanya..tiada kuasa yng kuat selain dariNYA.
sama-sama baiki diri yang baik d teruskan yang tak d tinggalkan.
Ahmad K
bangun tengah malam kena hati kuat dan waja huhuhu…
Terima kasih suri berkongsi doa2 pilihan.
Ternyata Kalam Allah ni satu mukjizat yg takde tolak bandingnya
Sama2 kita beramal, moga sentiasa dalam rahmat Allah jua…ameen
syukur sahabat..
kalam Allah tidak akan pernah surut..selahi ilmua da blh sahja kita cedok dan mempelajarinya bersma-sama.
Terima kasih Pn Suri di atas perkongsian ini.
Mudah2an jika ayat2 ni dijadikan sbg amalan, kita tak terkena sihir.
sama-sama..
ada kisah dia baca surah ini setiap hari berkali2 badan dia terasa panas.. segerlah besolat taubat dan carilah pusat perubatan dgn segera utk krlan benda yg ada dlm badan tuh huhu…
sy cuma mmbantu apa2 yang di perlukan shaja.
Terima kasih sahabatku Suri…..
terima kasih banyak2…….
sama-sama sahabat..
semoga tenang mengharungi dugaan ini.Amin.
Selalunya kita tak tahu kita disihir. Elok kalau dibincangkan tanda2 disihir
tanda2 sihir bayk juga tapi tu ar nnti org kata saya mandai2 jer huhu..