Assalamualaikum sahabatku sekalian..
Harini Suri membawakan sahabat semua untuk sama-sama membaca Doa Awal Tahun Dan Doa Akhir Tahun.
Sebelum sahabat semua membacanya sebaiknya kita ketahui dahulu bahawa doa akhir tahun ini dibaca 15 minit sebelum masuk waktu magrib manakala doa awal tahun pula di baca selepas waktu magrib.
DOA AWAL TAHUN
Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

DOA AKHIR TAHUN
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:”Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Disini jua Suri ingin mengambil kesempatan untu mengucapkan Selamat Tahun Baru 1422H kepada semua pembaca setia dan bloger di blog cahayacinta.com ini. Semoga kehidupan kita akan menjadi seorang muslimin dan muslimat yang diredahi olehNYA selalu. Amin.


Puan Suri..
Salam maal hijrah 1432H..
harapan semoga hijrah tahun
ini lebih bermakna dari tahun
tahun sebelumnya..
.-= zulkbo´s last blog ..Selamat Tahun Baru 1432 Hijrah =-.
salam sahabat..
harap2 bgtulah hendaknya Amin.
Salam maal hijrah..=)
.-= sazuwi´s last blog ..Baru- Saluran TV Al-Hijrah =-.
salam untuk sahabat jua,,
Salam maal hijrah juga.
.-= Hadi Rofiee´s last blog ..Tahun Baru 1432 Hijrah =-.
selamat tahun baru islam
salam maal hijrah
moga2 kita dapat melaksanakan segala tanggung jawab sebaiknya
itulah yang diharapkan oleh kita semua..
insyallah tahun baru nie.. sudah bekerjaya…
.-= zik´s last blog ..Cara untuk merawat cirit birit =-.
Alhamdullilah jika zik dah dapat job
selamat tahun baru … azam berazam.. maaf lambat wish…
salam maalhijrah jua buat suri;-)
semoga kita dapat upgrade diri kita untuk menjadi mukminah sejati:-)amin ya rabb alamin
.-= humbleyat´s last blog ..Bantuanku diperlukan- Sambung Bicara Di Mahkamah Sesyen! =-.