Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Hai kawan-kawan jumpa lagi kat sini.
Lalala..aCHomm!! aaaChoM!! Alhamdulillah. Mahu juga tiga hari berturut-turut Suri berkeadaan begini.
Sungguhpun ditenggelami dengan lambakan kerja dipejabat namun tegarkan hati untuk berkerja hari ini juga dan update blogspot seperti biasa hee.. Berharap badan Suri akan dapat bertahan sehingga ke petang. Amin.
اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ ،وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ ، وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
Maksud :Ya Allah aku berlindung denganMu daripada kegelisahan, kesedihan, kelemahan, kemalasan, kebakhilan, pengecut, bebanan hutang dan kongkongan orang.
( Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)
Setiap insan yang waras dan sihat akal fikirannya tidak dapat lari daripada masalah dalam mengharungi kehidupan sama ada masalah berkaitan dengan kerjaya, harta, keluarga, masyarakat dan sebagainya. Namun Rasulullah telah membekalkan kepada kita satu doa yang ringkas tetapi merangkumi kesejahteraan untuk jasmani, ruhani dan emosi. Di sini dinyatakan pendapat ulama tentang beberapa ungkapan yang berkaitan dalam doa tersebut.
Imam al-Taymi berkata : الهم ialah perkara yang membimbangkan menyibukkan hatiseseorang. Kebiasaannya ia adalah perkara yang akan berlaku atau sedang dihadapinya. Sementara الحزن berkaitan dengan perkara yang telah berlalu yang menimpanya. ( Syarah Abi Dawud : Abd Muhsin al-Abbad )
Imam al-Nawawi berkata : العجزialah ketidakmampuan untuk melakukan kebaikan dan dikatakan juga ia bermaksud meninggalkan perkara yang wajib ke atas seseorang dengan menangguh-nangguhkannya. Adapun الكسل pula ialah jiwa yang tiada kecenderungan untuk kebaikan serta kurang kegemaran untuknya pada hal dia mampu melakukannya.( Tuhfat al-Ahwaziy)
Bersama kita amalkan doa yang menjadi amalan Rasulullah saw ini agar ia memberikan kepada kita kekuatan yang luar biasa dalam menempuh ujianNya yang serba mencabar pada masa kini.
