Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku..
Ikuti kisah yang Suri lampirkan ini melalaui hasil tulisan Farah Nadhirah Liew. Semoga sorotan kisah ini dapatlah kita jadikannya pengajaran dan pelajaran bersama-sama.
“Rimas juga, dan rasa berat sebab mula-mula itu tidak pandai memilih jenis kainnya,” akui Puan Siti Fatimah Ladda Abdullah, 42 ketika ditanya pengalaman pertamanya memakai tudung 15 tahun lalu sewaktu mula-mula memeluk islam. Maklumlah katanya, setelah 20 tahun mendedahkan rambut, tiba-tiba hendak menutupnya, tentunya rasa tidak biasa.
Bagaimanapun, bagi Puan Siti Fatimah Ladda Abdullah yang kini bergelar ustazah, dorongan kata-kata nasihat dariapda seorang kawan, masih tersemat di dalam hati:
“Panas di dunia, panas lagi di akhirat nanti. Tudung ini umpama payung yang melindungi kita daripada kepanasan yang berjuta-juta kali ganda di akhirat nanti.”
Setelah mengorak langkah pertama, ustazah Puan Siti Fatimah Ladda Abdullah berminat pula memakai tudung labuh atas dorongan dari dalam diri hasil melihat ramai rakannya mengenakan tudung labuh.
“Saya berasa selesa dan selamat ketika memakai tudung labuh,” kata beliau, yang memperolehi kekuatan untuk mengenakan pakaian yang sempurna menutup aurat setelah mempelajari tuntutannya melalui ceramah, bahan bacaan dan hasil berfikir sendiri tentang hikmah di sebalik ketetapan yang diwajibkan oleh Allah ini.
Ustaza Puan Siti Fatimah Ladda Abdullah yang berasal dari Bangkok, Thiland, kini berkhidmat dengan PERKIM Kebangsaan Selaku Pegawai Dakwah dan Kebajikan. Katanya pemakaian pakaian tudung menutup aurat yang diserati adab-adab dalam pergaulan sesam lelaki perempuaan membuatkan beliau rasa selesa dan berasa dihargai serta mempunyai harga diri.
Pesanan beliau buat wanita islam: “Hargailah diri kita dan tuntutlah ilmu islam kerana ia adalah tuntutan yang wajib bagi seorang islam.”
Kisah ini disampaikan bukan untuk membanggakakan individu tersebut tapi mengajak sahabat-sahabat semua berfikir lebih jauh dari sudut kebaikan memakai dan mentup aurat. Suri berharap agar sahabat yang membaca kisah ini tidak tersinggung setelah membaca kisah diatas kerana bagi Suri mengajak orang berbuat kebaikan, saling ingat mengingati itu merupakan satu perkara yang penting dalam mengembangkan syiar islam itu sendiri.
Dan katakanlah kepada wanita yang beriman agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya,dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa terlihat. dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan auratnya..surah an-Nur : 31
Selamat beramal

malulah kan kalau org islam sndiri yg islam sejak lahir tak bertudung..rugi sungguh..kalau tak biasa, mmg berat je rasa tdung tu..tp kalau tak ambil langkah pertama, smpai bila2 kita takkan pakai tudung..
rasanya lagi manis klu anak2 gadis melayu kita bertudung..tp kalau nak pakai biarlah ikhlas & bkn kerana terikut2..
dila
harap langkah pertma akan d mulai dari sekarang..jika tak sampai bila lagi..
nadri
begitulah hendaknya..niat baik lahir dari hati bukan paksaan klu tak pakai tudung pun cam tak ikhlas..
perkara yang mudah jadi susah huu…
Orang yang merima cahaya hidayah berbeza dengan orang dilahirkan didalam islam kerana mereka ini mencari jawapan dan kita pula take for granted. Oh, minta jauhkan saya mahu jadi good muslim
akubiomed
saya melihat mualaf rasa terkedu bila melihat mrka lebih kusyuk dlm mendalami islm berbanding dg org kita..
kesal sungguh…
kadang-kadang mualaf lebih bagus daripada yang sudah lama memeluk Islam…
syaf
hee ada juga benarnya tu
Setuju dengan Suri tu, tudung ni umpama payung,bukan sahaja untuk mengelakkan kepala dari kena hujan…=) tapi juga untuk melindungi diri di akhirat nanti…
Bukanke comel kalau perempuan pakai tudung, jadi kenapa yg masih tidak memakai tudung ni kan..tapi nak cakap pun takut salah plak..terpulang masing2 la kan..hehe
pompuan bertudung memang comel kan? Semua pompuan kalau pakai tudung akan kelihatan comel
brozool
semoga org yang pakai tudung paham mengapa kita d wajibkan memakainya..
jika tak mahu pakai nak paksa tiada gunanya..moga pintu hati akan terbuka hendaknya.Amin
kak nora
tutup mana yang patut mmg sejuk juga maat yang memandang..klu terbuka alahai sakit mata nih
isyh..isyh..
Perempuan pakai tudung pun comel. Saya akui ketika pengalaman di Dubai dan Lubnan 2 tahun lepas.
akubiomed
wajah mulus..putih berseri buat hati melihat damai sllu
mujur bro dah kwin ekekee..
kak suri, tengok mesej di FB!!!
woittt…
ada pesanan da..
ermmm..meriaahnya
dila
sini jadi hamparan pesan heee yah!!! aku datang tuggu yah
zul
igt couple jer ker blh bermuka2 kami blh ar..er tapi yag baik2 jer heeeee
kami cam adik beradik
terima kasih untuk perkongsian. untuk die ada kawan yg menagajak. benarlah ada org kata, kita adalah siapa kawan kita, kalau dapat kawan yg baik, untung sebab selalu dapat galakkan buat sesuatu yg baik.
ps: ada gak tgk beberapa rakan yg cuba2 pakai tudung labuh, harap mereka istiqamah
sama-sama sahabat affan..
saling ingat pada diri sendri dan berpesan-pesan..
ya ada kwn baik kita akan kearah kebaikan..klu dapat kawan yang kurang baik kita gak akan mudah terjerumus ke lembh kemungkaran..
Alhamdulillah jika dia memilih arah tu.Syukur moga pilihan yang di buat akan kekal ke akhir hayat.
Bukan senang hendak menukar imej bertudung, selalu beri galakkan janganlah pula perli atau pandang sinis. Sekurang-kurang ada usaha untuk berubah walaupun perlahan
akubiomed
benar tu bro jgn sinis tapi megajak dan nasihat lbuh baik
paksa2 tak guna apapun nak berubah biarlah dri hati…
bertudunglah kalian sebelum kalian ditudungkan..
kasi nasihat camtu pd mrk2 yg xmo bertudung..ok tak…ehehe
saat geram melihat bgtu rasa itulah ayat yg terbaik untuk mereka..
cik chii pakai tudung sambil di gayalan dgn cermin mata mmg cun ar heee…
mana bli spek mata tuh suri nak heeeee
Err tudung apa Chii? Tudung saji
akubiomed
kat melaka byk gak jual tudung bgtu heeee
adalah tu nak melawak huuuu..
payung ke akhirat juga…
moga selamat bila d hitungnya kita..
Salam.
Mula-mula memang betul rasa tak selesa. Harap-harap dah lama-lama OK kot.
Terima kasih Suri kerana berkongsi ilmu.
sama-sama kawan..
saya doakan semuanya skli
nampak cantek lagi kalu pakai tudung ehhh…
Tapi kalu ada yg tak nak tok sah lah main paksa2.. sikit2 nasihat cam stail blog ni, insya-allah… terbuka hatinya nanti:D
sekadar mmberi sokongan..mendoakan agar terbuka hatinya..
Salam.
Saya pakai tudung dengan ikhlas, tanpa paksaan dari mana-mana pihak, hehehe
cantik juga zenzebel bila
bertudung..menyesal tak tackle dulu..
he he..la la la..
zezebel
ayu bertudung teruskan yah..kami suka melihat anda begini
bro zul
haa asal lambat kas dahs terlepassssss..
Memang comel Zezebel apabila bertudung
Macam mualaf pun ada
akubiomed
klu kena caranya mmg cantikkan
Sangat ayu lihat gadis bertudung merah itu…labuh tudung…penyejuk dimata penawar dihati..
tudung merah tiada tudung pink adalah heee..
salam..
alhamdulillah..
perkongsian yang berguna
dunia dan akhirat..
salam..
mana yang penting harus di kongsi tiada niat lain hanya sebagai peringatan sahaja sahabatku..
Ramai antara kita sekarang mengenakan tudung sebagai pelengkap sahaja. Tapi syarat memakainya tidak dijaga dengan sempurna.
tulah masalahnya cik tira..bila pakai rasa bigung pulak ini ker caranya memakai tudung huuu..
lalu diam…klu byk ckp org tak suka huuu..
Kalau pakai tudung sebagai ikutan atau budaya susahlah. Kalau di Eropah pun ada golongan wanita disana memakai tudung kerana berfesyen
akubiomed
ikut fesyen tu payah hu…godaan tu godaan …
masih ramai di luar sana yang belum bertudung.. kita doakan mereka semua mendapat hidayah ALlah..
semoga cahaya akan terbuka suatu hari nnti..
Tak perlu paksa2. biarlah hati mereka terbuka dgn sendirinya. Mana tahu, dgn tsiarnya lebih byk artikel2 spti ini boleh mbuatkan golongan itu berubah ke arah yg lebih baik
mekar..
terima kasih kakak kerana mmberi suri sokongan atas artikel ni ..
lagi semangat utk berdakwah ni hee..sekadar mana yg mmpu..
budak sekolah agama bertudung labuh, walaupun ada yang terpaksa, diharap ia menjadi kebiasaan
biasalah tu lama2 klu di terpkan smpi sek men..bjlar harap di kekalkan bgtu
kita doakan yang terbaik, moga mereka mendapat hidayah.. amin
sama-samalah kita memdoakan mereka.Amin
hukum memakai tudung mmg wajib kerana menutup aurat…tp janganlah memakai tudung, pakai pulak pakaian yg menjolok mata..tengok sahaja skrg nie, blh kita lihat senario ini dimana2…
Tu satu lgi trend terutama pelajar ipt. Pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek. Lagi teruk, pakai baju ketat. Ada lagi teruk, pakai baju pendek nampak spentot
nadri
itulah yang buat kita yag memandang menggaru kepala yang tak gatal berkali2 heee..
cara dah di ajar tapi asal tak betul2 lagi pakai tudung huu..
saya sendri sedih..
kak nora
haaaaa..mmg benar tak usah di sangkal lagi…
perkara yang terjadi mmg akan terjadi bila kena kacau ..ggu salahkan org llki..padahal dri sndri pakai tak cukup kain ahai….
bukan pelajar aje kak. mak-mak budak pun ramai buat lagu tu. mr suami tak prihatin ke
mekar
rasanya mungkin ada ambil berat tapi diam jer kot..or bangga bila isteri bt bgtu heeee..
klu takut msti tak bt bgtu hee
Budak sekarang pakai tudung masa kat sekolah je. Tudung tu hanya dianggap uniform je dan bukannya payung di akhirat
budak2 sek mmg bgtu masa suri sek menangah mmg ada antara mrka buat bgtu..
tak salah andai suri katakan perkara tu mmg wujud sejak azali lagi..
Semoga bertudung bukan sekadar hanya menjadi ikutan atau satu fesyen shj…..
pakailah kerana takutkan hukum Allah..
tutup bahagian hadapan dada..lebih molek biarlah labuh..tidak mau jadi mgsa pakailah pakaian yg longgar ..itu kan salah satu cara pemakain islam yg disarankan
Pakai tudung jangan jadi chipsmore. sekejap ada sekejap hilang ! Spt dlm komen sya yg lepas, fesyen tudung sekarang semua cantik2 dan mavelous(belit sana sini) tapi leher, rambut, dada & bentuk badan semua jelas kelihatan. Semua adik2, wanita2 kena prihatin ya
tu yang menyakitkan ank mata..
harap pasni kakak dan saya berusaha berdakwah arh tu heee
Bagus artikel ni
memang rugi kalau tak pakai tudung
kadang-kadang terjumpa di dalam laman web sosial seperti facebook,bergaya sakan tanpa mengenakan tudung,padahal dah cukup elngkap dengan baju kurung dan sebagainya,cuma kurang satu je iaitu bertudung
itulah masalahnya bro..apa nak jadi kita pandang sambil mengeleng…
di tegur kata jaga tepi kain pulak..kita doakan shja ya..
mencegah dengan tangan tak dapat, cegahlah dengan lisan, dan jika sekiranya tak berjaya, maka cegahlah dengan hati…dan itu adalah selemah-lemah iman
Tanda akhir zaman apabila wanita berpakaian seolah-olah berbogel
saya takut bila ustaz ustazah berkata bgtu..
wanita dan aurat tu harus d pandang serius..
doa saya moga pintu hati mrka akn terbuka satu hari kelak.Amin.
bertudung yang menutup sepenuhnya adalah lebih cantik daripada yang bertudung menutup rambutnya sahaja…
yg sebaiknya tak semua org nak buat huhu…
terkejut sy tgok komen first tu..rupa2nya entri lama
hee lama punya yank
Saya suka wanita bertudung labuh, cantik(walaupun xcun), ayu(walaupun agk kasar), menyejukkan mata memandang(walaupun hari panas)… Saya nak kahwin dengan wanita bertudung labuh lah
!!! Siapa sudi
? Tahun depan saya baru nk start cari calon.. Tahun ni masih cuba untuk meng’sederhana’kan ekonomi
.. InsyaAllah BOLEH!!!
boleh kalau ada yeng berkenan..skrg byk pakai jenis sarong heeee. nak labuh blh cari tpi sush sikit nak jumpa heee
semoga ketemu jodohnya ya amin
InsyaAllah.. Amin..