Tiang Pompeii _Kota Maksiat Part III

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Mood ingin menulis panjang tiada cuma untuk memulakan sesi rancakkan jari menekan keyboard membuatkan hati berkata-kata alangkah baiknya andai  entri tiang Pompeii_Kota Maksiat pencarian ilmu diteruskan lagi. Hari ini Suri tidak ingin berbicara panjang cuma ingin menyelitkan beberapa dokumentari tentang  Nabi Luth dan kaumnya Sadum.

Semoga gambaran yang Suri ceritakan pada bahagian-bahagian yang sebelumnya dapat memberikan gambaran jelas buat pembaca sekalian. Insyallah ada rezeki ilmu yang lebih dan masa mengizinkan kita akan sambung lain entri lagi.

Bagi memberi pengiktibaran dan petunjuk kepada umat manusia, Allah s.w.t. telah memberi peringatan berulang kali tentang balasan buruk ke atas kaum Nabi Luth ini. Iaitu menerusi 82 Ayat dalam 14 Surah. Antaranya ialah 16 Ayat dalam surah Asy-Syu`ara iaitu ayat:160-175.

Dalam ayat:160-164, Allah mengisahkan langkah dakwah Nabi Luth menyeru kaumnya supaya mematuhi perintah Allah serta menjauhi larangan-Nya. Nabi Luth mengecam kelakuan dan perbuatan mereka yang keji khususnya amalan liwat atau homoseksual. Seterusnya dalam ayat:165-168, Allah s.w.t. merakamkan sebahagian dialog antara Nabi Luth dan kaumnya. Maksud ayat-ayat ini:

(165 ) “Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia;
(166) “Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu ialah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)”!
(167) Mereka menjawab: “Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Luth (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!”
(168) Nabi Luth berkata: “Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu”.

Bagaimanapun Kaum Luth bukan sahaja menolak dakwah Nabi itu malahan mengugut untuk mengusirnya dari negeri Sadum. Akhirnya Nabi Luth bertawajjuh kepada Allah memohon supaya menyelamatkannya beserta keluarga dari kebinasaan yang akan ditimpa ke atas kaumnya. Lalu Allah menerima doanya itu dan membinasakan kota Sadum.

Kemudian ayat-ayat seterusnya menggambarkan balasan Tuhan terhadap Kaum Nabi Luth, sebagaimana maksud ayat:172-173:
(172) Kemudian kami hancurkan yang lain (dari pengikut-pengikut Nabi Luth)
(173) Dan kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran.

Balasan azab Allah ini juga disebut, dalam beberapa ayat yang lain. Antaranya ayat:34 surah Al-‘Ankabut yang menerangkan tentang kedatangan utusan Allah iaitu malaikat-malaikat untuk membinasakan penduduk Sadum. Firman Allah maksudnya: “Sesungguhnya kami (diutuskan) untuk menurunkan atas penduduk bandar ini azab dari langit, disebabkan mereka melakukan kejahatan (kufur dan maksiat)”. Maksud ayat ini menggambarkan pemandangan kebinasaan yang menimpa negeri itu dan penduduknya kecuali Luth dan keluarganya yang beriman sahaja. Besar kemungkinan peristiwa ini ialah peristiwa ledakan gunung berapi yang telah menunggang balik negeri itu dan menurunkan hujan batu semasa ledakan gunung-gunung berapi ini(2).

Peta Laut Mati

Laut Mati

Kuasa Tuhan_Kandungan garam yang terlalu tinggi menyebabkan manusia boleh terapung atas air.

Kesan-kesan kemusnahan khususnya di Tasik Nabi Luth atau dikenali sebagai Laut Mati itu masih kekal hingga ke hari ini dan menjadi bukti kekuasaan Allah bagi mereka yang merenunginya disepanjang abad, sebagaimana firman Allah s.w.t dalam ayat:35 surah Al-‘Ankabut maksudnya:“Dan demi sesungguhnya! Kami telah (binasakan bandar itu dan telah) tinggalkan bekas-bekasnya sebagai satu tanda (yang mendatangkan iktibar) bagi orang-orang yang mahu memahaminya”.

Inilah untung nasib kesudahan yang tabi’i bagi generasi manusia yang keji dan rosak akhlak. Mereka tidak lagi layak hidup untuk melahirkan keturunan. Mereka hanya layak disapu bersih dan dihancurkan.

rujukan
1 Harun Yahya, Kaum-Kaum Yang Pupus, Trj: Rozalli Hashim, Kuala Lumpur, Saba Islamic Media, 2004, m/s:52.
2 Asy-Syahid Sayyid Qutb, Tafsir Fi Zilalil Qur’an, Jilid:12, m/s:394.

Share
Artikel lain yang best-best :

28 thoughts on “Tiang Pompeii _Kota Maksiat Part III

  1. as salam suri,

    terima kasih byk2 utk entri yg cukup memberi kita ingatan dan sempadan akan benda2 mcam ni…

    ingatlah firman Allah yg Suri lampirkan ni;

    “Dan demi sesungguhnya! Kami telah (binasakan bandar itu dan telah) tinggalkan bekas-bekasnya sebagai satu tanda (yang mendatangkan iktibar) bagi orang-orang yang mahu memahaminya”

    • slm bro..
      ya peringatan pada saya dan semua..khazanah yg tersimpan di cari.kita wajar sedar akan kebenarnya mmg ada dal Al-Quran..tap mgpa kita umtnya sering angkuh dan lupa akan kejadian2 lalu???

  2. chii nak tgk video tu..x dpt plak =( harap2 dengan perkongsian ilmu dari suri ni dapat memberi manfaat kepada orang lain dan peringatan kepada diri chii juga..

  3. As salam suri…
    yas kat opis nih…so x dpt le nk bukak video2 tu…tapi yg gambar tu first time yas tengok…semoga memberi peringatan jg kpd diri yas..

    #Maaf..suri tau kan blog suri ni masih ada virus..

  4. baru hari ni saya berani masuk sini balik, hehe, kota pompei memang sesuai buat peringatan bagi manusia lagi lagi kisah dia kita boleh gabungkan dengan al-quran sebab al-quran meriwayatkan cerita ni

  5. kini di akhir zaman perbuatan kaum Nabi Luth a.s kembali popular di amalkan. Jika di barat sesetengah negara mengiktiraf perkahwinan sama jenis…betul2 melampau perbuatan mereka ini, mengalahkan perilaku kaum Luth…ermm. :cry:

    ..dan perbuatan terkutuk mereka kini sudah menular ke negara kita… :???:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>