Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku..
Seorang wanita di zaman Nabi s.a.w. telah bermimpi bertemu ibunya yang ditempatkan di Neraka Jahim. Dalam mimpinya dia melihat ibunya memegang sepotong kain dan sepotong lemak. Dengan kain dan lemak itulah, ibunya menahan kepanasan api Neraka.
Wanita itu hairan mengapa ibunya dimasukkan ke dalam neraka padahal ibunya seorang yang taat pada agama. Rupa-rupanya ibunya tidak pernah bersedekah sepanjang hidupnya kecualilah sehelai kain dan sepotong lemak di tangannya.
Wanita itu cuba menyelamatkan ibunya dengan mengambil segelas air dari telaga Nabi s.a.w. Lalu di beri minum untuk ibunya bagi menghilangkan kehausan. Tiba-tiba terdengar suatu suara, “Mudah-mudahan Allah akan melumpuhkan tanganmu kerana engakau telah memberikan minum dari telaga Nabi s.a.w. kepada orang yang derhaka lagi kedekut.”
Apabila wanita itu terbangun dari tidurnya, wanita itu mendapati tangan kanannya lumpuh. Dia pun mengadu kepada Rasulullah s.a.w. Setelah mendegar ceritaya, Nabi s.a.w. pun berdoa, “Ya Allah, dengan kebenaran mimpi yang diceritakan oleh wanita ini, maka sembuhkanlah tanganya,” Dengan izin Allah, tangan wanita itu kembali normal.
Sumber Anis 2001

edisi ingatan sesama sahabat sebelum pegi sembahyang jemaat…
so, jangan le dok kedekut sangat…sok2 diri sendiri yg merana….
hee.. jom kita sedekah berapa yg kit
ada
Em.. Sy klu duit banyak, mmg sy sedekah kt sape2. Tapi sy pelik npe org byk duit most kedeut n sombong..
p/s klu awk pki mcm perempuan(purdah) tu msti lgi comel (:
Oppsss……. Yg sedikit tu bila bersedekah Allah akan bagi ganjaran yg sgt byk
nizam
sb dia ingat ada org akan batu org sush punya..heee..
p/s:Insyallah ada masa runag saya bersedia
bee
kan..kan..
biar sedikit asal yg hulur ikhls
Salam Suri……
Kalau di atas, jangan lupa kepada yang dibawah.
Itu yang selalu ibubapa saya pesan.
salam..
ya sb hidup ni umpama roda..
Rajin-rajinlah bersedekah kerana apa yang kita sedekahkan mudah-mudahan akan menjadi pelindung kita di sana nanti.
ya harap bgtulah.tulah antara 3 yg dapt mmbantu kita kelak
oh sedekah…
ari ni terlupa lak nak sedekah kat tabung masjid…. huhuhu
nnti kena buat double plk heeee
salam..
moralnya….mulalah merajinkan
diri mu bersedekah..harta hanya
daki dunia..akhirat yang abadi..
ya betul tuh… kalau ada rezeki lebih , jangan lupa nak sedekah…
salam..
masa ada jangan kedekut utk berikan rzki pd yg lain..
zik..
lebihkan pada yg harus menerima moga2 rezeki kita akan melimpah…
Assalam..
Ajar anak bersedekah dari kecik. Mcm sepupu akak,mak dia ajar bawak RM3 setiap kali pi solat Jumaat.
Sampai sekarang pun dah kawin dah pun, dia mmg dah jadi habit bwk RM3 ke masjid bila solat jumaat.
Just to share…leh diadaptasi utk anak2 kita…
Betul tu. Adik saya nak kawin kena hantaran tinggi. Kemudian saya suruh dia sedekah RM1 setiap kali sembahyang jumaat. Skrg dah cukup dah simpanan dia. banyak lagi masa sblm kahwin. Kalau dicongak, Simpan seribu sebulan pun kena amik masa 2 tahun baru cukup. mana dtgnya duit tu?
bagusnya… kalau ada rezeki banyak sikit… sedekah banyak sikit… kalau takda../terlupa biasanya akan forwardkan duit bayar yang minggu lepas…
norzi
anak2 harus didik..semoga dengan cara ini kita dpt ajar ank mmbtu pada org2 yg benar2 memerlukan
kak nora
ternyata rezeki itu telah Allah lipat gandakan
zik
cara begitu amat bagus skli..klu tyer lebih bagi tak per lagi baguh heee
Arwah mak semasa hayat sentiasa berpesan…
“Along, walau kita takde duit byk mcm org kaya tp hulurkanlah walau sedikit”
apa yg dipesan mesti..tu tanda mrka saya pd kita semua
Suatu ketika dahulu saya berfikiran, kalau tak kedekut, macam mana bisnes nak untung? kalau tak kedekut, bila nak kaya? Kemudian saya sedar, Allah mempunyai berbagai cara untuk membalas kebaikan kita.
Satu lagi bila ada untung dalam bisnes jgn lupa byr zakat
kak nora
baik kita berniaga bagi org mkn smpi kenyang.ni jual nasi bila kita beli dan makn dpt sikit jer huuu..
mekar
zakat tu penting harus buat heeee,
Melayu Mudah Lupa…..ingat akan kata2 itu..kalau rasa diri itu kaya.ada lagi org lain yg lebih kaya dr anda..kalau ingat anda miskin..ada lg yg lebih miskin dr anda..jika hari ini anda seorang Raja@Sultan..ada lg Raja @ Sultan yg lebih maha kaya, maha berdaulat dari sekalian Raja yg ada di bumi yakni Allah SWT
uh,mendalam dan penuh bermakna tu
mmg pun.. sbb i ada dgr uztaz bagitau bahawa org yang bakhil ni mmg x layak untuk tinggal di bumi Allah SWT.
lihatlah dah terang2 kata bgtu huu,,,mmg malanglah nasib org bakhil ni heee
Betul tu Suri, apa yang ada kita bagi-bagi jugak kat org lain. Biar semua dapat merasa. Semoga dgn pemberian kita, org lain merasa bahagia, Allah akan bagi kebahagiaan pada kita juga.
biar kita lebikan org pasti ada keberkatan dari perbutan kita
Apa yang kita dapat tu ada bahagian org lain juga. Terima kasih atas reminder.
sama2 ingat heee
Teringat Haji Bakhil dalam Labu Labi….
biarkan jadi bgtu heeee..nnti mkn diri sndri
Bakhil dan kedekut ni memang tak elok
Terima kasih di atas peringatan ini
jauhkan..baik kekalkan sifat baik hee pahala dpt byk
Bukan susah sangat hendak bersedekah kerana setiap hari Jumaat boleh dilakukan dengan memberi sedekah di tabung masjid
klu tak der hari jumaat hari lain blh jugalah heeee
sy suka bagi anak2 sy yg nak ke masjid utk solat jumaat utk dia belajar bersedekah dari kecik .. maknye pun kadang2 terlupa
bila didik dah besar dia tak akan lupa.Insyallah
Sekiranya melakukan pjalanan jauh dan singgah di mana2 masjid/surau utk solat, jgn lupa dermakan duit kat tabung yg diletak di masjid/surau itu
mana tahu rezeki kita tnpa d duga pula..
arwah mak saya salu pesan benda yang sama semasa hayatnya, janganlah lupa bersedekah
pesan emak buat kita sentiasa beringat seolah mak ada d ssi kita
org yg suka bersedekah ni..insya Allah …akan dimurahkan rezeki nya..jgn la takut sgt nak dermakan walaupun hanya sernggit..=)
bukan berjuta tapi sedikt memadailah..