Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Urm.. seronok sebenarnya jika anda seorang pecinta sejarah-sejarah dunia. Suri suka menyentuh sejarah dan monumen Iskandariah, Mesir. Jika ada yang perasan rata-ratanya entri Suri sepanjang berblog berkisar tentang bumi anbia. Pada yang terlepas pandang entri The Sphinx of Giza Part I dan The Sphinx of Giza Part II boleh rujuk bahagian artikel lama.
Kali ini Suri ingin membawakan anda kisah disebalik Pompey’s Pillar, Alexandria berharap agar kisah ini berjaya menarik perhatian semua mengenali sejarah-sejarah silam dengan lebih dekat lagi. Selamat membaca ye. Minggu depan exam ! lalalalala..
Peta Pompeii
Tiang Pompei adalah salah satu monumen purba yang tertinggi Iskandariah, Mesir. Pada suatu ketika dahulu kuasa pemerintahan kerajaan Greek dan Roman. Selain Alexander the Great, nama besar seperti Julius Caeser, Cleopatra, Pompei dan Ptolemi juga pernah menakluki kerajaan Iskandariah.
Sepanjang berada didalam penguasaan ini, Iskandariah berada didalam kegelapan dari petunjuk Ilahi biarpun pada ketika itu tamadunnya terkehadapan berbanding masyarakat dunia yang lain. Sehinggalah beberapa zaman, alfa dan abad, Islam muncul di Tanah Arab hingga turut menyuluh bumi Iskandariah.
Sungguhpun kerajaan tersebut telah sekian lama musnah, namun peninggalannya masih wujud sehingga kini untuk tatapan generasi dan umat bagi melihat lebih dekat sejarah silam pada zaman tersebut. Malah sebahagianya masih tetap untuh berdiri. Pompey’s Pillar atau Tiang Pompei ini adalah antara mercu tanda antikuiti purba yang masih terpelihara di Iskandariah.
Pompey’s Pillar Signboard_by freddie18
Tahukah kawan-kawan nama tiang ini diperoleh daripada kesilapMaharaja Diocletianan pada Zaman Pertengahan apabila para pengembara meyangka Pompei disemadikan di sini. Namun hakikat yang sebenarnya beliau telah melarikan diri ke Mesir setelah beliau kalah kepada Julius Caeser. Dia mangkat di Iskandariah sekitar tahun 48SM dan tiada kaitannya dengan tiang ini.
Maharaja Diocletian nama sebenar Gaius Aurelius Valerius Diocletianus
Malahan tiang ini juga didirikan tiga kurun selepas kematiannya bersempena bagi memperingati keberanian Maharaja Diocletian yang berjaya menentang penindasan dan kekejaman pemerintah empayar. Orang Arab menggelarnya Amoud el-Sawari yang membawa maksud ‘Tiang Penunggang Kuda‘ bersempena dengan kudrat Diocletian yang berjuang sehingga darahnya mengalir ke lutut kudanya. Kejadian itu berlaku ketika kuda Diocletian tersungkur sebaik melangkah masuk ke kota.
Ini adalah tiang pompei_http://www.kitchencaravan.com
Tiang ini diperbuat daripada batu granit merah dari Aswan, berketinggian kira-kira 25 meter dan berukuran lilit 9 meter. Sekali gus merupakan monumen purba yang tertinggi di Iskandariah. Ia dipercayai didirikan pada 297M. Di kawasan sekelilingnya terdapat tinggalan kuil Serapeum, sebuah perpustakaan yang dikatakan pernah menempatkan kira-kira 40 ribu karya terpenting dan Nilimeter bagi mengukur banjir tahunan Sungai Nil.
Lembu jantan Apis suci
Selain daripada itu terdapat juga galeri-galeri subterranean iaitu tempat lembu jantan Apis suci ditanam dan terdapat juga tiga buah sphinx disitu. Selepas kekalahan di tangan Julius Caesar dalam perang saudara, Pompei melarikan diri ke Mesir di mana dia dibunuh pada tahun 48SM. Para penggembara Zaman Pertengahan kemudiannya percaya dia disemadikan di sini. Justeru, timbul kekeliruan hinggalah tiang ini mendapat namanya.
Kisah ini sebenarnya menceritakan tentang kaum Nabi Luth.. di mana umatnya melakukan penzinaan.. tidak percaya tunggu episod akan datang..
Kredit: Majalah Anis Mac 2003_Suraiya Pauzi
hurm..kalo chii x baca pasal ni kat blog suri..mmg sampai bila2 pun chii xtau
terima kasih kerna minat anda membaca heee..
harap fakta sejarah yang suri tulis ini tidak diubah sampai bila-bila
sejarah sangat penting untuk generasi kita ms hadapan..
sy juga minat dgn sejarah Mesir..
harap bgtulah cik smbg hee..
sy suka sejarah peradaban dunia hee..dulu pi mana2 bwk buku teks..
Kalau tak menyinggah umah suri
confirm tak tahu
tahu mesti tahu hii sejarah dunia heeee
Saya pun tak tau apa-apa pasal yiang ni
kak nora..
kisah ada kaitan dgn entri Part II nti jgn ketinggalan baca yer
tinggi tu 25m
banyak tenaga nak dirikan tiang setinggi ni
kemahiran mereka juga tinggi
org dulu walau tak der sek tapi matematik dia sgt bijak//kita skrg nak bini lagu tu perlu byk org beri idea dan tenaga heeeee
emm..kaum lut. Tak suka.
ha..mmg kaum yg tidak patuh pd perintah Allah s.w.t.
ENTRY YG MENARIK…AYIE SUKA DGN KISAH2 SEBEGINI…
KALAU TAK SILAP POMPEI JUGA NAMA SEBUAH BANDAR DI ITALI YG MUSNAH AKIBAT LETUSAN GUNUNG BERAPI VESUVIUS. MASIH KEKAL HINGGA KINI TUBUH2 MANUSIA YG KERAS SPT BATU AKIBAT DEBU PANAS GUNUNG BERAPI TERSEBUT.
ada kisha lagi tu ayie..
Kejuruteraan dulu tak kurang hebatnya berbanding sekarang…seawal 297M derang dh dirikan tiang yang tinggi dan bulat tu…pehhh caya arrr
kita baru nak bina he..hakikatnya mereka lagi handal bina dari kita dulu kan…
Serba kekurangan mereka masih dapat membina seni bina yang hebat sayangnya mereka ini tersesat
sesat sb mereka tdk takut dg hukum Tuhan pada waktu tersebut..
agak-agaknya kalau zaman sekarang ni jurutera dan arkitek yang ada, sanggup tak buat tiang macam ni tanpa teknologi canggih?
sanggup kot tu klo dpt byr yg tgii ar heee…
lepas ni apa jadi? masyarakat kat situ rata-rata amalkan seks luar tabii ke suri?