Cerita ini memang berkenaan dengan orang yang sedang hidup yang pasti akan mati. Cerita ini milik mesrarakyat.wordpress.com
Seorang ibu membawa anak perempuannya. Comel sambil memakai tudungnya. Ketika menunggu bas di stesen, datang seorang wanita yang seksi dengan memakai skirt sependek peha. Melihatkan seorang anak kecil yang comel bertudung, lalu wanita itu menegur :
Wanita seksi: Tak panas ker adik pakai tudung tu?
Anak kecil : Mak kata, panas lagi api neraka.
Merah padam muka wanita tersebut. Mungkin ‘terasa’ kepedasan kata-kata anak kecil tersebut.
Si kecil molek pula mengajukan soalan…
Anak kecil : Ee, malulah nampak peha.

Wanita seksi : Ala, inilah kecantikan dan mahkota seorang wanita, adik
Anak kecil : Jadi, kenapa akak tak buka aje baju dan skirt. Barulah orang nampak ‘mahkota’ akak kan?
Wanita seksi : Malu lah akak, dik
Anak kecil : Tau pula akak malu. Ayah adik kata, orang yang tak tau malu pada Allah, dia akan berani buat apa sahaja.
Kali kedua merah padam lagi muka wanita tersebut.
Memandangkan si anak kecil tadi seperti memenangi suasana dan keadaan, dengan darah yang menyirap, dia berkata :
Wanita seksi : Celaka punya budak! Pergi la main jauh-jauh. Syuh, jangan ganggu urusan orang tua la!
Anak kecil : Kesian, akak dah tua rupanya. Mulut akak jahatnya. Tak baik tau..
Wanita seksi : @#$%%*()__!@#

Anak kecil : Ibu, kenapa akak tu marah?
Si ibu tidak menjawab soalan anaknya. Dia hanya mampu tersenyum melihat kelibat anaknya. Sejuk perut ibu mengandung!
Moral dari kisah tersebut :
1. Tutup aurat adalah perintah Allah dan kita sebagai manusianya adalah wajib untuk memenuhi syariat tersebut.
2. Nasihat adalah sebahagian dari kehidupan orang islam
3. Malu sebahagian dari iman.
Pandangan anda bagaimana pula??
salam,
bagus sikap anak tu, memang patut orang dewasa bersikap begitu, tapi orang dewasa malu la pulak…huhuhu
wah, satu cerita yang penuh ispirasi
semoga teman2 blogger terutama kaum hawa dapat mengambil pelajaran dari cerita ini.
salam dari Indonesia
Whoo.. yang lelaki pun kadang2 sama jugak..
anak yang cerdas, pandai mengolah kata yang tepat untuk memberikan jawaban sederhana tapi amat telak
budak kecik lagi pandai dari org dewasa yg ikut napsu.. entry yg menarik.. “i support you”
Malunya dengan perangai perempuan seksi tersebut
menarik tue huhuu
hehe 3 kali terkena perempuan tu.. petah betul budak tu ek.
huhu bagus budak tu.. mmg terasa abis pompuan tu.. ahakz
anyway, saya letak link suri kat vip list saya ye?
one:yalah nnti klau orng muda yang tegur lain kisahnya..biar si kecil yg mngur baru tersa pedasnya..
abu ghalib:semua itu sebagai iktibar.mana baik kita lakukanlah..buruk di jauhi segera..
zik:llki suka tunjuk bodynya yg gagah..gantang..hehe..
zu:sb budak kecik di kurnikan hati yg bersih.manusia dewasa pula lebih suka pada yang berlebih pada-pada benda yang mungkar..laragan itulah yang sering dilakukannya…thanks zu sb bg sokongan kt suri
i support u two
imran.Suri lagi skit hati sb suri juga kaum hawa.apakah mrka ini tdk tkut dg balasan Allah d Akhirat nnti..mohon d buka pintu taubat bt mrka..Amin.
bro:pakaian mmg menarik.tapi sendi le yang taggung dosa free..huhhu
park air:baru tahu bila si cili bertenu dgn pedasnya
khai:cantik! persilakan tiada laragan sama-skli..