Gay: Umat Nabi Lut Ditelan Bumi
DALAM amalan kontemporari, perkataan ‘gay’ biasanya menggambarkan orientasi seksual seseorang iaitu berkaitan emosi, romantik, seksual atau tarikan kecintaan kepada yang lain.
Terma homoseksual merujuk kepada kelakuan seksual atau tarikan antara manusia sama jenis.Perkataan ‘gay’ dikatakan berasal daripada bahasa Perancis lama iaitu ‘gai’. Pada peringkat awal, ‘gay’ membawa beberapa pengertian seperti ‘rasa bebas tanpa kerungsingan’, ‘gembira’ atau ‘riang dan suka menunjuk-nunjuk.’

Hari ini, ‘gay’ lebih cenderung membawa maksud hubungan jenis sesama jantina, dipanggil juga homoseksual (liwat), tetapi biasanya ia merujuk kepada lelaki sesama lelaki.
Bukan sedikit mereka yang terbabit dengan aktiviti terbabit, malah di Barat, ia menjadi budaya yang semakin luas pengaruhnya.
Tidakkah ia suatu fenomena yang bertentangan dengan fitrah semula jadi manusia?
Bagaimana Islam melihat situasi ini?
Penceramah bebas, Mohd Rani Awang Besar, berkata hubungan seksual luar tabie seperti itu adalah haram dan tergolong dalam dosa besar.
“Di zaman kaum Nabi Luth di tengah padang pasir menjadi lautan kerana mereka suka pada lelaki.

“Walaupun ada perempuan, mereka tidak suka, hanya berminat pada lelaki iaitu sama jenis dengan mereka,” katanya.
Di negara ini, kewujudan kaum gay memang ditolak walaupun tiada perangkaan rasmi.
Laporan Harian Metro mengenai ‘gay jamban’ baru-baru ini menunjukkan homoseksual semakin menular di ibu kota terutama di kalangan belia, pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi, malah pelancong asing.
Lebih teruk apabila mereka tanpa segan dan bersalah turut menjadikan tandas awam di pusat beli-belah sebagai lokasi memadu asmara, bercumbuan atau melakukan hubungan seksual dengan pasangan sejenis.
Tabiat suka kepada pasangan sejenis bermula pada zaman kaum Nabi Luth a.s, apabila mereka tidak cenderung kepada golongan wanita.
Kaumnya lari daripada fitrah. Hidup mereka menentang arus, mengikut nafsu serakah tanpa mempedulikan nilai agama dan kemasyarakatan.
Walaupun Nabi Luth menasihati mereka, ia tidak diterima sedikitpun, sehinggakan tetamu baginda sendiri mahu diusik. Disebabkan itu, mereka ditimpa musibah yang sungguh dahsyat, buminya tenggalam sehingga menjadi lautan.

Kisah ini diceritakan dalam al-Quran melalui beberapa surah, antaranya surah al-Akabuut, an-Naml dan al-Hijr.
“Dan Nabi Luth juga tatkala ia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji sedang kamu nampak kejinya?
“Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan kerana memuaskan nafsu syahwat kamu. Bahkan kamu kaum yang jahil.” (an-Naml:54-55)
“Nabi Luth berkata: Di sini ada anak-anak perempuanku, kalau kamu mahu melakukan. Demi umurmu, sesungguhnya mereka membuta-tuli dalam kemabukan maksiat mereka.
“Akhirnya mereka pun dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, ketika matahari terbit. Maka, Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-terbalik dan Kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar.” (al-Hijr: 71-74) Nabi Muhammad bersabda, maksudnya: “Perkara yang paling aku takuti menimpa ke atasmu adalah perbuatan kaum Luth. Dilaknati mereka yang melakukan perbuatan seumpama kaum Luth.” (Hadis riwayat Ibn Majah, at-Tirmidzi dan al-Hakim)
Mohd Rani berkata, kisah membabitkan kaum Luth itu tidak boleh dipandang ringan, malah perlu diambil ingatan dan pengajaran semua pihak.
“Tetapi sekarang ini orang sudah lupa sejarah kerana kepuasan nafsu semata-mata. Nabi tidak mengaku umat bagi lelaki yang suka kepada lelaki,” katanya.
Beliau berkata, golongan gay tidak boleh dibiarkan, sebaliknya perlu diambil tindakan dengan pendidikan secukupnya.
“Kena tarbiyah dan bagi bimbingan supaya mereka tidak berterusan dalam perbuatan itu. Ajaran agama perlu diberikan secukupnya supaya mereka boleh kembali hidup dan bekerja seperti orang biasa.
“Jangan pula nanti kegiatan itu seperti satu kerjaya yang menjanjikan pulangan lumayan. Mereka perlu diajak dan dibimbing secara khusus,” katanya.
Beliau tidak mempertikaikan kewujudan lelaki lembut dan tidak mempersalahkan mereka kerana perwatakan sedemikian adalah ciptaan Tuhan juga, cuma yang perlu dipastikan ialah tidak terbabit dengan gejala homoseksual.
“Tuhan menjadikan begitu (lembut) tidak boleh menghina mereka. Tidak semua orang lembut melakukan aktiviti macam itu.
“Menjadi masalahnya ialah mereka diperalatkan golongan lelaki bertubuh kasar untuk melepaskan nafsu,” katanya.
Beliau mengajak golongan yang terbabit dengan homoseksual supaya kembali kepada fitrah kemanusiaan dan segera bertaubat kerana dengan taubat, dosa mereka mudah-mudahan diampunkan Allah.
Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Salam Muhammad Shukri, berkata secara fitrah setiap manusia ada rangsangan seksual dan secara normal manusia tertarik kepada jantina berlainan jenis.

“Bagi menjaganya, Islam menganjurkan ikatan perkahwinan. Apabila seorang wanita telah berkahwin, suami mempunyai hak dan tanggungjawab sepenuhnya ke atasnya,” katanya.
Menurutnya, gangguan seksual di luar fitrah adalah tidak normal dan manusia perlu berusaha untuk menjauhinya, malah mengikis perasaan sedemikian.
“Kecenderungan sedemikian adalah suatu penyakit. Ia berupa ketagihan atau kegilaan. Kegilaan dan ketagihan sedemikian hanya boleh dihilangkan apabila hukuman berat dijatuhkan ke atasnya selain manusia sendiri mengubahnya,” katanya.
Hurm, bagaimana pula dengan pandangan anda? minta tinggalkan komen dibawah ni ya
Oleh:Idris Musa
dekat barat, mereka dah benarkan perkahwinan sejenis… jangan berlaku kat Malaysia sudah la..
akhir zaman..
huhu..takutkan kalu perkara sebegitu berlaku diMalaysia..minta dijauhkanlah..
yalah…….nauzubillah….mintak2 d jauhkan la….hanya iman dan takwa dpt jd pendinding kita skrg……….
sebenonya majoriti mykt barat bukannya suka dgn gay ni bro. Cuma di barat golongan ni majoriti dah jadi silent majority sbb mrk terlampau agungkan konsep freedom of expression blah blah blah tu yg tak masuk akal!!!
Satu contoh bila majoriti ni bersuara boleh dilihat dalam keputusan American Idol 2009 dulu…. ho ho..
rasanya perkembangan pengaruh gay sudah mula meresap dalam komuniti negara ini, bagi saya bukan sahaja pihak berkaitan agama, tanggungjawab ni juga terletak kepada media massa yang sepatutnya memainkan peranan lebih aktif untuk membendung penyakit masyarakat ni, orang awam pun kena turut serta…
salam
1tomyam..yerlah.suri setuju dengan pandagan anda tu.apa yang penting, kerjasama semua pihak perlulah ada.
Tu semua sebab nakkan “equality” kononnya. Topeng propaganda barat untuk menghancurkan kita.
salam dak wan,
biasalah pengaruh orang barat selalunya mereka akan sedaya upaya untuk merosakkan pemikaran kita sabagai rakyat Malaysia..
kat sini pun gejala ni dah semakin merebak..tah apa nak jadi tah..
manusia dah nak akhir zaman..bumi pun sudah keuzuran..huuh.
salam
btul tu…
dunia klu dia dpt bercakap mgkin dah keluarkan isi hati ttg dunia ni..banyak yg x betul dah skarang ni….perbuatan songsang,penipuan, semua dah jadi makanan harian manusia…masya Allah……
Salam Suri. Memang dosa gay amat berat siksanya sebagaimana Allah turunkan kepada umat Nabi Lut. Takut juga bila melihat gejala ini sudah makin banyak menular sekalipun Malaysia memang menolak gay ini.
Hum, jika seseorang itu tahun dosa dan pahala sudah tentu mereka akan takut dengan janji-janji Allah adalah benar belaka
Gay memang da banyak kt malaysia ni.. tapi rasa2 lesbian lg banyak.. ade yg bertudung pun tp lesbian.. ramai jgk yg bisex.. layan both..
Salam Ridhuan..
semua perbuatan songsang ni memang terdapat banyak di Malaysia.Terkadang Suri dengar pun takut jugak.Bukan apa sebab sebab dema ni langsung tak takut akan AZAB Tuhan yang akan datang kepada mereka kelak..
salam…suri,
sory nak myampuk skit…
mmg btul kata saudara ridzuan…
kat Malaysia gejala lesbian n gay banyak..kadangkal kita x sedar pun benda ni sebenarnya semakin menular kat Malysia…
Agak2 korang la.. mcm ne perasaan ini boleh wujud di hati kaum adam…. adakah pengaruh rakan sebaya.. keturunan…atau pun vcd.
Salam sahabat..
rasanya mungkin faktor kawan sebaya kot.. kekadang ada juga sesetengah kes org paksa seseorang itu melakukan perkara tersebut. bila dah lama2 mereka bergelumang seperti itu ia menjadi seronoklah pula pada mereka.
ada sebahagian tu mungkin disebabkan terdesak cam faktor kemiskinan ker. kata org rupa ada so mungkin dgn jalan yang dpilih ni mungkin blh medatangkan sumber kewagan bagi mereka.
masalah putus cinta juga berkemungkin blh berlaku.. akibat gagal pada cinta yang lalu mrka pun cari teman yang lain bagi memuskan nafsu kepda yang rela sama rela..
sebenarnya banyak faktor yang boleh mempengaruhi perkara ini blh terjadi. Apapun ini hanyalah pendapat peribadi Suri sahaja.
terima kasih sahabat atas kesudian meninggalkan komen di ruangan ini. Suri amat gembira sekali. jika tidak keberatan singgahlah dan komenlah lagi mana2 entri suri ya.