Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Taif
Liku-liku banjaran memendam sejarah dan pengajaran
Keras, kering, namun hikmahnya diluar jangkau insan
Syawal tahun 10 kenabian Rasul musafir membawa risalahNYA
80km memisahkan dari asal kediaman Makkah al-Mukaramah
Setia disamping Sayidina Zaid Bin Harisah
Mencurah khidmat
Tajam kerikil pejal didaki
Memikul segunung harapan
Harapan keimanan buat kalian
Bani Thaqif seketurunan
Keras, kering, bumimu Taif
Segersang budi dan juga iman
Bani Thaqif tak keruan
Perasaan dan kejahilan jadi pertimbangan
Ketibaan Rasul dihujani rejaman bebatu di jalanan
Tak sanggup Zaid menyaksi
Lantas membenteng diri melindungi Nabi
Sabar dan redha Rasul mengatasi segala
Hanya seorang ditakdirkan beriman
Adas namanya kelahiran Ninawa..
Membawa diri insaf Rasul
Akan kelemahan sendiri
Selaku hamba tiada kuasa
Dialah menyimpan hikmah kejadian
Meski rasa kelemahan menekan..
Dakwah tertolak agama Allah
Gagal martabat kemuliaan
Insaf jua..kunci hidayah adalah milik-NYA
Tangan disusun Rasul memohon:
“Ya Allah,
Berilah petunjuk kepada kaumku
Kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui”
Kasihnya Rasul doanya segera menyusul:
“Ya Allah,
Berilah hidayah kepada Bani Thaqif dan lahirkan dari sisi mereka hamba-hambaMU
Yang menyerah diri (muslimin).”
Taif makmur akhirnya
Dengan iman dan kehijauan
Menaungi kegersangan pedoman
Dan mengalir denai-denai saliran
Hikmah Tuhan berlimpahan..
Taif mencermin seribu pengajaran
Bermohon dengan harapan kelemahan insan
Insaf jua..
Kunci hidayah adalah milikNYA
Terbuka hati insan menanggung kebesaran Tuhan.
Crd: Majalah Anis
Selalu nyaman membaca untaian kata indah penuh makna.
indah bahasa indah pula jalan ceritanya
akak karang sendiri ke ni?
kak..theme ni lmbt loadingnya..harap ambil tindakan sewajarnya..
tak yag..lupa nak krdt kt majalah anis 2003
theme ni sementara shja yang dila
Menarik untuk dijadikan renungan…
untuk kita renungkan bersama
Keindahan bait-bait yang dikarang, menambah rasa nak tahu kisah sampai ayat terakhir.
gubahan indah buat org nak tahu smpi habis hee
apa yang ditinggalkan
semuanya untuk kita
sejarah lalu sebagai pengajaran
sungguh saya melihat Nabi yang masih berdoa untuk kaum nya..walaupun direjam dgn batu..
kita sahja yg tak pernah bersyukur ats dakwahnya..sedihkan..
tapi sekarang..ramai yang dah tak ingat pasal Taif nih..
dok cari2 juga bro.insyallah klu ada carian yg menarik saya akan ketengahkan ya..
ADA ULAMAK SIRAH NABI SAW…MENGATAKAN NABI KELUAR DARI KOTA TAIF DLM KEADAAN BERLINANGAN DARAH…NABI SAW MELIHAT KEGAGALAN DAKWAHNYA DI TAIF SBG KELEMAHAN DIRI BAGINDA TANPA MENYALAHKAN PENDUDUK2 TAIF YG TELAH MENYAKITI BAGINDA SAW. INI DAPAT KITA LIHAT DLM DOA NYA YG MAHSYUR ITU…AYIE RASA INILAH SIFAT SEORG YG HEBAT…MELIHAT KPD DIRINYA DULU…TAK MENYALAHKAN ORG LAIN SEMATA2…HURMM
BERKATNYA DOA NABI SAW…KOTA TAIF…SATU2 NYA KOTA YG SELAMAT DARI PERISTIWA MURTAD SELEPAS KEWAFATAN NABI SAW.