Hai sahabat..
Hurm entah mengapalah hari ini Suri rajin sangat-sangat nak post artikel lebih dari biasa. Selalu 2 artikel sahaja. Tapi memandangkan semalan banyak yang bertanyakan pasal vitamin D, maka tiba-tiba pula hati Suri terlintas untuk mencari info tersebut dengan lebih terperinci lagi..Jadi Suri berharap agar anda semua enjoy dengan post ini.

Perkataan vitamin telah diusulkan oleh seorang pakar biokimia yang berbangsa Poland pada tahun 1912.Vita di dalam bahasa Latin bemaksud kehidupan dan mine
FUNGSI
Vitamin D, salah satu vitamin larut lemak yang mempunyai sifat sifat sebagai vitamin dan hormon, yang diperlukan untuk penyerapan, penggunaan kalsium dan phosphorus. Ia juga perlu untuk tumbesaran, ia penting terutamanya untuk tumbesaran tulang dan gigi yang normal pada kanak-kanak. Ia mencegah daripada otot menjadi lemah dan ia terlibat mengatur denyutan jantung. Ia juga penting dalam pencegahan dan rawatan kanser kolon, osteoarthritis, osteoporosis, dan hypocalcemia, meningkatkan imuniti, ia juga perlu untuk fungsi tairoid pembekuan darah yang normal.

Terdapat beberapa bentuk vitamin D , termasuk vitamin D2 (ergocaliciferol), yang datang dari sumber makanan; vitamin D3 (cholecalciferol), yang disintesis dalam kulit kesan tindakbalas kepada dedahan cahaya ultraunggu matahari ; dan dalam bentuk tiruan dikenali sebagai vitamin D5. Daripada tiga bentuk vitamin D tersebut, vitamin D3 dianggap sebagai vitamin D dalam bentuk semulajadi dan lebih aktif.
SUMBER
Vitamin D boleh diperolehi daripada minyak hati ikan, ikan air masin , hasil tenusu, dan telur . Ia juga didapati daripada mentega, minyak ikan kod, putih telur, ikan halibut, hati, susu, oat, ikan salmon, sardin, ubi kentang, tuna, dan minyak sayuran . Vitamin D juga terbentuk oleh badan kesan dari tindakbalas terhadap cahaya matahari pada kulit.
KEKURANGAN
Tahukah anda jika seseorang itu kekurangan vitamin D ia boleh menyebabkan individu tersebut akan menghadapi sakit seperti:-

Rickets
Pada kanak-kanak
cacat tulang, terutamanya tulang belakang, kaki dan tengkorak; tulang mudah patah; bengkak sendi; dan lemah otot.
Osteomalacia
Pada orang dewasa dimana tulang – tulang kita akan menjadi lembut yang menyebabkan rasa sakit, terutamanya pada kaki, pinggang, leher, dan tulang dada; mudah patah tulang; kejang otot pada tangan, kaki, dan tekak.
Opps..!!
Jika anda ingin mengambil pil-pil vitamin tersebut pastikan pil yang diambil telah mendapat kelulusan doktor dan klinik yang berdaftar sahaja dan jagan sesekali anda mengambilnya atau membelinya sesuka hati tanpa arahan dari yang pakar. Ikuti nasihat doktor pakar sekiranya anda dikehendaki mengambil vitamin.
.
p/s: Sebahagian artikel ini Suri petik dari moodpro.tripod.com.
Ada 1 lagi vitamin D yang tidak kurang hebatnya. Vitamin DUIT
haha..suka2 betul tu dans emua org sdg mencari rezeki demi D tersebut
salah satunya adalah suri..
Terkejut gak bila masuk blog Suri hari ni…byk betul artikel terkini..hehehe..apa pun semuanya bermanfaat, bukan artikel kosong..bagus!
salam kawan..
oh yea ke? masa free jadi uptade kan sahaja..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar
nak tanye suri..kalau kulit selalu kering tu kekurang vitamin ape ke?ke disebabkn cuca yg x menentu skng..jap pns jap hjn..hehe
hurm,
den bukanle doktor..tapi jika kulit kita bersisik..mengelupas tu selalulah sapu losyen minyak zaitun sb ia boleh menyuburkan kulit kita yang tdk bermaya tu..
jika kulit tangan kita mengelups tu biasanya tagan kita tidak tahan dgn lasak..mugkin tagn jenis lembut.sensitif..apa pun anda dinasihtakn agar berjumpa pd yg pakar kulit ya
@imran.. vit.D yg tu mmg kronik dah.. heheh.. kekurangan vit.D yg tu boleh bawa maut wo.. heheh
cak!! ery..
yeah setuju..mmg kalu tak der bahaya juga simpton tu ;(
suka baca artikel ni…patut le skrg asyik sakit pinggan jer..kurang vitamin D la ni….ngehehe
sa-salam..
ha,jika begitu cepat2lah jumpa doktor minta dia cek 1 sakit apa???huuh..bukan apa bahaya tau jika kita biarkan sakit tu lama2..
Info Vitamin B takda ke?? adooii.. thank for the info..
taraa!!
hai zik..sah zik ni dah kemaruk vitamin ko??. Insyallah suri akan bentangkan nnti ye..tapi next time..takut orang bosan pula sb asyik berkisar tentag kesihatan jer..huuh