Sembunyi Di Sebalik..

Salam semua :)

Di tepi pantai belakang rumahku 25 minit perjalanan kaki untuk kesana..waktu pagi yang menceriakan bersama desiran ombak dan buih-buih dilautan yang takan surut di telan ikan-ikan sekalian alam buana.. ;)

Lidi:
Woi! korang kata dah start nak maik copet ar.. aku dah lama tunggu ni

Kawan2:
Haha yelah kita orang datanglah ni adeh..kau ni tak sabau betullah.

Lidi:
Okye..okey.. dah genap 10 orang ni..kira cantiklah kita main ramai-ramai ek.

—–Hah, korang yang tengah baca entri ni mau joint ke tidak?? kalau nak meh sini—-

Kawan2:
Yeah!!! yeah nak main! yeah!! aku dapat main..korang yang tak dapat main jangan coba jeles. Waktu tu hampir semua orang sorak keriangan termasuk Suri yang kecik sekali..hehe

Lidi:
Pit ko kira 1 sampai 100 tau bila kita orang dah cakap dah tu maknanaya ko kena carik kita orang semua.

Pit:
Menggangguk tanda faham akan permainan yang bakal kita orang mainkan nanti..

Cartoon-house

Di sebalik nama.
Lidi:
Disebabkan kekurusan badan dia macam lidi maka kami panggil dia penyapu Lidi . Kiranya kita orang punya cip la ya..hee,hee..

Pit:
Kerja dia suka merempit dengan motor basikal cooper dia jer.

Korang tahu ke permainan apa yang Suri maksudkan diatas tu? ha..ha,ha, jangan jadi otak warna kuning yer..ini permainan sorok-soraklah..atau lebih senang permainan sembunyi-sembunyi. Eh, tapi memang kena sipi-sipi dengan lagu sembunyi Andy dan Misha Omar tu..huhuhu..

Saat permainan ni berlangsung kami memang selalu main permainan ni kat tepi pantai. Bukan apa sebab kat sana banyak semak dan sampan-sampan mendarat. Al- maklumlah kampungku memang mengadapLaut Sumatera Indonisia. Jadi hampir kesemua penduduk kampung ni kerjanya nelayan sahaja.

Tapi yang paling best dan lebih adventure lagi main sorok-sorak kat belakang umah, bawah rumah (rumah kampung) tak pun kat dalam rumah kikiki..dalam almari pun boleh gak kita menyorok. Korang jangan tak tahu dolu-dolu Suri memang suka dok nyorok kat situ. Best! gelup gelita. Silap haribulanlah pada suatu hari tu sah-sahlah nasib Suri tak baik sebab Suri dah terkantoi.

Mak nampak Suri keluar dari gobok almari kakak.. mak cakap “adik tikus kecik kat mana kau keluar tu hah?” kiki.. waktu tu seingat Suri cakap pada mak Sorri lain kali tak buat lagi..dan kemudian Suri lari lintang pukang..akhirnya Surilah orang pertama yang tertangkap sekali..malam tu ayah bagi ceramah pasal hantu kopek tetek le..pasal makhluk halus suka merayau waktu-waktu magriblah dan macam-macam lagi.

kawan

Selepas kejadian beberapa hari nun eh bukan tapi sebelah kampung Suri ada budak-budak main nyorok-nyorok. Last-last dia hilang macam tu jer. Seingat Suri ayah kata adalah dalam seminggu dia menghilangkan diri. Bila dah pelbagai ikhtiar di cuba maka dengan izin Allah s.w.t budak tu dah di jumpai semula :) .

Agak-agak korang kat agaknya budak itu dijumpai?? dalam tandas? almari? peti ais? oh, tidak dah tentulah duduknya kat atas pokok mempelam yang rimbun. Menurut cerita orang-orang kampung muka budak tu pucat lesu, badan kurus kering, lupa diri buat seketika waktu..

Kata tok pengamal perubatan tu lagi dia cakap budak ni nakal tu yang si bunian ni tertarik hati pada dia lantas di buatnya sebagai kawan sepermainan. Ada juga kata-kata orang mengatakan dia pernah di beri makan minum oleh bunian. Tapi entah benar atau tidak Suri pun tak pasti..hehehe Yang pasti tu semua hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahuinya. Rentetan dari peristiwa tersebut maka Suri pun dah tak berani nak bermain sorok-sorok lagi bersama dengan rakan-rakan yang lain.

Sampai sekarang nostalgi tu masih terlekat lagi dalam memori..

Tapi menurut nujum Cik Wiki cakap :
Sorok-sorok atau juga dikenali sebagai aci sorok ialah sejenis permainan kanak-kanak yang turut dimainkan di Malaysia. Permainan ini dimainkan dengan sebilangan pemain menyembunyikan diri mereka dalam had kawasan tertentu dan dicari oleh seorang atau lebih pencari.

Ia boleh dimainkan oleh kanak-kanak dan ia amat mudah, tanpa had bilangan pemain dan tidak memerlukan peralatan. Lebih ramai yang bermain mendatangkan lebih keseronokan dan bertambah meriah lagi. Lazimnya siapa yang dapat menyorok paling lama dianggap pemenang.

La..laa..la..laa..andai dapat kundurkan putaran dunia.. ;)

Korang pernah main nyorok-nyorok ke?? :)

Share
Artikel lain yang best-best :

22 thoughts on “Sembunyi Di Sebalik..

  1. Alamak…. macam mana boleh main sorok-sorok dalam almari, kikiki…. Saye pernahlah main sorok-sorok. Kalau di Jawa permainan ini namanya Petak-Umpet, tetapi kalau di kampung saye (Bugis), permainan disebut Main Parlos, saya sangat sering memainkannya dulu waktu masih kecil. Sayang sekali sekarang ni tak ade lagi anak2 yang saya lihat memainkan permainan ini lagi :(
    .-= Masdin´s last blog ..Nasib postingan yang berakhir “tragis” setelah update berikutnya =-.

    • Taburan bunga rose..
      yelah sebab almarikan kecik? memang ngam2 saiz suri yang keci le..kalu orang lain yang masuk pasti sure tak boleh nak keluar..hehehe

      terima kasih atas maklumat yang disampaikan.bunyinya agak menari juga ya..masdi ni asalnya orang mana?huhu

      anak2 sekarang mana reti main tu semua.mrka lebih suka main ps2 le..facebook le..games dalam komputer..huhuhu..

    • Seindah rasa pelangi..
      main sorok2 kat celah pokok kelapa ke Luffy?

      huhu..ada berani nak jumpa bunian ko? nanti tak lepas nak balik baru tahu..huhuhu..takut tu…huhuhu

  2. dkt kg umh nnek dulu suka main dekat pokok asam. sebab pokok tu besarrrrrr…… dkt2 situ pun ada byk pkok2.. pastu sebelah reban ayam pun boleh jadi tmpat smbunyi..

    ceronoknyeeee!!

    • Sejambak bunga cinta..
      hehehe..selalu kat kampung suasana dia memang menghidupkan yer tak..hehehe..sambil dengar bunyi etik yang terkuek2..ayam yang riuh sekampung dah tentulah ia akan menggamatkan suasana waktu permainan di jalankan..

      puteri suka nyorok kat blkag reban? masa tu selipar ada terpijak taik ayam tak?hahaha kiki :)

    • Buka hati untuk cinta..
      hehehe..tau tak per..sekali dah begang..malas nak cari terus cakap ko dok situ lama2..sapa suruh nyorok kat tempat yg susah orang nak jumpa…hehe

  3. haah cite yg agak menyeramkan disitu..
    eiiyu..
    main sorok2 x seronok dan x mencabar..
    main kejar2 paling best..
    main waktu rehat pukul 10..
    loceng bunyi pkul 10.30 je..
    “cop panjang masuk kocek!”..
    sambung esok pulak main..
    huhu best gile!
    .-= botak´s last blog ..oversleeping =-.

    • Tawanan cinta..
      yaya..suka sanagt main kejar..sekali dah kena cekup amik ko terus berpeluh2 satu badan..tak yah senam pun tak p’kan..

      zaman dulu kalu di ingatlan mmg best2 gila kena..hehehe

      terma kasih atas perkongsiakn kenangan anda disini.suri suka ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>