Assalamualaikum semua selamat petang dan salam sejahtera . .
Harini Suri ingin kongsikan hasil tulisan dari Ust. Hamizul Abdul Hamid dalam blog Suri. Semoga apa yang disampaikan oleh beliau sedikit sebanyak akan dijadikan renungan buat semua.
Ada dua perkara yang sukar dalam dunia ini. Pertama, mentadbir harta dan kedua, mentadbir anak-anak. Jika dirujuk kepada al-Quran dan al-hadis, banyak terdapat peringatan dan ayat-ayat yang menyinggung aspek ini. Di sini, cukuplah kiranya saya pamerkan hanya satu daripadanya.

Allah SWT berpesan: “Wahai orang-orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Sesiapa yang berbuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang merugi,” (al-Munafiqun: 9)
Harta adalah jambatan mencari kemanisan. Orang yang berharta, lazimnya mereka mudah mencapai hajat apa sahaja. Sebutlah, pelosok mana di atas muka bumi Allah yang indah, mereka boleh ke sana dengan banyaknya harta. Sebutlah, apa jenis makanan terenak dan terlazat, mereka boleh mencicipinya dengan banyaknya harta.
Namun, harta adalah sesuatu yang sering menjerat manusia. Jerat harta selalunya halus. Ia tidak seperti jerat sang pelanduk yang seringkali mampu dilihat oleh mata. Jerat harta inilah yang sering menjebak manusia ke lembah noda dan dosa. Qarun sudah pun menjadi buktinya.
Orang yang kurang berharta, maka mereka diuji dengan kesusahan dan kepayahan. Selalunya, ujian kekurangan harta menyebabkan manusia merasa perit. Namun, keperitan itu bisa dilalui dengan kesabaran dan menjadikan kita lebih ingat kepada Tuhan. Tidak ada makanan, mereka sanggup berlapar. Tiada rumah, mereka sanggup bernaung di bawah kolong jambatan.
Tetapi, bagaimana pula dengan ujian banyaknya harta. Ia adalah ujian yang amat menduga. Dalam halus dan tanpa sedar, harta itu adalah ujian sebenarnya. Lalu, berapa ramai pula yang sanggup bersabar menghadapinya? Inilah ujian yang lebih merbahaya.
Sabar dalam banyaknya harta adalah lebih mencabar daripada kurangnya harta. Orang miskin, mereka akan cuba menyesuaikan kehidupan sesuai dengan keadaan kemiskinan diri. Berbanding si kaya, mereka lebih berleluasa menggunakan kekayaan dan hajat akan sering terpenuhi.
Maka, dalam konteks ini ketaatan dalam kemiskinan harta adakalanya lebih lunak dilakukan; berbanding ketaatan dalam kemewahan harta. Ia adalah ujian yang benar-benar menguji iman dan takwa. Adakah orang kaya berkenaan, benar-benar sabar mengendalikan nafsunya hingga harta kekayaannya benar-benar terarah ke jalan yang Allah reda?
Lalu, Imam al-Habib Abdullah al-Haddad, seorang ulama yang diuji dengan kedua belah matanya buta telah menulis di dalam kitabnya, bahawa walau apa pun sekali keadaan kita, miskin mahu pun kaya, hendaklah kita bersabar. Sabar dalam ketaatan ibadah kepada Allah dan sabar dalam meninggalkan maksiat kepada Allah.
Sementara itu, Ibn Ataillah, seorang ulama sufi ada menyatakan: “Bahawasanya Allah SWT mengurniakan ke atas kamu sesuatu kurniaan supaya kamu datang kepada-Nya.”
Ini semua menunjukkan, bahawa keadaan diri yang banyak harta sebenarnya memerlukan kesabaran yang lebih untuk lebih taat, tunduk dan patuh kepada Allah SWT. Bahkan ia adalah anugerah yang sepatutnya memandu kita menjadi hamba yang lebih takwa.
Maka, tidak peliklah kiranya Allah menyatakan: “Dan, sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan,” (an-Nahl : 96), kerana sesungguhnya ketaatan dalam kemewahan ternyata lebih menguji keimanan. Demikianlah, melunak sabar dalam berharta. Wallahua’lam.
Renung-renungkanlah..

Ramai orang yang berharta tapi masih belum menunaikan haji. Alasan mereka, Belum mampu dari segi batin
.-= Norasikin´s last blog ..Sos Bolognaise Resepi Spagetti Hidangan Pasta =-.
hurm..bahaya nnti di soal jawab kelak huuu
belum sampai seru lagi untuk menjadi tetamu Allah.
setuju…sama2 berdoa moga sempat dan diberi peluang utk menjadi tetamu Allah…insyaAllah, ameen
.-= hafizmd´s last blog ..10 fakta menarik Malaysia lawan Indonesia… =-.
fuiyooo! pengomen pertama la
.-= Norasikin´s last blog ..Sos Bolognaise Resepi Spagetti Hidangan Pasta =-.
aku no. 16
.-= tehr´s last blog ..Hari Persekolahan Dan Cuti 2011 =-.
kak noraL
kak yang ke dua:)
tehr:
lambat masuk kelas cikgu huu
saya antara pengomen yang terakhir nampaknya
hahaha…sekali tadi keluar 6+4…sekali aku jawb 19…terus keluar….BYE2 spambot…hadoilah…silap cikgu…tu yg lambat…keh3
.-= hafizmd´s last blog ..10 fakta menarik Malaysia lawan Indonesia… =-.
Kurang harta: Ujian
Banyak/klbhan harta: Ujian
nice posting
.-= Ramdhan´s last blog ..Islam di Amerika- Sebuah Keajaiban Bernama 9-11 =-.
Harta cukup-cukup pun ujian juga
.-= Norasikin´s last blog ..CINTA Chocolate Cupcake =-.
Ramdhan..
semua itu dugaan..
Kak nora:
hidup sederhana.. ada rzki lebih kena simpan dlm tabung haji ;0
hidup ini memang penuh ujian, walau senang atau susah, org beriman tidak akan terlepas dgn ujian..takkanlah kita tidak diuji sedangkan org terdahulu diuji dgn pelbagai ujian..
.-= tengkorak emas´s last blog ..Hadiah buat Rasulullah saw =-.
Hidup memang satu ujian untuk kehidupan akhirat
tengkorak emas:
kita kena kuat..manusia mmg tdk akan terlepas dari ujianNYA
berharta atau tidak, tetap akan dapat ujian daripada Allah swt
salam..
setuju sangat kata ustaz tu..
semoga Allah jauhi kita dari
sifat lalai dan lupa tanggungjawab
kita ..baik pada keluarga mahupun
umat(zakat)…wallahualam.
.-= zulkbo´s last blog ..Menikmati Kemenangan =-.
Kalau tak diuji, macam mana nak tau tahap keimanan seseorang
.-= Norasikin´s last blog ..Sos Bolognaise Resepi Spagetti Hidangan Pasta =-.
zulkbo:
kehidupan kena seimbang jika klu ada yang terkurang harus di baiki..mana lebih di jalani utk kebaikanNYA
Kak Nora
kena tabah harungi..
nice info. sabar itu luaskan dalam konteks harta, penyakit, etc.
.-= eiela´s last blog ..Contest Cerpen Sesedap Rasa =-.
Ramai orang faham erti sabar tapi bila nak membuatnya, boleh menggigil-gigil. Muka pun boleh jadi merah
.-= Norasikin´s last blog ..Merry Christmas di Johor Bahru =-.
eiela:
harap kita dapat rening2kannya bersama
Kak nora:
sabar tinggi pahala dia kan..kan
harta sikit pun dugaan, harta banyak pun dugaan..hehe, namun kita lebih senang lupa tuhan bila harta banyak
kerana harta kita kesurga, dan keran harta kita juga dapat tiket first class ke neraka
.-= dnoBiz´s last blog ..Protes – Lelaki terjun dari balkoni Parliment video =-.
Tanpa harta, tidur tak lena. Harta melimpah pun tidur tak lena juga
.-= Norasikin´s last blog ..Merry Christmas di Johor Bahru =-.
Madlut..
harap2 kita di jauhi sikap sebegitu
Dno biz:
gerun kalu byk harta tapi kita buat ke jln yang tidak diredahi..
Patutla saya sengkek je tiap bulan. Mungkin kalau Allah bagi saya kesenangan, saya akan lupa diri
.-= Norasikin´s last blog ..Resepi Lasagna Bolognese =-.
Kak Nora:
seimbangkan iman, rezeki Insyallah kita akan di berkati
Ingin nak pegi haji sebelum umur 40
.-= Norasikin´s last blog ..Resepi Lasagna Bolognese =-.
ramai yang hanya tahu jaga harta sahaja sedangkan anak anak diserahkan pada pengasuh dan sekolah untuk didik….. jagan terkejut kalau anak pandai cakap indon
.-= dnoBiz´s last blog ..Gejala Sosial – Ibu terkedu 2 anak dan kekasih dalam bilik tidur =-.
Kadang2 diaorg sanggup gajikan pengasuh untuk bekerja sedangkan gaji bekerja cuma dapat bayar gaji pengasuh je.
.-= Norasikin´s last blog ..Merry Christmas di Johor Bahru =-.
Dno biz:
kita kena rapat dgn anak2 jadikan dia kita sbg kwn2 dia hee..
insyallah dia tak akan bgtu jika kne pada cara didikan dari ibu bapa mereka kelak
Kak nora:
dugaan… klu ada kerja bagus blh je jaga anak ya
bila duduk di lembah klang, bekerja suami dan isteri adalah satu keperluan. nak tak nak kena hantar juga anak2 ke Taska. Budjet lari banyak ho…
miskin atau kaya semuanya adalah ujian
harap2 kita tidak leka dengan keasyikan dunia ini
.-= tehr´s last blog ..Hari Persekolahan Dan Cuti 2011 =-.
sebab salah langkah kita akan binasa..
harta adalah antar jambatan untuk ke syurga dan neraka. Moga kita tergolong di kalangan golongan kanan. InsyaAllah
Suri..
terima kasih atas pengkongsian ini. harta kalu digunakan dengan betul sudah pasti akan bawa kita ke syurga. begitu juga sebaliknya.
Ya Allah…Engkau tetapkan iman kami…dan jauhkanlah kami dari sebarang anasir yg boleh menjauhkan kami dari mengingatiMU…ameen..
.-= hafizmd´s last blog ..10 fakta menarik Malaysia lawan Indonesia… =-.