Salam semua..
Petang Jumaat ni tergerak pula hati nak mencari kisah Masyitah Si Tukang Sikat Rambut Firaun. Bukan apa kebetulan Suri dapat berita dari kakak Suri yang nama anaknya Masyitah masih belum sembuh dari sakit yang dihadapinya itu sejak beberapa bulan yang lalu.
Maka dari situlah timbul postingnya pada hari ini. Anak saudara Suri ini dah lama kena buatan orang. Adalah dalam 3 bulan lebih. Seluruh badan dia panas bak api. Jika Suri hampir, pegang tangan anak saudara Suri tu memang kita akan terasa bahangnya..Allah, kasihan Suri tengok dia. Usia muda lagi. Baru lepasan SPM..
Suri doakan agar dia akan kembali sembuh seperti sedia kala.. Susahkan hidup ini jika terdapat segelintir manusia tak boleh tengok orang lebih bijak..senang dari mereka..Ada sahaja yang mereka nak buat..Oh, Tuhanku dikau cairkanlah hati mereka dengan keimanan hidayat.. semoga hati yang keras bak batu itu akan kembali rapat kepada kekuasaan dan KebesaranNya. Amin.
Firaun menjadi sombong dan angkuh kerana kebesaran empayarnya dan kehebatan pengaruhnya di kalangan rakyat Mesir. Dia mengaku sebagai Tuhan yang agung dan memusuhi sesiapa saja yang bertuhankan selain dirinya. Malahan dia akan membunuh mereka yang tidak mengaku Firaun sebagai Tuhan.
Masyitah walaupun bekerja di istana Firaun, namun di dalam hati kecilnya tetap bertuhankan Allah yang Maha Berkuasa dan Dialah juga yang menjadikan segala makhluk di muka bumi ini termasuk Firaun yang mengaku dirinya sebagai Tuhan. Kepercayaan ini dirahsiakannya supaya tidak diketahui oleh Firaun dan sekutunya.
Pada suatu hari, sedang dia menyisir rambut anak Firaun, sikat di tangannya terjatuh. Masyitah terlatah dan berkata “Mampus Firaun!”. Apabila anak Firaun mendengar kata-kata penghinaan terhadap bapanya, dia bertanya, “Kenapa kau berkata begitu terhadap bapaku? Adakah Tuhan lain selain bapaku?”
Jawab Masyitah, “Memang benar! Tuhanku dan tuhan bapamu ialah Allah.” Mendengar kata-kata itu, anak Firaun menjadi marah. “Baik kamu bertaubat, kalau tidak aku akan beritahu bapaku.”
Masyitah bertegas dan mengatakan,
“Pergilah kau beritahu bapa engkau. Aku tetap dengan pendirianku bahawa tuhan yang sebenarnya ialah Allah.”
Sebaik saja Firaun diberitahu oleh anaknya tentang Masyitah, dia menjadi murka dan memanggil Masyitah. Dia bertanya sama ada benar apa yang dikatakan oleh anaknya itu. Masyitah tetap mengatakan Tuhannya ialah Allah.
Firaun mengugut untuk membunuh Masyitah dan keluarganya sekiranya dia tidak mengubah pendiriannya.
Keesokannya, keluarga Masyitah dibawa ke satu tempat lapang, berhadapan dengan sebuah kawah besar yang berisi dengan minyak yang sangat panas.
Firaun hendak memasukkan kesemua ahli keluarga Masyitah termasuk anaknya yang masih kecil ke dalam minyak panas sekiranya Masyitah tidak mengaku Firaun sebagai tuhan.
Keimanan Masyitah tidak luntur meskipun berhadapan dengan ancaman maut. Melihatkan iman Masyitah tidak berganjak, Firaun menyuruh askarnya mencampakkan keluarga Masyitah seorang demi seorang ke dalam kawah yang besar itu.
Apabila sampai giliran anaknya yang kecil, perasaan Masyitah menjadi belas dan sebak. Hati siapa tidak sedih melihatkan anak yang disayangi akan dilontar ke dalam kawah yang membuak-buak dengan minyak panas.
Masyitah meminta supaya dia dicampakkan dulu sebagai ganti kepada anaknya. Tiba-tiba dengan kuasa Allah SWT, anaknya yang kecil itu membuka mulut dan berkata, “Ibu, jangan bersedih.
Teruskan! Biarkan saya dicampak ke dalam kawah itu.” Masyitah dan orang-orang di sekeliling terperanjat melihat seorang bayi boleh berkata-kata.
Mendengar kata-kata anaknya itu, Masyitah menjadi semakin yakin dan tabah. Dia menghulurkan anaknya untuk dicampakkan ke dalam kawah.
Tanpa belas kesihan askar Firaun terus melontarkan anak Masyitah ke dalam minyak panas. Selepas itu barulah Masyitah dibawa ke tepi kawah yang panas itu lalu dicampakkan ke dalamnya.
Demikianlah hebatnya Masyitah mempertahankan kebenaran aqidah sehingga dia dan keluarganya terkorban dibunuh oleh Firaun.
Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini dirakam dan diingati setiap tahun oleh seluruh manusia. Dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi SAW sampai di satu tempat yang sangat harum. Malaikat Jibrail AS menerangkan bahawa tempat itu ialah tempat bersemadinya Masyitah dan keluarganya.
Sumber Dari Cikgu Roha


salam sayang suri
salam sore dari peri
.-= peri´s last blog ..pamit dulu =-.
salam kembali peri
Salam Suri,
Bila sebut nama Masyitah, teringat pula ibunda tercinta yg telah lama pergi…nama arwah bonda akak pun Masitah…
Memang besar pengorbanan umat terdahulu yg perlu kita jadikan iktibar dan perdoman hidup…thanks for sharing..
.-= Nozi´s last blog ..Buat duit dengan blog =-.
salam..ho. maffkan saya sb terimbaskan memori kak bsma ibnda tercinta..smoga rohnya aman di sana.Amin.
benar kak pengorbanan ibu, ayah tiada siapa pun yang dpt menggantikannya dgn wang..hata berlian seklaipun..
krna kasih mrka ksh yang sjati..
salam,
terima kasih utk perkongsian ni suri…:)
sama-sama cik soffya
zaman sekarang susah nk dapat yg cam nie.. baru sikit je dah melenting he..23x
baru niat nak tambah cawangan je.. sume di ungkit dari a sampai z.. dihebohkan satu dunia… time tue hilang kehormatan pada suami… he..23x
senang je nk uji perempuan…
.-= Bro Framestone´s last blog ..Tazkirah : Susah Senang =-.
bro ..mmg nakal..
bab tu sap cakp pun mmg melenting punya..
llki pasal tambah satu..hata 5 sklipun mmg mrka sanggup..huhu
suri, nak ikuti blog ni macamana ye..
.-= soffya cik bulan´s last blog ..kalau orang, cakap orang.kalau kucing, cakap kucing… =-.
salam..
cik soffya hanya masukkan alamat blog suri http://cahayacinta.com ke blog cik soffya. Kemudian cik soffya dah boleh link terus ke blog suri..
assalamu ‘alaikum..
ini kisah yang sudah lama sekali. beratus tahun yang lalu,, tapi kisahnya abadi sampai sekarang…
.-= Arif R.´s last blog ..7 Favicon Creator Websites =-.
wslam.
benar tu kawan.maka itulah kita harus teladaninya sb umat yang harus sayangkan agama islam yang tiada taranya..:)
cantiknya nama tu.. kesian anak sedara kena macam tu sekali. muda2 dah kena ujian macam tu. tak bawak berubat ke.
.-= Park Air´s last blog ..Bangun Awal Tak Semestinya Sampai Awal =-.
salam park..
tulah park air ahli klurag kmi mmg slu kena buatan org.tapi skrg ni smua dah ok..
yang terbaru ni terkena pula pada anak saudara suri. Suri pun pnah kena gak..nak katakan kami ni kurang agama tdk juga sb ayah kami mmg asah kami dgn didikan agma yg cukup..al-maklumlah anak pak bilal..
org dengki mmg bgtukan..anak saudara suri mmg pandai dlm bab2 pelajaran.kata org tu ada budak yg sama sekolah dgn dia dengki kat dia..
hebat dan begitu agung iman dan aqidahnya…, jauh beza dengan umat sekarang ek…huhu, cantik theme baru ni…
.-= etomyam´s last blog ..Filem Melayu: Semerah Cinta Stilleto =-.
salam en one..
iman ynag tiada taranya..
p/s:thme sementara jer.tukar pun sb rss tapi bila dah ada rss cam tak berfungsilah pulak..pening pala..kshatn pun tak baik lagi ni..trma ksh atas prhatian anda pada blog suri..sesungguhnya sya budak baru bljar..huhuh
terima kasih dingatkan kembali akan kisah ini
.-= narno´s last blog ..MALAM YANG RUSUH =-.
sama-sama en narno..
eh dh brtkar cat umh?
hahha.kala ijua yang mendamaiakn..huhu..
kita patut mencontohi keberanian Masyitah..
.-= Mus´s last blog ..Hai Uncle! Yang Ni ORI ke PALSU? =-.
benar tu.seorang yang tabah..sabar dlm mengharungi dugaan dari gologan kafir..
Subhanalloh, begitulah orang yang memiliki keimanan yang sangat mendalam…berbeda dengan jaman sekarang,begitu banyak keimanan terlepas hanya karena uang dan kekayaan
.-= E.I.´s last blog ..Membuat ChatBar pribadi dengan Shoutbox =-.
Allah..itulah hakikatnya tika dunia di warnai dgn kemewahan semua pkra kita mudah lupa..
beringatlah sebelum ajal menjemput kita..huhuhu
allah menjanjikan syurga utk keluarga masyitah
.-= Amir´s last blog ..Koala dan Kanggaru di Australia =-.
salam..
benar tu en amir..hanay org yang layak sahaja akan mendapat hadiah dan rahmat dariNYA.
Keberanian yang sebegini disarankan…janji sudah pasti bagi keluarga masyitah..
.-= zik´s last blog ..Wikipedia bukan sumber rujukan yang sahih?? =-.
BENAR TU ZIK..
mati dalm keadaan beriman..pahalanya amat tinggi sekali..lebih2 lagi menegakkan agalam islam yang suci
Wah..theme baru lagi..bagus perkogsian ini suri..saya sebak membacanya.
Doa saya semoga anak saudara suri diselamatkan Allah dan kembali sihat. Hanya Allah mampu membalas kejahatan yg dilakukan kepadanya…
.-= wanwma´s last blog ..Ketawa Menurut Islam =-.
salam wan..hehe..harap2 yang lain pun dapt mendalaminya dgn sebaik yang mungkin..
terima kash owan atas perhatian anda tu. Yelah.suri berharap kdaan dia akan beransur baik..
huuhu..bt masa ni di slu meracau..ada masa ok..ada masa ko..cian dia..haritu mak dia bawa dia naik mto..dia blh plk tertidur..lalu jatuh dari atas mto..terus atar dia kat hospita..
kuasa Allah baik dia tiada apa2..pada dasarnya mmg org lain tdk senag dgn kluga kami..blh dikatakan hampir semua fmly suri pnah alaminya..cuma kdaan dan umur jer yang membezkannya..
Masyitah dan Asiah adalah dua orang wanita hebat di zaman Firaun