Godaan Iblis Dalam Sembahyang

Rasulullah s.a.w. telah menyoal iblis sabdanya, “Wahai iblis! Ketika umatku berdiri mendirikan solat, bagaimanakah hal engkau pada waktu itu?”

Jawab Iblis, “Waktu itulah masa yang paling sukar bagiku, seluruh badanku akan menggeletar dan lemah. Lalu aku memerintahkan sekalian bala tentera aku yang terdiri daripada syaitan dan jin supaya menggoda orang yang hendak solat itu. Setiap orang akan digoda oleh berpuluh-puluh syaitan, sesetengah pada anggotanya supaya ia merasa malas (hendak melakukan solat).”

h0008

“Sesetengah akan masuk ke dalam hatinya supaya ia berasa was-was serta terlupa akan bilangan rakaat dan bimbang terhadap pekerjaan dunia lalu ia segera keluar dari solatnya.

“Sesetengah akan masuk ke dalam mata dan menjadikan hatinya tidak senang. Sesetengah yang lain pula akan duduk di atas belakangnya supaya orang itu tidak tahan lama untuk duduk tahiyat akhir sementara di dalam hatinya berkehendakan supaya solat itu cepat habis.

“Semua godaan ini adalah supaya pahala solat seseorang umatmu itu akan menjadi berkurangan. Sekiranya segala godaan syaitan itu tidak berhasil maka, akan aku hukum dengan seberat-berat hukuman ke atas syaitan-syaitan itu”.

Itulah janji syaitan, iblis kepada Tuhan bahawa dia akan cuba menyesatkan hati manusia sehingga ke lembah kejahatan agar manusia leka dengan kemanisan duniawi..Jadi berhati-hatilah dengan setiap tingkahlaku kita kerana mereka akan sentiasa mencari ruang untuk memperdayakan manusia yang berjiwa lemah..

Pesanan untuk diriku sendiri dan sahabat jua :)

Share
Artikel lain yang best-best :

49 thoughts on “Godaan Iblis Dalam Sembahyang

    • kasut si Comel..
      la selalu kat majalah anak2 kecik adalah..heheh

      Insyallah jika ada artikel yang menarik akan suri bentangkan hamparan ilmu di sini yer :) terima kasih atas kunjungan anda di sini ;)

    • Keindahan Hati..
      huhu..nampaknya kena mulakan solat semula lah yer fatint..huhu..

      “dia memang jahat” huis geram!!jadi kita kena lawan dia balik..kuatkan smgat ya:) pssti kita blh lakukanya dgn terbaik sekali..

      ingat jagan sesekali bagi can kat dia tau..hehhe ;)

  1. Untuk peringatan diri sendiri dan teman-teman yang lain

    Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

    Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
    Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
    Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
    Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
    Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya
    .-= Fida´s last blog ..Ceyai VS Cerai =-.

    • Tak sanggup di lukai..
      Terima kasih sahabat atas doamu itu wahai sahabat.Semoga doa kalian semua akan mengutakan smgat suri utuk terus berjuang dalm bidang berblogging ni.

      tanpa nada sapalah blog suri ni..tentu sunyi ..sepi sllu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>