Mut’im Bin Adi terus pulang ke rumah. Mencapai pakaian perangnya dan menyarungkannya ke tubuh. Dengan lengkap bersenjata, Mut’im keluar ke Masjidil Haram bersama anak-anak serta ahli keluarganya yang lain. Di atas pundaknya tergalas suatu tugasan berat yang baru sahaja disanggupinya, walaupun terpaksa mempertaruhkan nyawa.
“Tuan-tuan orang besar Quraisy sekalian!” Mut’im berseru kepada sekelompok pemuka Quraisy yang ada di dalam Masjidil Haram. Hari ini aku akan melindungi Muhammad. Jagan seorang pun di kalangan tuan-tuan menyakiti.”
Kemudian Mut’im menghantar seorang utusan pergi menjemput Rasulullah s.a.w. yang sedang menunggu di luar Kota Makkah. Rasul melangkah masuk ke dalam Makkah dengan aman dan selamat. Terlebih dahulu baginda ke Kaabah untuk bertawaf. Sepanjang Rasul bertawaf, Mut’im dan anak-anaknya mengawasi baginda dari belakang.
“Mut’im! Apakah kau semata-mata melindungi Muhammad atau kau sudah menjadi pengikutnya?” tiba-tiba muncul Abu Sufyan, menghalang langkah Mut’imn yang sedang bertawaf di belakang Rasul.
“Aku hanya melindunginya,” jawab Mut’im dengan tenang. Dia masih kelihatan gagah dengan pakaian perangnya, walaupun dalam usianya sudah menjangkau lebih 80 tahun.

Baiklah, lindunganmu tidak akan diganggu,” balas Abu Sufyan lalu meninggalkan Mut’im terus mengawal Rasulullah s.a.w.
Rasul menghadapi situasi tegang itu sekembalinya baginda dari Thaif. Keluarnya Rasul s.a.w. dari Makkah ke Thaif menggembirakan musyrikin Quraisy Makkah. Gembira kerana Rasul telah meninggalkan Makkah. Sudah pasti mereka tidak mudah-mudah membenarkan Rasulullah kembali ke Makkah.
Justeru itu maka terpasaklah Rasulullah mencari dan mula melantik seseorang yang berpengaruh dari kalangan orang Quraisy itu sendiri. Rasul tetap mengenang jasa Mut’im Bin Adi, walaupun beliau tidak masuk Islam pengaruh Mut’im daripada pertolongannya sangat besar pada pandangan dan penilaian baginda.
Semasa terjadi penawanan terhadap 70 orang musyrikin Quraisy yang tewas dalam perang badar, Rasul mengimbau kembali ketinggian hati budi Mut’im yang sanggup bergalang nyawa bagi melindungi baginda pada saat orang lain telah bersiap sedia hendak membunuh baginda.

Dihadapan tawanan-tawanan itu Rasul berkata, “Sekiranya Mut’im Bin Adi masih hidup, dan dia menuntut aku membebaskan semua tawanan ini, akan aku bebaskan mereka.”
Akan tetapi Mut’im sudah meninggal dunia kira-kira 7 bulan sebelum berlakunya Perang Badar.
Rasul s.aw. menyambut berita kematian Mut’im dengan ungkapan qasidah-qasidah yang memuji-muji kebaikan Mut’im Bin Adi. Bukan sahaja Mut’im Bin Adi pernah melindungi Rasul daripada ancaman musyrikin Makkah, malah dia juga merupakan salah seorang tokoh Quraisy yang kuat mendesak pemulauan ke atas Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib dibatalkan.
Salam..
Masih ada lagi kah manusia yg sedemikian..?
Masing2 skrg ini lebih mementingkan diri sendiri..
bahkah bila org mengeji Islam pun kita duduk berdiam… hrmmm
hai zoul! mungkin ada tetapi agak sukar dicari pada zaman yang serba moden ni.Pengorbanan yang disalurkan pada Rasulallah amat bermakna sekali. sehingga diri kita pun mungki tidak akan mampu untuk bersikap sedemikian rupa..
Salamullah ‘alaika Ya Rasulullah.
Ya habibi Ya Muhammad
Ana Uhibbuka abadan abada lillahi ta’ala
Subhanallah… Indah sanggup melakukan seperti yang Mut’im buat ke atas orang yang Indah cintai. Walau nyawa yang akan Indah pertaruhkan bagi membela kebenaran yang dihadirkan dalam dunia ini bagi meninggikan syiar Islam. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua. Amiin.
Salam sahabat penuh ceria dari Indah buat Suri di sana.
salam ceria indah..
hurm baguslah begitu tapi ingat cinta itu haruslah berpada2 yang tidak mendatangkan kemurkaan pada Allh s.w.t.
wah indah sudah punyai kekasih hati yer
Cintalah Allah jua kerna ia tetap akan mendapat pahala yang tiada taraNYA
Assalamuallaikum .
Allahuma sholi alla muhamad waallla ali muhamad .
Damae itu indah …..
salam doelsoehono..
Itulah Rasulullah yang kita sanjungi dan model yang terbaik bagi umat islam serata dunia.
susah nak cari pengganti, masyarakat islam yang ada hari ni ..hmm, susah nak cakaplah
huhu..dalam 1 juta pun tidak mungkin akan kita ketemui..sebab bukan mudah untuk kita menegakkan kebenara dan menjaga “orang penting” dalam syiar islam..
Semoga secebis kisah ini memberi pengajaran kepada kita semua.
Salam ukhuwwah!
salam teman terima kasih kerna singgah di blog suri dan meninggalkan komen anda disini..
diharapkan begitulah hendaknya..pengajaran bagi setiap bait kehidupan manusia yang terdahulu..
sayangnye kalau dia xsempat masuk islam~
hai ery!apa nak buat mungkin itu sudah ketentuan ilahi..